Gathering GengBlogger Berbuka Puasa Shah Alam.


hi semua,

err. ni dah berapa hari aku lewat update pasal ni? mungkin aku orang last  kot cerita pasal nih. tapi tak apa. biar lambat asal selamat. sebelum tu, nak wish dulu lah. err,  Selamat Menyambut Kemerdekaan Tanah Air yg ke-53 kepada semua pembaca tersayang.

kronologi kepada Gathering ni, semuanya atas plan En.jOegrimjoe kita. atas sokongan, kita hadir sebagai ahli biasa sajalah. memeriahkan suasana. meramaikan majlis. mengeratkan silaturrahim. mudah-mudahan InsyaAllah.

ok, cerita petang itu, (sabtu lalu), awal-awal aku dah bagitau en.Joe bahwa aku tak akan hadiri bowling time. aku direct ke dataran Shah Alam. bertolak lepas Asar dengan Jard. Jard ambik aku kat stesen LRT Universiti. sampai kat Masjid Shah Alam. tak jumpa sesiapa. malah tak jumpa pun Bazar Ramadhan yang kononnya berdekatan. Jard mesej Joe. bila tau Joe memang tengah beli juadah bukak puasa. maka kami pun tempah sekali lah.

dekat Dataran S.Alam, orang pertama aku nampak dari jauh adalah Ariff dan Syahirul. aku kenal Ariff sebab beg yang selalu dia bawak tulah. dapat cam Syah sebab kamera DSLR yang dia kendong ke mana-mana. senang kata, aku dengan Jard menjejaki tempat berbuka puasa berpandukan mamat dua orang inilah. ~tapi kami ekori mereka senyap-senyap je. hehe.! dan bila sampai area buka puasa ni. mereka dah beramai-ramai disana. Joe dari jauh dah lambai. Syahirul macam biasa. menyambut kami dengan lensa. tak sudah-sudah.





 
ramai sangat 'group' lain yang berbuka puasa kat padang nih. macam kebiasaan agaknya. err. kat KL tak jumpa pun situasi  camni. padang varsiti UM lengang je. Muahaha!






sebaik saja perasan Syah nak snap gambar, aku terus paling ke lain. hahaha! aci tak? time ni aku bersama blogger Jard n Ayong Qiela.






aku berbuka puasa satu halaqah dengan Cik Su'aidah, cik Ajwin Ajeera, Bro Framestone, cik Jard, sis Khaizarien, dan eazy-izzuddin. Su sangat peramah. Ajwin pun sama. dua orang ni 1st time aku jumpa face to face. dua-dua manis dan cun. friendly pulak. dua-dua single lagik. Eh. motif?




nampak tak. kami semua yang hadir boleh tahan ramai. kalah reunion sekolah. haha!





sambil makan, sempat mengumpat. haha. taklah. kami sebenarnya tengah tak puas hati sebab tak dapat duk dekat dengan blogger handsome belakang kami. haaa. antara blogger yang dah lama aku kenal dalam dunia blog sebelum ini, Mr.Hami Asraff, memang senang cam dia sebab muka beliau sebijk macam dalam gambar. errr. Hai Hami Asraff. nasib baik kamu kenal blogger tepi jalan cam saya nih. hehe!





ini pula sesi memperkenalkan merpati dua sejoli di alam blog. taktau sejak bila mereka ini bertukar menjadi merpati. senyum sama manis. terbang sama tinggi. eh. eh. jangan marah ya Ariff n Ajwin. curik profail pic FB anda berdua yang mahal nih. nak tau lanjut pasal diorang, pi korek sendiri lah, mak tak campurrr. :p





muka cute blogger ini memang wajib letak, er, saya peminat milo jugak tauuu. haha! nama dia cute. Kamilia. nama pena pun cute. MiliMilo. orangnya jangan cakap. cute sangat 18 kali ganda dari kami semua yang lain-lain. ok. boleh terjah blog dia, http://www.milimilo.com/.





ok, ini gambar penutup. thanks kepada semua. terima kasih atas kesudian anda beramah mesra di laman Facebook setelah gagal beramah mesra di alam realiti. senarai lanjut link bloggers yang hadir, anda boleh rujuk di sini. http://faizalpejay.blogspot.com/2010/08/gengblogger-terjah-dataran-shah-alam.html, hai pejay tumpang jap tengok senarai bloggers..

dan di antara bloggers yang aku kenal di alam blog, tapi baru 1st time jumpa time tu, dan yang aku berjaya membuat pengecaman adalah:-

http://mrpiratz.com/

- orangnya nampak seriussss. dia ada terangkan pasal wordpress lah dotcom lah, tapi nampaknya aku tak berminat lagi kearah itu. Im not full time blogger. tumpang lalu.

http://lapinkyery.blogspot.com/

- empunya blog Ery Farieha, minah ni dah pernah jumpa kat gath gatsby dulu kat Times Square. tapi perasan cam dia nampak lagi kurus dari dulu. aaa, diet ek. kasi tips sikit buleh?

http://zack-hacker.blogspot.com/

- yang ini Zack Entry. antara yang selalu komen blog aku. dan yang selalu chat kat karpet GB dulu-dulu. dia suka nak panggil aku kak sara macam la aku ni tua sangat. err, aku ni sebaya Ariff Shah tau mana ada tua. lol. tapi that time masa gath aku langsung tak cam dia sehinggalah sesi ice breaking. laaa. dak kecik ni ghupanya.


http://senseiabil.blogspot.com/

- mamat ni, aku nampak dia time bukak puasa. memang dapat cam dia. tapi tak sempat tego pun. ceh kalau sempat pun macamlah aku nak tego. aku ni kan pemaluuu. hahaha!

http://mirocornerz.blogspot.com/

- aku lebih kenal dia di alam Facebook berbanding alam blog. sebab aku pun tak pasti aku pernah baca blog dia ke tidak sebelum ini. padahal aku memang tau bahwa dia adalah rakan blogger dalam list FB aku. err, dia duk sebelah aku je time ice breaking. tapi takde pun nak tego aku sampainya hatimuuuu?! merajuk ahh. :p

http://mrchaon.blogspot.com/

- err. yang ini. yang ini... lelaki berambut panjang yang nampak lagi cool dalam gambar berbanding realiti. errr. apatah lagi nak describe pasal dia ni. errr. next time harap dapat jumpa lagi. errrr. kalau kita jumpa ada sesapa bantah kah?.. :p

http://azizankadir.com/

- Park Than. en.Azizan yang boleh tahan 'bising' bersama geng-geng beliau. biasa dengar nama azizan ni sebab selalu nampak nama dia kat ruangan komen blog-blog orang. tapi tak pasti pernahkah beliau meninggalkan komen di blog aku. errrrk.

http://coretanperantau.bs.com/

- Long Hafiz. perasan ada dia time bukak puasa. budak blaja London dengan blog Coretan Perantau. kadang-kadang ada jugak aku singgah blog dia. saja nak baca kisah-kisah dan gambar di London sana. tak pasti dia kenal aku ke tidak. macam lah tidak. macam lahhh. huuu


dan jangan pelik kalau diorang ni banyaknya jantina lelaki. sebab blogger perempuan yang hadir. yang aku tak mention tu maknanya aku memang tak kenal atau dalam erti kata lain gagal membuat pengecaman.  maka jagan ambik hati dengan kekurangan link anda dalam entry ini. takut nanti aku salah cerita salah describe tak elok pulak kan.

ok. anggaplah langsai sudah hutang nak update cerita ni. mana yang kurang atau lebih tolong halalkan ya. ada jodoh kita berjumpa lagi. salam sayang untuk you all semua. thankss yang banyak berbakul-bakul terutama to Jard atas kesudian menumpangkan aku pergi dan pulang dengan selamat, dan thanks to Joe atas susah payah penganjuran, dan thanks to Syahirul.com atas semua gambar-gambar dari page anda.

errr. kepada kawan-kawan yang nak tengok gambar  gathering yang beratus-ratus tu, silalah 'like' page joegrimjow dan syahirul.com di Facebook dan silalah menonton gambar-gambar penuh gathering ini di page mereka. sehingga bertemu lagi.


p/s: bertarawih di Masjid Shah Alam sangat seronok. sebab imam tak baca ayat panjang. Hehe!

Comments

Unknown said…
entri aku xda pn??hahaha
btw
aku xnpk kaw sbb xcam kaw
keep in touch babe

xknl aku xtaw la
haha
aku la yg seksi 2
hahaha
Call me, Eyka said…
best best!!! :) hihi awek arif shah kat dunia maya ke tuu? hehe manisss
hye sara!!! :D uhuk uhuk!! segannya ada gmbr kite gosip. kantoi ngn si syah~ ahahaha
Unknown said…
hahaha
su mmg ramah kot
tp dok malu2
tu la su

hehehehe

hah?
aku makin kurus kah?
ohh di bulan puasa ini
stendet la sara
heheheeh
Unknown said…
oh pasal mr cool tu.

nak jumpe lg ye?
harus ade kitorang!

hahahaha
Wanie-san said…
wa...rugi giler tak join!!
tapi nak wat camne..ada hal...:)
Unknown said…
sory la xtegur ye..saya ni pemalu orangnya bila berada di dunia yg nyata...ahaks

nk jumpa si cool tu, mai la umah kami...heh heh heh

oooo...minat si cool tu ek...wink2
ZACK ENTRY said…
hai kak sara, dak kecik datang menyinggah..hehe..salam kenal dan salam merdeka..=)
Azrul Hisham said…
yeahh...update juga akhirnya :)
Milimilo said…
hikhik.malu la pulak ada cerita psl milimilo tu.huhu.segan la dtg gathering ramai2 cmni sbnrnya tp byk advantage jugak la.dpt kenal dgn blogger2 face 2 face.n dpt jumpe kakak sara yg sgt2 kiut.hope to meet again ;)
zulkbo said…
Salam bertandang lagi..
moga sihat selalu orang
di sini..carilah keberkatan
10 malam terakhir..Insyaallah
maisyah said…
wah..bestnya berbuka beramai2..
Bro Framestone said…
muka bro xmanis ke.,...

ala ruginye x berpicture dgn sara kan huhuhu

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House
syahirul said…
apa pandangan anda tentang saya? gyahahahahahha~
Abang Chik said…
best berbuka beramai ramai
hai sara.. ley berkenalan.. hehee
syahid said…
rugi betul tak dapat join ice breaking..hikhikhik

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S