Sunday, August 15, 2010

ehermmm...mimpi romantis.

hi semua pembaca.. dah moreh dah?. today moreh kami serumah makan pau goreng masakan cik Hasni gorengan cik Shida. saya seperti biasa. tukang makan saja. (at least mengaku~sedar diri). Heh.

*moreh :- makan lepas solat tarawikh.


tadi pagi-pagi kan... ada mimpi romantis. mimpi romantis tersebut adalah sesi memilih katil idaman. (haa, pasti kecewa kamu yang baca..) mimpi beli katil adalah romantis ok. that is my opinion jangan bantah please.

macam nak beli rumah pulak bila termimpikan beli katil. maklumlah. sejak lebih setahun menetap di rumah sewa. aku hanya tidur atas hamparan toto saja. (itupun lena dibuai mimpi kalau bagi tilam empuk entah-entah boleh mimpi sampai ke Disneyland). take note, ku peminat kartun Disney Mickey Mouse. bukan peminat Hello Kitty walaupun realitinya suka kucing tak suka tikus. HahaHa!

hari ini ada tonton berita. pasal ribut di Bazar Ramadhan di daerah Jasin Melaka yang berlaku tempoh hari. My God. sampai mengorbankan 3 nyawa. takziah buat keluarga mangsa. aku ada tengok video ribut tu. boleh terbang jauh khemah-khemah peniaga. mungkin lepas ini, perlu ada taklimat khas apa tindakan yang perlu dilakukan bila berhadapan ribut kencang seperti itu. terutamanya jangan peduli dengan barang yang diniagakan. keselamatan diri lebih utama.

cerita seterusnya, tadinya sudah mencuba pakai baju raya. baju raya dah siap sejak minggu lepas lagi. tak banyak pun, cuma 2 pasang kurung biasa. (buat syarat saja bukan raya beria-ia sangat). blue n grey in colour. baju ni tempah dengan bonda seorang sahabat UM yang tinggal di kelantan. kalau tempah kat KL mahal. tempah kat kelantan boleh murah separuh harga. so I love Kelantan. and I love budu as well. eh tetiba*..

cerita Ramadhan. sudah 4 hari berbuka puasa di rumah bersama teman-teman serumah tersayang. sayang banget sebab mereka rajin memasak enak-enak. sumpah enak! walaupun masing-masing bukan terer sangat tapi bolehlah sedap macam dah layak jadi menantu dah. so, so Bazar Ramadhan tepi rumah hanya dipandang sepi. dan esok pula, bakal berbuka puasa di Times Square bersama Joegrimjow dan beberapa blogger lain. siapa blogger nak join boleh jugak turun Times Square esok petang. jagan malu jangan segan sebab kalau lagi ramai datang lagi meriah suasana. kan. kan

tak ada apa lagi. malam ni tido awal sikit sebab esok kerja half day. ok. daaa.

love much!






8 comments:

fnd said...

Mimpi beli katil romantis?hurmmmm..mesti kau

fnd said...

Mesti kau tgh sakit2 badan time tdo..tu yg datg mimpi nak beli katil..ye dak

fndrocka.wordpress.com

ZACK ENTRY said...

lain macam jer mimpi katil..jodoh dah nak sampai kot..hehe




latest entry Main Bowling Di Bulan Puasa

hans said...

owh
dah tgok video ribut dkt bazaar jasin tu
teruk gila
'siap ada mati dan cedera lagi

P/S : Header Baru H.P.B Blog. Thanks Blogger Dark Half!

Wanie-san said...

keraguan terhadap mimpi beli katil...hehehe
katil romantis??hehe
baru turun ts semalam..huhu
napela tak buat sesi berbuka semlm..kalau xleh join...:)

Sesumpah said...

mimpi romatis di bulan puasa ea


hahaha

Jard The Great said...

hapdet.. hapdet =)

Zairie Husin said...

mimpi katil?? hehe

my recent post:
ost epilog cinta.. jom layan =)