Posts

Showing posts from July, 2010

Live Blogging dari Swiss Oven. hahahaha!

Image
ok, ni sekarang aku tengah break 1 hour, aku print screen je pic konon-konon macam guna webcam. hahah. nampak macam betul-betul live rite? haih. pada yang belum tau. aku sebenarnya kerja kat Swiss Oven KL Central. kalau yang tau kedai makan ni kat mana tu taulah, kalau taktau tak payah tau. hahahah! kerja kat sini tak boleh sambil-sambil. busy je sentiasa. dia punya penat tak payah cerita, tapi so far aku masih sihat dan gagah lagi. aku bukan permanent staff kat sini . aku cuma buat part time je cari rezeki dan cari pengalaman. siapa yang pernah keje kat mana-mana kedai makan mungkin tahu macam mana letih dia. tapi buat apapun, harus have fun. makanan kat sini, eherm, boleh tahan mahal la bagi aku. rasanya paling murah pun 6.90sen. itupun cuma mushroom soup n garlic bread. kebanyakan makanan memang western, unsur roti, salad, sosej n spagheti. ada jugak nasik, tapi cuma 3-4 jenis je.  tapi standard la, kat kl central ni makan tang mana la yang murah. aku tak kerja k...

sebelum lelap mata, ada teringatkan siapa?

eii, kenapa mood bertukar jiweng pulak nih. bencila. tak rock la. alala. gelis. menerawang dia datang dalam kotak ingatan bila saja kepala mencecah bantal. alahai. bagai pungguk rindukan cahaya bulan gamaknya aku nih. phew ok, cerita tak jiwang dia ialah. semalam bukak puasa housemates yang masak, hari ni pun sama jugak. huhu, bertuahnya. muga kawan-kawan rumahku semuanya diberkati Allah. Amin. sebenarnya bukan aku taknak masak, tapi tenaga aku dah tahap zero bila sampai rumah dah pukul 6 petang..akhirnya aku tumpas di atas tikar. terus terlelap begitu sahaja. betapa mudahnya. bukankah abah pernah bilang, anak kedua dia ni boleh tidur di mana-mana juga?... pandai abah menilai. sejak aku darjah 3 dia dah cakap macam itu. sekarang umur dah 23 masih kekal begitu. mustajab kata-kata abah. abah tolong doa aku berjodoh dengan lelaki kaya dan handsome boleh? Dushhh!  takdela, nak si dia yang baik hati lagi manis saja cukup. tapi kalau kaya dan handsome lagi I sayang. kahkahkah. ok, ...

rindu semakin jauh...

Image
gambar hiasan. semalam, mood aku melayang-layang. happy kan diri tapi tak jugak terasa happy. sedih tu tidak jugak. tapi mode rindu datang sampai sebak di dada. rindukan beberapa orang dan rindu mereka atas sebab-sebab tertentu. rasa macam, I need one of them tolong hiburkan aku sekarang. tak banyak pun. just senyum kat aku, atau gelak tawa dengan aku atau dengar apa aku nak cerita saja cukup. yelah. mana aku ada masa untuk jumpa diorang. diorang pun belum tentu jugak ada masa nak jumpa aku. yang ada tu, dahla jauuhhhh. Sob.Sob.! kasihannya. agak-agak, mereka yang aku rindu nih, ada rindukan aku tak?. Isk!

bukan sebarang kuli..

cerita malam tadi. kawan-kawan rumahku sekaliannya gigih mahu berbisnes. dah buat sample yang pertama, kek coklat mini. sempena Ramadhan yang bakal datang ni bisnes makanan memang adalah yang terbaik. aku ni pun part time dalam arena bisnes gak apa. cuma aku ni kuli je la untuk setakat ni. akan datang mana tau boleh ada rezeki bukak kedai makan sendiri. dah aku ni minat tu ada ke arah ini. so untuk permulaannya, carik je la pengalaman banyak-banyak. try n error. cuba dulu baru tahu. pengalaman bukannya kau boleh dapat senang-senang saja, tiba-tiba dia jatuh atas riba. bukan jugak kau boleh kutip di tepi-tepi jalan, selagi belum pernah mengalaminya. kau memang takkan tahu. apa yang boleh aku cakap, aku ini berpengalaman 3 kali sebagai kuli. tak kisah pun. dan kalau boleh aku nak pengalaman yang 3 tu menjadi 10 ke 20 ke. biar banyak-banyak pun tak apa. biar kita pernah jadi kuli tapi kita dapat ilmu, daripada terus jadi bos tapi hanya tahu komplen je, try buat sendir...

ke-500an Followers dan Tahniah Ariff Shah..

Image
bercerita mengenai blog aku yang serba sederhana ni. Syukran kepada yang sudi bersama-samanya. yelah, tuan blog tak comel, pic sendiri pun jarang letak. still, anda masih bersama saya di ruangan ini. Terima Kasih. entry ini tidak lain adalah sebagai penghargaan kepada semua pengunjung blog ini. kali terakhir buat entry pasal jumlah followers adalah pada July 2009, ketika followers blog mencecah 100. dan laginya, pengunjung setia blog ini semakin ramai yang menjadi senyap membaca diam-diam sahaja. Its ok. tak kisah sangat. anda semua tetap comel sama ada silent atau vibrate. eh, vibrate ada ke?.. :p pencapaian komen terbanyak dalam blog ini adalah pada entry  lelaki-lelaki-hot-di-alam-blog-  yang dipublish awal April lepas. menerima sebanyak 40 komentar. lucu pulak bila ingatkan entry tue, ramai yang tanya kenapa mereka aku pilih sebagai lelaki hot. semalam baca entry kat blog Ariff Shah  pasal Pengalaman Jadi Artis. memang terus teringatkan en...

bercerita tentang lelaki.

Image
hari ini rasa syiok. sebab dapat bercerita tentang perasaan pada seseorang lelaki yang boleh dipercayai. sebabkan dia paham, sungguh, make me happy. dalam banyak-banyak orang, aku hanya ceritakan padanya. because I trust him. damn much. sebenarnya bebanan perasaan tidak boleh dilayan sangat. then bila ada tempat untuk berkongsi, hati rasa lega. Terima Kasih Kawan. siapa tu yang membuatkan perasaan saya terbeban?. ------------------------------------------------------------------- ok. tadi ada mamat handsome. the last customer kat kedai kami yang datang jam 9 malam. I think he is Singaporean. sebab dia cakap melayu ada bunyi Inggeris. tetiba kawan pengkid aku 'Bad' cakap. "badan dia sedapp..". then aku dan Jihan terburai ketawa. "haaa, apa ek yang korang pk?" Bad bertanya sambil jeling. KahKahKah. kami sambung ketawa lagi. entahlah apa yang lawaknya.   badan sedap tu macam mana?. ala.. kononnya yang macam Aaron Aziz. Haha, nak ...

saya tetap bahagia..

semalam ada kawan tegur.. muka aku nampak berseri-seri. eh, yeke. heh. kawan aku cakap, mungkin sekarang aku sedang lakukan perkara-perkara yang aku suka tanpa bimbangkan apa-apa. eh, terus dalam hati aku tertanya-tanya. muka aku sebelum ni kelihatannya stress atau apa. dalam dunia ni, banyak benda yang membuatkan kita tidak gembira, tapi kita harus yakin bahawa semuanya akan baik-baik saja. dalam episod persinggahan ini, masih ramai watak yang datang menggembirakan hati. dan watak-watak itu kadang-kadang sampai terbawa dalam mimpi. sehingga bangunnya pagi. wajah boleh mempamer seri. sekalipun yang membenci dan yang mengecewakan tetap ada di mana-mana. biarkan saja mereka disana. kita semua, punya komitmen besar terhadap kehidupan peribadi kita. memikirkan komitmen yang demikian. what can I say. walau apapun. saya tetap bahagia.

behind the story:- met Ariff Shah at Mid Valley

seperti yang diberitahu dalam entry sebelum ini, today (Sabtu) is my offday. cuti yang sangat bermakna. disamping berehat, ambik peluang berjumpa dengan seorang rakan blog. Alaa. bukannya apa. jalan-jalan makan-makan ja. kepada peminat beliau. jangan marah ya. mulanya  Ariff Shah  macam malas-malas nak keluar dengan aku hari ni. sebab plan tadi pun dah tengah hari dan dia plan nak godek blog dia. tapi aku bagitau yang aku tak ada masa lain pasni. then aku ajak dia jumpa petang sikit teman aku bukak puasa dan akhirnya beliau setuju. aku pergi Mid sempoi ja. kamera pun lupa nak bawak. aku ni memang gesa-gesa kalau tetiba dapat tau orang yang aku nak jumpa dah sampai dulu. Cis, Ariff Shah ni dah tiba sana pun tak ada nak bagitau aku. owh. Mid Valley macam biasalah. ramai giler orang. masa mula-mula jumpa Ariff Shah, terkejut sket. sebab aku dengan dia sama-sama dress in black n white.  aku pakai tudung hitam dia pakai cap hitam, aku pakai sweater putih di...

nilai CUTI bagi seorang pekerja..

selamat pagi.. entry ini ditaip pada pagi yang hening. semasa aku sedang bersahur. Alhamdulillah. sekalipun semalam adalah pertama kalinya aku bekerja selama 14 jam, pagi ini masih gagah lagi. Syukur. ini adalah pekerjaan ketiga dalam rekod hidup aku. dan untuk ketiga-tiga pekerjaan yang pernah aku lakukan dalam tempoh 3 bulan ini. kesemuanya memerlukan aku berdiri sepanjang hari. walaupun bidang kerja ketiga-tiganya adalah berlainan sama sekali. Owh. aku bukan lah seorang yang suka bertukar-tukar pekerjaan. tapi sememangnya dua pekerjaan sebelum ini aku hanya diperlukan untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja. pernah rasakan? berdiri selama 14jam? bukan berdiri saja-saja. tapi bekerja yang memerlukan berdiri. nak bagi kau senang faham. bekerja di restoran. just imagine apa ruang kerja seorang pekerja restoran/cafe. multiple work. kalau dua kerja sebelum ini aku ada banyak gap. so aku bolehlah punya banyak hari cuti. tapi untuk kali ini, aku bekerja dan dalam masa yang sama aku jug...

Sang Singa Gagal Membaham Badak Air..

Alahai. kelakar je bunyi tajuk. bukankah ianya berbunyi macam salah satu tajuk dalam Koleksi Himpunan Cerita Kanak-Kanak di zaman sekolah rendah?. HeHeHe.. ini cerita tadi petang, ermm. maghrib sebenarnya. dalam pukul 7.30 malam. aku menonton rancangan National Geografi, sambil-sambil berbuka puasa. sambil menonton tv. Ops. rumahku tak dapat siaran TV3. jadi aku gagal menonton Naruto. tapi tadinya aku menonton Badak Air. bukan rancangan Badak Air.  tapi aku menonton sang Badak Air yang mempunyai kulit yang gagah. haa, tahukah anda? Tahukan Anda? Badak Air mempunyai kulit badan yang sangat kukuh. sehingga sekawan Sang Singa sekalipun gagal bekerjasama membaham seekor Badak Air. dan badak air pun jalan berlenggang kangkung tanpa risau bila sekawan Singa datang menghampiri. mungkin Badak Air tu gelakkan sang Singa dalam hati sambil mengomel, "kau ingat taring kau boleh tembus kulit aku? Jangan mimpilah" . maka sang Singa pun malu sendiri. Hahaha! comel saja menonton disco...

Terima Kasih Ariff Shah...

terima kasih daun keladi kepada pemilik http://ariffshah.com/ iaitu saudara Ariff Shah sendiri atas pengumuman keputusan Contest Tulis dan Menang anjuran blog beliau. untuk pengetahuan, penyertaan aku memenangi tempat kedua berkongsi dengan dua blogger famous iaitu Melromeo dan Eyriqaz.oh ya, tempat pertama dimenangi oleh Fndrocka. sorry tak letak link diorang. update nak cepat nih. heheh! dan terima kasih kepada para penaja contest tersebut, para pengundi dan juga sesiapa yang terlibat dalam mengadilinya. moga akan datang akan ada contest lain yang lebih menarik dan bolehlah aku mencuba nasib buat kali kedua. hehehehe. eii. ariff shah jangan cari aku di tempat kerja ya. time kerja aku kena concentrate tak boleh jumpa kawan bloggers yang fames macam anda. nanti kucar-kacir terus kerja aku satu hari. Hahahahaa! selepas gagal menghadiri Gathering GB awal bulan tempoh hari, diharap dapat menghadiri bowling gathering awal bulan depan. owh. tapi jangan terkejut kalau bowling balingan ku ...

agi idup agi ngelaban.

sejak semalam, jadual aku terasa penuh. baru sedar, aku kini dah dewasa. bukan lagi remaja yang boleh melepak 24jam, goyang kaki makan tidur bergelak ketawa have fun setiap waktu. kedewasaan adalah tentang memikul tanggungjawab. sekurang-kurangnya tanggungjawab menyara diri sendiri tanpa bergantung pada orang lain. ianya tidak mudah semudah petik jari. sekalipun aku masih belajar. aku harus hadapi ini. terus berusaha berdiri di kaki sendiri. Ya Allah. permudahkanlah urusan hambaMu ini. ramai orang boleh cari duit, tapi tak ramai yang boleh cari keberkatan untuk setiap sen yang kita dapat. sebut pasal rezeki, jangan panggil ia rezeki jika ia datang dari jalan yang salah. usaha dengan jalan benar, sesungguhnya Allah Maha Tahu. bidang kerja walau apapun ia, hanya terbahagi kepada dua. dosa dan pahala.  yang halal itu berkat, yang haram itu bala. entry kali ini pendek saja, kerana esok aku bekerja. selamat malam semua.

siapa gerangan pengunjung tetap dari south korea sepanjang Julai?

Image
pai chart visitors minggu ini. mula-mula aku macam berangan bahwa pengunjung tetap itu adalah Lee Min Ho atau Lee Jun Ki atau Lee Hong Ki. tapi memang mana mungkin ianya adalah mereka hero-hero pujaan penyeri mimpi. setakat bermimpi boleh. realitinya mana mungkinlah hero-hero popular seperti mereka nak jenguk blog aku. accidentally jenguk pun seakan mustahil. jadi siapalah.. siapakah gerangannya pengunjung tetap dari south korea itu?.. Jeng.Jeng.Jeng.. my coursemate, Zati Ismail. beliau berada di South Korea selama sebulan untuk mengikuti program student exchange bersama 2 lagi rakan satu kos yang sama. so aku memang tau bahwa pengunjung blog ini yang dari sana memang adalah dia. di samping masuk lab (bukan buat kosmetik Simplysiti). beliau sempat jugak berjalan-jalan mengelilingi korea. tak tau banyak mana dia berjalan, tapi kat FB beliau boleh tahan banyak gambar-gambar. so aku 'crik' sikitlah untuk perkongsian rakan-rakan blog. curik dengan izin. dia dah bagi p...

kalau memang blog boleh buat duit.

Image
ok, entry kali ini nak cerita pasal duit. tiba-tiba buat entry duit-duit sebab 'barang naik'?.. Opss! mana boleh guna perkataan 'barang naik'. tukar! harusnya guna perkataan 'rasionalisasi subsidi' dan 'penjimatan kerajaan'. kerajaan berjimat dengan meletakkan 'harga baru' untuk minyak dan gula. lepas ni boleh jaga kesihatan dengan berlari pergi kerja dan minum teh O tanpa gula tiap-tiap hari. bolehlah kerajaan jadi maju apabila semua rakyat sihat walafiat.  kalau semua orang sihat, kurang sikit bebanan pembiayaan kesihatan. so para doktor boleh rileks sikit. eh. saya ada silap cakap ke?... balik pada tajuk. err, aku ni tak boleh diberi peluang bagi pendapat. tu baru 0.1%. kau tak dengar lagi hujah 99.9% lainnya. tak apa. simpan saja. nanti ada yang muntah susah pulak. hasil Nuffnang selepas 6 bulan 2 minggu. Im talking about my experience making money through blogging. orang lain mungkin rezeki dia lagi banyak dari ini, atau mungkin lagi...

cerita Gigi Geraham Bongsu. heh. I welcome you.

Image
sindrom sakit-sakit gusi belakang belah kiri bermula sejak Khamis lepas. masa mula-mula sakit. macam sampai naik ke kepala. serius. tapi tak lama. dia datang sekejap-sekejap. tapi sakit. gusi macam kebas-kebas. kalau mengunyah guna geraham kiri, akan menjerit 'Auww!'. terasa sakit memang tak boleh buat mengunyah. maka kena mengunya dengan geraham kanan saja. sampai lenguh kadang-kadang. haa. kantoi makan tak henti-henti. dulunya aku tak percaya gigi bongsu aku ni akan tumbuh. sebab orang lain dah tumbuh lama dah. aku ni dah tua-tua kenapa tak tumbuh lagi. atau aku assume entah-entah memang dah tumbuh tapi aku yang tak perasan sebab ianya tumbuh tanpa sindrom sakit. sebab begitu tak percaya akan sindrom sakit tumbuh geraham bongsu. ni haa, dia datang. and prove it as well. tadi aku baca pasal gigi geraham bongsu kat wikipedia. katanya dia akan tumbuh antara umur 18-30 tahun. umo aku sekarang 22 tahun 8 bulan. tapi gigi gerahambongsu tu baru ada simptom sakit-sakit nak tumbu...

adik saya bakal jururawat PPUM.

masuk minggu ni, dah 3 minggu adik perempuan aku bermastautin di Kuala Lumpur. masa dia mula-mula daftar dulu, aku tak dapat hantar sebab aku kerja. lepas minggu kerja, aku pulak balik kampung. so aku memang tak sempat-sempat nak lawat dia walaupun rumah aku dengan hospital dia punyalah dekat. boleh naik bas Metro12 dalam 10minit boleh sampai. so semalam, lepas kelas. aku ajak dia gi Masjid Jamek beli kain baju raya. pergi Mydin sekali belikan dia heater. kebanyakan kat Jalan Masjid India sekarang kain cotton je semua kedai banyak jual. oleh sebab ianya macam trend masa kini. so aku pun belilah jugak 3 pasang. kebetulan hari ni kawan adik aku yang duduk sefelda dengan kami balik kampung. haa. boleh terus kirim kat dia. lepas balik dari Masjid Jamek, aku ikut dia balik asrama kat PPUM. hospital universiti aku ni aku memang dah pernah pergi wad dia sebanyak dua kali. sekali masa arwah sepupu kawan aku Wanie sakit masuk ICU and meninggal kat situ. lagi satu kali masa Kak.Izat h...

ke sekolah seperti biasa.

ayuh kembali ke sekolah. ayuh! dah besar-besar masih lagi ke sekolah. sekolah di UM. rupanya aku belum abis blaja lagi?. haha. yep. yep. aku masih ada semester lagi perlu dihabiskan. total jam kredit belum cukup lagi untuk grad. tak apalah. bersekolah saja macam biasa. jangan malas-malas. padahal memang malas. baca update status FB rakan-rakan yang dah abis blaja. aduhai. masing-masing berkira-kira nak naik pelamin. aduhai. bahagianya mereka. turn aku entah bila. but my target is. sebelum aku kawin, aku mesti dah ada sebuah rumah dan sebijik kereta dari hasil titik peluh aku sendiri. dan bakal suami aku pun mesti macam tu jugak. mesti! kalau tak kita reject saja dia. kahkahkah!   ramai yang tanya, lepas grad aku nak kerja apa. bidang yang aku blaja kat UM ni boleh kerja apa. ok. biar aku jawab. aku sebenarnya tak berhasrat nak kerja dalam bidang yang aku blaja. sebab aku macam tak minat sangat.bukan saja tak minat malah tak suka  makanya aku akan kerja apa saja yang bukan s...

Johnny's Restaurant.

Image
salam semua.... ini cerita makan-makan yang minggu lepas punya tapi dah tertangguh lama. tak sempat sebab bercuti di kampung. ini Rabu lepas punya jalan-jalan makan-makan. mulanya kami berempat ke Sungei Wang, Low Yat dan Times Square.  1st nak cerita pasal Sungei Wang yang orang cakap tempat banyak pilihan shopping murah. padahal sebenarnya tak. tak banyak pun pilihan. kebanyakkan kedai-kedai dalam dia jual menda alah yang sama. style baju yang lebih kurang dan tak banyak pilihan cantik. harga pun takde la murah sangat. tali pinggang besar semuanya 25ringgit ke atas. design pun tak bape comel. ahh. so tak best! Times Square lebih heaven. lagi bannyyakk pilihan dressing lelaki dan perempuan. lagi seronok untuk merambangkan mata. akhirnya aku juga dapat 1 tali pinggang besar. dengan harga yang separuh harga dari harga tali pinggang di Sungei Wang. lagi cantik design dia. lagi puas hati. ok. rupanya jalan-jalan semata-mata tali pinggang. iya. itulah sebenarnya. tapi gambar tali pi...

entry Afif khas untuk blogger Seimura.

Image
inilah cerita di halaman kampung Felda ku. eh, baru tahu ya aku ni tinggal di Felda?. yes kawan-kawan. bapa ku berkhidmat sebagai penyelia felda. siapa tu berani memfitnah Felda bankrap?! sungguh tak berwibawa fitnah sedemikian. padan muka kena banned, silap-silap kena saman. itulah, menggunakan media tuk menyebar fitnah. kan, tu Allah marah. eh.eh. bukan entry emosi. saja je tu, kasi panas enjin. kehkeh. ok. ini entry khas untuk saudari  Seimura yang berada di Mesir. beliau begitu mahu untuk menatap gambar Afif. ini dia Afif dah datang bersama aksi comel super saiya. sumpah comel sebab dia body mantap. baru 4 bulan dah pandai meniarap. lagi sifat dia. dia suka melompat-lompat bila kita dirikan dia. suka sangat. bila kita dudukkan kat pangkuan dia sibuk nak berdiri untuk beraksi. bila  dibaringkan mulalah dia nak meniarap, tapi dia reti pusing arah kiri je. arah kanan dia failed. tapi sebabkan badan dia berat, dia tak tahan nak meniarap lama. then mulalah dia teriak m...

lupakan World Cup dan Paul sotong, jom cerita pasal kawin..

Image
sudah-sudahlah bercerita tentang Paul Sotong. sekalipun ramalannya benar belaka, anggap ia satu kebetulan cukup. ingat, percayakan ramalan boleh membawa kepada syirik. Nauzubillah. Apapun. aku cukup gembira dengan dua kegembiraan. pertamanya sebab Belanda kalah kepada Spain. hahah! dan kedua sebab Diego Forlan dapat title Bola Emas. at least pasukan Uruguay pulang dengan 'sesuatu'. Ye tak? ok. cerita kawin my uncle. Alhamdulillah. segalanya selesai dan beliau sudah selamat bergelar sang suami di usia 28 tahun. semoga masjid yang dibina akan terus kekal bahagia dan doakan beliau segera boleh menimang cahaya mata InsyaAllah. seperti yang anda maklum, aku pulang sejak hari Khamis lagi. thats why blog ni bersawang lama. then pagi ni aku online dekat rumah, streamix sesat mana ntah aku guna jelah. sebenarnya aku bukanlah berfungsi sangat menyumbang tenaga untuk majlis kawin pakcik aku. tapi adalah tolong-tolong sikit-sikit. macam belajar jugak 'rewang kenduri'. oklah. jom...

saya tidak akan menghadiri Gathering Geng Blogger.

walhal pada mulanya aku macam berkobar-kobar nak pergi Gathering pertama GB di Putrajaya. sibuk-sibuk menangkan Putrajaya as venue gathering. sebab mulanya tarikh yang dipilih memang sesuai dengan jadual aku yang kononnya free. tapi nak buat macam mana. kita hanya merancang, dan Allah yang menentukan. tiba-tiba wedding pakcik aku dipercepatkan tarikhnya. dan ia tepat jatuh ke hari yang sama dengan Gathering Geng Blogger iaitu 10 Julai. nampaknya aku tak berjodoh nak jumpa dengan bloggers yang akan ke gathering GB ni nanti. mintak maaf ya semua. lain kali kalau ada kesempatan kita buat second gathering ke apa. boleh ke? ok. ini pun quick update. malam tadi janji nak cerita pasal makan-makan bergambar kat Jhonny. tapi tiba-tiba my uncle call kata balik sama-sama dengan dia jam 11 pagi. ok, terkelam kabut lah aku nak mengemas nak mandi, nak update blog. hahah. ok semua. mungkin blog ini akan berhabuk hingga hari Ahad. salam sayang, kalau rindu jengah la entry lama yang tak sebe...

50 ringgit terasa tiada apa-apa..

nilai duit semakin kecil, atau nilai barang yang semakin mahal, atau mungkin kedua-duanya? abah cakap, kalau pergi mini market bawak 50 ringgit, barang yang boleh dapat. alahai. punyalah sikit macam tiada apa-apa. dapatla beberapa item. aku pun rasa macam tu. kalau keluar jalan, bawak not 50. dengan mata  aku yang melilau-lilau nih. alih-alih. habis 50 ringgit. apa yang dapat?. dapat la bedak padat jenama in2it, dengan eyeshadow dia yang dwicolor. begitu mudah kita nak setelkan sehelai wang 50. sungguh! belanja makan kat KL, kalau time aku duduk kolej kediaman UM dulu. 50 ringgit tu selalunya bertahan untuk seminggu sahaja.  kalau beli nasik putih dengan lauk ayam+sayur, 3.50sen. kalau masakan panas, kebanyakannya 4ringgit. kalau beli air minum, hah. memang boleh cecah 10 ringgit sehari. kalau nak jimat, kena skip makan berat, ganti dengan makan roti ke rendam maggi ke. haa, macam tulah. tak ke terasa duit sebenarnya mengalir macam air, walhal untuk ...

review film:- Knight and Day. gandingan mantap Cruise dan Diaz.

Image
hi semua, dah lama tak buat review wayang, last time rasanya review citer Lagenda Budak Setan. hahah. okay. semalam, sesi membelah awan di Mid Valley. pergi Mid semata-mata untuk tengok wayang. dalam kepala cuma ada satu nama. 'Tom Cruise!'. mahu menengok Tom Cruise. pedulilah Lisa Surihani ke Lan Pet-Pet ke sapa-sapa ke. aku cuma mahu Tom Cruise sahaja. Tom Cruise pun mahu aku tengok dia. ok. deal. kita 'jumpa' di panggung No 1, seat D13 jam 4.00 petang. sebelum itu, makan roti La Boheme made in Jusco. sebotol Coke berjaya dibawa menyelinap bersama. nak beli minuman area wayang tuh, Mahal laaa. saya sedang berjimat nih. kan nak raya dah. ahaha! --------------------------------------------------------------------------------- segalanya tentang bateri. sebuah bateri kecil yang kononnya super power yang dicipta oleh ahli fizik yang nerd, Simon, kawan kepada Roy (lakonan Cruise). June (lakonan Diaz) terjebak dalam 'hidup' Cruise ketika di lapangan terbang m...