buras.

semalam , sy telah makan something yg baru pertama kali sy jumpa, makanan ni cik hasni bawak balik sini dr sabah, namanya buras, benda alah ni ala-ala cam lemang, tapi dia campur guna pulut hitam gak, dibalut dengan daun apa ntah, diikat dgn tali rafia dan kemudian direbus...buras ini dimakan dengan serunding udang, hasni kata biasanya org makan dengan serunding ayam, serunding dia plak guna banyak lengkuas dan hanya sedikit kelapa..

even ini kali pertama sy makan benda alah ni, sy terus jatuh suka, sy makan dengan perasaan macam sy dah biasa makan, housemate lain cam kak izat n syida tak berapa berkenan, tp kenapa sy ni berkenan ja dengan sebarang makanan..kak izat kata dia teringin nak tengok sy menolak makanan..ini kerana sepanjang serumah dgn sy, dia kata sy ni makan apa saja..tak memilih langsung bab makan..bila difikirkan, mmg betul apa yg kak izat cakap, sy ni...sebat apa saja..

tadi tengahari, sy cuma makan nasi panas berlaukkan ikan bilis goreng, dan telur rebus.. letak jugak kicap manis cap kipas udang, sy tetap berselera makan. di hati ini, sy bersyukur kerana sy tetap rasa nikmat kenyang..teringat plak cerita abah, abah kata masa dia kecik2 dulu, iaitu zaman 60an, abah cuma makan ubi kayu rebus tiap2 hari..cicah dengan sambal tumis..abah kata nak makan nasi lauk ayam. 2 bulan sekali pun belum tentu..

sy teringatkan adik sepupu sy yg baru darjah 1, kalau makan lauk ayam, cuma nak makan bahagian peha ayam, bahagian lain dia tak mau..jadi masa raya di kampung aritu, mak dia awal2 dah simpankan peha ayam untuk anak bujang dia..takut kalau nanti peha ayam habis n anak dia tak dapat makan..sy sendiri tak dapat bayangkan, generasi akan datang, pada zaman sy ada anak nanti, apakah pula ragam mereka..

p/s: sy sedang makan ubi keledek goreng cicah ngan sambal kicap!

Comments

lumut said…
bagus org2 mcm ni..
sng dibela..xbyk ragam..
bersyukur kan?
tp aku pon jenis cerewet jugak bab makn.erk.
kimisai said…
ooo

ok la tuh drpada yg makan pelempang jepun zaman dulu kan....hahaha
apan lee said…
same lah aku semua bende tibai.
campak je dalam mulut.
aku kunyah telan masuk perut.
semua makanan same sebab semua masuk perut.
;P
joegrimjow said…
ishh
lapo niii
tetibe
Ibu Ammar said…
*{lumut}*
bab makan mmg aku tak byk ragam..bab lain belum tentu..uhuuu

*kimisai*
pnah rasa pelempang jepun ke?..uhuu

*arque*
satu geng la kita..uhuu

*joegrimjow*
sian joe lapo..kat UK ko makan apa la ek..uhuu
Anonymous said…
eh buras

kami selalu buat time raya...

kalau ko tgk entri ke2 aku ada cerita pasal buras
Anonymous said…
buras boleh makan dengan lauk apa2 jer pun

ikan, ayam, dagimh... sayur... semua boleh

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S