Give A Space Please!!
actually tak tau nak letak tajuk yang sesuai untuk entry ni, tajuk tu haa macam tergantung sket. tapi by the time you all baca entry nih, you all akan angguk kepala. dalam hati setuju kata ini semua benda biasa. tapi kadang-kadang korang berhadapan dengannya atau kadang-kadang korang pun sama buat benda ni tanpa disedari.
menaiki/menuruni eskalator.
- tau tak bahawa kalau naik/turun eskalator, kita kena berdiri di sebelah kiri. just like jalan raya di Malaysia. ikut kanan jika nak memotong. ingat macho sangat ke nak berdiri sesama dengan awek di tangga yang sama sampai halang laluan orang lain? what the Fish! ingat. bukan semua orang di sekitar kamu tu sedang lenggang kangkung menjayakan acara dating. kalau dekat mall okla kebanyakkannya tak rush. tapi kalau kat stesen LRT. ada orang yang rush nak pergi kerja ke apa. lain la kalau eskalator tu 'lengang'. ini tak, dah perasan kat belakang dia ada orang nak lalu selamba buat-buat tak nampak mengkayukan diri kat situ. Excuse Me!.
menaiki/menuruni lif.
- lif tu bukan punya kamu. boleh tak jangan stay je kat bahagian depan lif tu bila lif tu dah terbukak. tolong la ke belakang ke bagi laluan ke. bukan suruh gerak banyak sangat. selangkah dua dah cukup. really tak susah. then bila sampai tingkat tertentu ada orang nak keluar dari lif tu, bagi laluan. tengok kiri kanan. ini kadang-kadang spesis saiz sudahlah triple XL. buat dun know je tak nampak orang kiri kanan yang usaha nak keluar. sampai kita ni harus bersusah payah.
memasuki LRT/Komuter/Bas
- bengang tak bila kita nak masuk, then ada orang kat dalam LRT juat stay cam kayu je kat depan pintu LRT tu. mulanya ingatkan dia nak keluar. rupanya tak pun. tetiba bila dia perasan rupanya ramai yang keluar, and ada tempat duduk kosong, dia pandai pulak nak rebut-rebut tempat duduk. kita ingatkan memang dia nak terus berdiri sebab tu dia stay je kat pintu pada awalnya. bukankah ini begitu selfish? tolonglah.
menyusuri susur gajah/ laluan beratap.
- ni tak kisahlah kat mana-mana pun. bukankah biasanya disamping anda berjalan mara ke hadapan, ada juga orang dihadapan anda yang jalan bertentangan. kalau anda berjalan berGeng. bagila line tu devide dua. jangan sampai anda 4 orang jalan je sehala. habis yang bertentangan dengan anda tu nak lalu macam mana. tak macho pun jalan berGeng sambil lenggang kangkung macam tu bila anda menghalang laluan orang lain.
-------------------------------------------------------------
dulu, masa aku kecik-kecik, time makan kat rumah atuk. kami makan beramai-ramai, bersila atas tikar. then ada antara ahli keluarga yang lewat sket, masa tu 'bulatan' kami yang duduk-duduk ni dah begitu rapat semuanya, duduk bersila tu boleh bertemu lutut. then bila sedara yang lambat tu nak duduk, abah cepat-cepat cakap, "haa, bagi ruang. bagi ruang..". pandai-pandailah, besarkan sket 'bulatan' tu. supaya orang yang lambat ni boleh duduk makan sama-sama.
benda yang sama, "Give A Space". kita boleh apply dia dimana-mana. actually this is what we call common sense. benda biasa yang tak perlu diajar in formal lesson. boleh fikir sendiri. kita buat sikit saja, tapi ianya menyenangkan orang lain. tapi kalau kita tak buat, kita menyebabkan orang lain fikir. "apalah dia ni. bagila ruang sket bukannya susah pun". nampak tidak? benda yang sometimes orang cop sebagai small matter. tapi kalau benda kecik pun still buat-buat tak reti. how come nak handle benda-benda yang lebih besar. lets think about it.
Comments
latest entry Resepi Tepung Pelita