pertama Ramadhan.

baru lepas baca entry ini. walaupun macam ada berbaur jeles gak dengan cerita pertama Ramadhan beliau dapat jemputan berbukak puasa 'free' kat hotel secara buffet. tapi walau dimana jua kita berbuka puasa. haruslah panjatkan rasa syukur!

semalam. pertama Ramadhan hanya menyambutnya di rumah sewa. bersama rakan-rakan serumah. agak meriah sebab dah lama kami serumah tak makan bersama-sama begini. sebab aku n Hasni kerja. kalau kuliah pun selalu balik lewat. sebab lab habis pukul 5 lebih. dan time tu orang ramai nak balik, jalan pun sesak. One thing I hate about stay in KL adalah sebab jalanraya yang always sesak. kalau lah ada kuasa Naruto..... kalaulah.

semester ni pun aku belum pernah memasak untuk makan malam. selalunya Naeimah, Kak Izat atau Shida yang masak. kesian diorang tapi nak buat macam mana. kalau kerja aku balik pukul 9.30malam. kalau kuliah aku sampai rumah 6.30 petang tu pun macam dah nak pengsan rasanya, letih otak. stay dalam makmal memang letih. sebab aku tak suka sangat kerja dengan benda-benda dalam lab tu. I hate Sulphuric Acid. haha, tiba-tiba!

sebenarnya tak ada benda aku nak update sangat, jadi aku cerita-cerita je apa yang aku rasa nak kongsikan cerita. terima kasih kepada anda, kerana terus setia membaca. hari ni puasa kedua. jangan nakal-nakal ya. =)

Comments

Unknown said…
skang ni hotel pakat dok pulun mintak sijil halal kan..huhu
MOFASAD said…
puasa jangan tak puasa ye sarrah coner

>>______<<
aisHa 'S' said…
bile berbuka rindu kt rumah la..hurm..
Seimura said…
Selamat berpuasa!
PCL said…
salam singgah..slmt berpuasa..
FCUTEAM said…
bertambah penat lah menunggu kat jalan raya hari hari.. ^__^



Aiz latest entry
Tangkap basah di kem PLKN pada bulan puase
Sharinginfoz said…
apa yang penting kita berbuka dengan rasa kesyukuran kan, tak kisah le di mana

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S