Berbuka Puasa Di McD mIDValleY




kembali bersiaran di awal pagi. dan kita masih lagi ke udara dalam bulan Ramadhan. so cerita yang paling siuman adalah cerita berbuka puasa. cerita sahur tak payah kongsi. sebab time sahur bukankah kita semua tak mandi lagi. syhhh! penulis sahur pi basuh kaki je. OWh! tipu jeee.... sebelum sahur gosoklah gigi, dan selepas sahur gosok gigi lagi. jangan main tipu.

masuk hari ini, dah 6 hari tidak berbuka puasa di rumah. sama ada berbuka dengan kawan kampus, kawan blog, atau kawan kerja. (owh sekarang saya punya berjenis-jenis kawan yang datang dari berbagai sumber cayalah!). rupanya ramai yang punya saya sebagai kawan. maka hargailah saya sebagai kawan sebaik-baiknya. (excuse me iklan apa ni annoying laaaa.. :p

ceritanya bermula apabila tadi time tengah hari, tiba-tiba kami bertujuh sama-sama kempunan kan Mekdi secara serentak. Magic sungguh! boleh pada hari dan waktu sama semua orang pun mengidam Mekdi. dan kami taknak Mekdi Delivery. kami nak Mekdi yang tidak dibawa atas motor. nanti kena asap tercemar! ~sila jangan bantah alasan terbaek saya~

maka Mekdi paling dekat dengan kami tak lain tak bukan MidValley lah jawapan paling membahagiakan. sebab tambang seringgit sahaja. murah kan?. tapi dulu lagi murah. tapi yang dahulu usahlah dikenang-kenang. sebab sekarang sudah tinggal sejarah dan memori luka. tambang seringgit sehala bukanlah murah sangat, sebab tambang bas NadiPutra di area Putrajaya cuma 50sen. Ini tidak adil sebab kepadatan penduduk Putrajaya bukankah lagi kurang dari KL.! apsal dia boleh jadi lagi murah?. explain plez!





ini wajah-wajah apabila energy tinggal 20%.



dengan menaiki bas Rapid KL kesayangan, maka kita boleh sampai Mid kurang dari 7 minit. (dari rumahku, rumah mu manalah ku tahu). sebelum serbu Mekdi. pi serbu ATM mesin dulu. sebab duit dalam wallet cuma ada 5ringgit manalah cukup nak beli Chicken McDeluxe! sungguh ku pokai sekarang sebab gaji next week baru dapat. sabarrrrr! sabar ya Cik Bedah tuan rumah sewa ku, this month sewa rumah aku bayar lambat dari biasa. terpaksa!









Spicy Chicken McDeluxe is my favret. take note ya semua. jangan offer BiGmAc ke McChicken ke GCB ke. not my taste. not my taste. aku hanya mahu spicy Chicken McDeluxe sahaja. for me, ia adalah the best burger ever! kalau nak ambik hati aku, offer je belanja Chicken McDeluxe, gerenti ~melting~.! sebab sos meleleh je tepi bibir. heh, pegi lap sana!


lepas makan Mekdi, lepas solat maghrib, lepas berjalan mengukur Carrefour. lepas bergosip apa semua. kita boleh beransur kembali ke rumah masing-masing. menghadap PC masing-masing, dan hidup perlu diteruskan. selesai membaca, boleh tutup tetingkap ini. saya agak busy maka hidangkan tetamu dengan cerita-cerita ringan sahaja. masa mengarang kian terhad. siapalah saya. harta tak ada, rupa tak lawa. tapi saya masih punya hati dan jiwa. Ahhh! apa ntah aku merepek ni. Choww!


Comments

Seimura said…
Wo nak jugak la chicken mcdeluxe.
fikah © said…
saya nak GCB double!!
::Budak Degil:: said…
alamak!..
still mkn Mcd lg ka..
bukan ke dah kuar berite xbaik pasal mcd ni...huhu
hans said…
haih
best ker buka puasa dengan mcd?
aku kena cari nasi juga
hahahaha

P/S : Digi Sayang Aku Agaknya! Hahaha
Cik Akma said…
gcb tak mknnn lg smpai skrg. but now dgr2 cte mcd tak halall zzz~

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S