Crossaint- bukan sebarang roti.


Crossaint- image from google


ada satu benda yang paling aku suka kat tempat kerja aku sekarang. what is that?. haaa. kalau aku kerja sampai closing kedai jam 9 malam, biasanya memang aku akan dapat bawa pulang roti pastri. sebab kebiasaannya roti-roti tersebut memang tak habis semua. maka kami pekerja boleh la bawak pulang 'bahagian' masing-masing. dan pada waktu tu kalau sesiapa yang lalu sekitar kami. boleh la kami bagi free roti pastri tersebut. macam Isnin lepas, our 2nd supervisor bagi je pastri2 tersebut kat 2 orang kenalan chinese dia yang kebetulan lalu.

ada banyak pastri kat kedai kami, tapi yang paling aku suka ada dua ja. sama ada Chocolate Roll, atau Crossaint. tapi biasanya chocolate roll memang laku, tak akan sampai berlebih punya. tapi kalau crossaint, ada masa kalau kami bake dia lebih sikit, maka ada la tu rezeki membawanya pulang. tapi memang bukan everyday la Crossaint ni ada lebih. sebab roti ni walaupun dalam dia nothing, tapi dia memang dah sedap di makan begitu sahaja. sedap dia tu aku susah nak describe. tapi kau faham-faham sajalah, kalau roti kosong camni orang semua suka makan begitu saja maknanya dia memang sedap la kan?.

sebelum aku kerja kat kedai ni aku memang tak tau langsung ada wujudnya roti Crossaint ni. rupanya roti ni kira universal jugak di mana-mana negara juga ada terutamanya negara kulit putih cam Eropah sana. ala senang citer macam roti Baguette gak la ke'famous'an dia, berasal dari Perancis, dan further story dia anda boleh google sendiri dan banyak boleh jumpa pasal asal usul Crossaint ni. antara link yang boleh di refer, adalah dari Wikipedia :- http://en.wikipedia.org/wiki/Croissant

daripada apa yang aku nampak, customer yang suka Crossaint ni bukannya foreigner je, orang melayu kita pun ramai yang suka. ada satu hari tu aku nampak budak dalam lingkungan 6-7 tahun je mintak kat mak dia nak roti Crossaint ni and dengan lahapnya dia makan begitu saja. tapi bagus gak la kan dari budak tu makan 'jajan' ke apa. baik dia makan roti, hehehe! tapi roti ni hanya enak dinikmati time panas-panas. just panaskan seminit dalam ketuhar pun dah ok. kalau makan time dia sejuk, maka kuranglah nikmat dia. :p

and aku sekarang macam dah addict dengan roti nih, lagi-lagi kalau time puasa-puasa ni aku kerja, bila nampak roti ni bersusun je baru kuar dari oven, haish! memang cukup terliur taktau nak kata. dalam hati aku doa, biarlah ada lebih roti ni untuk aku malam kang time tutup kedai. boleh la aku bawak balik umah, panaskan dalam ketuhar and makan dia sambil update belog. HahaHa!

owh ya, harga roti ni satu dalam 2rggit lebih or 3 rggit kowt. aku pun tak pasti sangat. kalau kat tempat lain aku tak tau kat mana boleh dapat roti ni, yang aku tau kedai tempat aku kerja memang ada jual. mana tu? Swiss Oven KL Central. heh.

Comments

Unknown said…
waaa..bole p nnti
Faarihin said…
nak roti tu..
selalu saya beli roti crossaint kecik2 aje saiz dia... tapi yang ini nampak lagi besarlah.. mesti lagi sedapkan..
fndrocka said…
keja kat klsentral ar ni?selalu pi sana..rasany mcm pnah mkn je tester roti ni hehe.kim salam kat awek famous amos k...yg nama ekin tu...haha

fndrocka.wordpress.com
beautiful_rose said…
huhuhu sudah agak lama aku tidak memakan roti jenis ini....
Queen said…
addicted dgn rotiboy...heeee
hans said…
wah
ekau kerja dkt kedai roti mana?
nak gi beli sana
leh dapat murah
ekekeke

P/S : Alhamdulillah! Sekarang Ada 4 Buffered Earning! Some Tips About How To Get BE From Nuffnang?
Azuan said…
6t aku nak lalu depan tue..leh dpt free hoho..
hamzah ian said…
wow.. nmpk sedap..
Zida said…
kat kl sentral? baek. nanti zida carik. haha ;)

selamat berpuasa..
Sheeq ♂ ♀ said…
suke roti ni~~ bese makan mase breakfast kat otel..bes3..kalo gi kl sentral nak drop by laa..hihi ^^

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S