special thanks to Mr.H, nice ole-ole dari Germany.

cerita hari ini. awal pagi yang burn begitu sahaja. sebab selepas solat Subuh aku bantai tido sampai tengah hari. tau dah rezeki mahal tido lepas Subuh. tapi dalam seminggu, hanya sekali je peluang aku boleh tido sampai tengah hari. dan lenanya aku pagi tadi susah nak cerita, siap mimpi kawen lagi. muahaha! mungkin sebab kebelakangan ini hati aku tidak gundah. macam yang sorang kawan aku kata. hidup ni jangan stress sangat. sebab hidup ini akan kita tinggalkan suatu masa nanti.

ok, kembali pada tajuk. hari ini, ada seorang lagi rakan blog yang baik hati offer mahu belanja makan berbuka puasa. rakan blog sebab dia kenal aku melalui blog. tapi actually dia bukannya blogger tegar. update blog beberapa kali je sebulan. tapi dia rajin mengikuti cerita-cerita aku dalam blog ni. kemudian, aku dapat tau yang dia ni serumah dengan ex-classmate aku yang belajar di Germany. Eh. what a small world lah kan.

actually, aku tak pernah nak kenal pembaca blog aku yang lelaki. maksudnya, aku takkan betul-betul kenal sampai jadi kawan. kawan yang aku boleh story kan life aku secara banyak. yang boleh dengar aku merungut memaki semua. kawan bergaduh pun ya jugak, (masa World Cup arituh mamat ni ajak aku gaduh pasal aku kata Mexico bukan pasukan hebat). frankly speaking. dia adalah kawan blogku yang paling best setakat ini. mungkin sebab kami sekepala. Muahaha!


ok, kami berbuka puasa di The Warung MidValley. di Tingkat 1, berhampiran RotiBoy dan entrance ke KTM. kat sini menu ala-ala warung kowt, local food la semua. definitely my taste!






ok. sebabkan dia ni dah bertunang, maka aku tak boleh reveal 100% lah. walaupun dia muda setahun dan dia lelaki, tapi dia dah jadi tunangan orang. apapun, friendship itu tidak datang dengan bersyarat. aku respect personal life dia. kat atas tu pic dia yang telah diedit dengan jayanya. mamat ni berbuka puasa memang tak makan nasik. dia makan Bihun Soto. minum, err, Lemon Barli kowt. haha.





ok. atas permintaan mamat ni, suruh aku ajak seorang kawan. maka aku ajak Sarimah. yang kebetulannya stay kat rumah aku sebelum dia terbang pulang ke Sabah esok. kiranya Sarimah juga dibelanja oleh beliau. menu dia Nasik lemak Special. dengan Milo Ais.






aku order menu paling special. Ceh. special sebab kita jarang-jarang jumpa benda ni,  Nasi Tumpang. nasi 11 lapisan, ada rendang, ada sambal telur. ada serunding. dihidangkan dengan acar dan keropok. kalau you all try google Nasi Tumpang ni pun banyak blog dah cerita. tapi macam biasalah, aku baru je dapat tau kewujudan dia. ok, bila order, dia bagi 2 pilihan. rendang ayam atau daging.






bila dah dibuka sampul kon tersebut, dia jadi macam inilah. disalut dengan daun pisang. nampak macam sikit je kan. tapi sebenarnya macam sepinggan nasik jugak. sungguh kenyang. Alhamdulillah. harga dia. 9.80sen. berbaloi bagi saya sebab orang lain yang bayarkan. HahahA! yang pentingnya. Sedappp!







tak lupa, nice Choclate bar. ole-ole dari Germany. kebetulan dah lama sangat aku tak makan coklat. dah berbulan-bulan rasanya. macam tau-tau je, ada orang nak bagi coklat sebesar ini. hampir sama besar dengan lebar laptop Compaq CQ40 aku. rasa dia sedap sekali. sedap berkali-kali jika makan banyak kali. HuHu! harap esok time puasa tidak sawan tiba-tiba gatal terbuka peti sejuk. takut cair nafsu nanti melihat coklat ini.


by then, A lot of Thanks to Mr.H. belanja makan, and bagi ole-ole lagi. Raya nanti kita jumpa lagi boleh?. ajak Fuad sekali. eii, dah 6 tahun tak jumpa dia. dah besar lom budak kecik tu?. Muahaha!


p/s: next. siapa lagi nak belanja saya?...... :p


Comments

joegrimjow said…
lupe ak bagi ole2 dri bali
huhu
Seimura said…
mau coklat tu jugak. huhu.
Hahahahaha.. Mmg sedap kalau orang belanje.. Tinggi kot nasi tumpang tu.. Tapi kalau name nasi bertenggek pn sedap gak.. Elok bertenggek jek aku nengok nasinya.. Hihihi..
ZACK ENTRY said…
coklat tu nampak sedap..=P




latest entry Air Mata Wanita
MieZa said…
mcm sedap je coklat tue...tak nak share ke =P
Miss Fina said…
odeng xbalik2 lg?sng hati la dia dpt tumpang mkn free.hehe
fikah © said…
wah!!
germany!!!
Faarihin said…
wah.. bestnya.. untung ada orang belanja..
Faizalpj said…
mcm sedap je mkanan tu

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S