iklan B.E yang cantik sebab ikut template blog. Haha!
dapat iklan B.E kedua dari Nuffnang untuk minggu ini. mempromosikan Garuda Airlines. actually tak sangka sungguh boleh dapat B.E kedua dalam minggu yang sama selepas B.E Nokia beberapa hari lepas. sudahlah trafik blog ku ni cuma suam-suam kuku sahaja. 100 Unique Visitors sehari pun tak sampai. (busy tak blogwalking pun huhu maaf ya). tapi Alhamdulillah dapat jugak. yang cantiknya. iklan ni kaler dia sepadan sangat dengan template blog aku. atau memang company ni pilih blog ni sebab nak padankan dengan template yang biru merah putih tu? Hehe! Thanks Nuffnang. Thanks Garuda.
ok, menjelma lagi Ramadhan yang dinanti. Syukur. sempat menyambutnya lagi pada tahun ini. sederhana saja. esok bersahur makan nasik panas-panas. lauk sambal bilis, tambah kicap. masak telur goreng mata kerbau satu. minum?. air panas segelas.! ok. sahur tak perlu makan kenyang-kenyang. biar sikit tapi berkat. time sahur pun baik kita panjatkan doa banyak-banyak. berdoa yang baik-baik. time dekat-dekat buka puasa juga sama. doa cepatkan dapat jodoh pun baik juga kan?
ok. dengan ini tuan blog ini ingin mengucapkan. Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua pembaca walau di mana anda berada. selamat bangun sahur, selamat bertarawikh. hormati bulan Ramadhan sebaik-baiknya. muga kita semua dirahmati Allah Yang Maha Esa. mudah-mudahan, Amin.
p/s: sehari sebelum puasa dah bedal Almond London sepuluh ketul. home made tau. my housemate la buat. ekeke!
Comments
selamat berpuasa ye tuan tanah..hih
Pak Cik yang Glamour di Bulan Puasa dan Hari Raya
UV Hampir 1,000
rezeki bulan ramadha tu buat kau kan =)
salam ramadhan semoga ramadhan tahun ini kita mendapat lebih keberkatan dari pada tahun sebelumnya..ameen.......
Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2010
mak ai..almond london..?
saya suka tart nenas...
:p
jgn bedal AL time pose dh le..