respon terhadap entry lepas dan beberapa perkara.


hi readers, Salam Ramadhan. diharap anda semua berada dalam kesejahteraan dan kerahmatan. Amin. Ramadhan ke-4, Khamis, 4 Ogos. esok sudah Jumaat, dan kembali weekend. dan begitulah seterusnya putaran masa. sengaja entry ini dibuat sebab hakikatnya tak ramai orang boleh faham Wordless Wednesday. sebab itu selalunya aku buntu nak letak gambar apa without any caption. kelak slot Wordless Wednesday aku letak gambar diri sendiri mungkin. LoL.



dan inilah dia gambar WW semalam.





memang betul lah. masa tetap berjalan dan takkan tunggu kita. apa yang kita dah terlepas semalam, mana boleh kita dapat semula hari ni. aje boleh ke nak qada' tarawih yang semalam kepada malam ini?..see, you will never get that chance back. past is past, apa yang kita pernah miliki tahun lalu. mungkin bukan lagi milik kita tahun ini. masa lalu adalah perkara yang kita sudah terlepas. tak ada mesin masa untuk berpatah semula. kita sekarang hanya memiliki hari ini. dan hari esok juga belum tentu milik kita.





semestinya bukan tunggu waktu berbuka puasa. apa you all ingat aku baru belajar berpuasa kot?. maksud yang tersirat disebalik gambar jam di entry semalam sudah ada tertulis di ruangan (p/s) tetapi ramai yang tidak faham. *komen anda menunjukkan anda tidak faham. well. its ok. 

to James Alexander, dun put the word 'andai' in ur sentence because it doesnt suit my case. sudah semestinya aku ini lebih memerhatikan diri sendiri. memang sudah pasti, tidak perlu diandaikan, aku memang hidup sendiri, survive sendiri. jatuh bangun sendiri. yes, banyak yang berlaku dalam hidup aku, bertukar kerja dan berpindah rumah 3 kali dalam 8 bulan. cukup banyak bukan?

dan tidaklah aku perhatikan hidup orang lain setiap hari. tetapi aku ambik tahu juga sekali-sekala. dan ayat yang aku maksudkan dalam entry semalam. bila mana aku tengok life orang lain secara sekali sekala. aku rasa macam aku ada skip setahun dalam hidup. sebabnya. baru je hari tu aku hantar mesej tak dapat hadir ke majlis perkahwinan, tiba-tiba hari ini aku nampak gambar baby mereka berusia 3 minggu dalam Facebook. look at them. dah jadi mommy and daddy.

and... look at me....Im not a mommy. not yet a wife. so you got what I mean?. heh.

melihat hidup orang lain secara sekali-sekala itulah buat aku rasa...Hey,how time flies??..dan sebab aku memang melihat kehidupan aku secara hari-hari. maka aku macam rasa masa seakan berhenti, sebab apa yang aku buat hari ini adalah sama macam apa yang aku buat bulan lepas, you know. bangun pagi. pergi kerja, balik kerja, online, memasak, makan, tengok tv, bersembang dengan housemate tentang hal dunia, dan... dan tidur malam sendirian. Hahaha!. macam itulah lebih kurang yang tersiratnya.

but Hey, dun get me wrong. wihout any changes/progress of marital status, I am fine! I am happy. 

walaupun status sekarang adalah belum bertunang, sekurang-kurangnya aku sudah punya calon tunang. mind you. title calon tunang adalah much better daripada title bekas tunang. dan tak boleh nak cakap calon suami. bukan sebab belum layak, tapi bimbang dicerca para pembaca. lalu di brain wash slot nasihat percuma berbunyi janganlah yakin sangat, janganlah bercinta sangat. Yes. I know lahhhh. I know better than anyone else. 

tidak pernah lagi aku me'reveal' siapakah my mr.KingKong. juga tidak pernah di upload sebarang gambar beliau dimana-mana ruangan blog, atau laman sosial peribadi aku. anda tidak tahu namanya, juga tidak kenal bagaimanakah rupa beliau. jadi sepatutnya tidak timbul lah isu 'jangan yakin sangat, kalau tak jadik maluuu..' bukankah nasihat sedemikian lebih sesuai ditujukan kepada mereka yang meletakkan gambar calon tunang di sidebar blog dan album muka buku masing-masing.?

Ops. jangan pulak you all kata aku suruh you all ikut macam aku, dah tentu bukan. blog masing-masing suka hati masing-masinglah. cinta hati masing-masing terpulanglah. but what happen next. tertanggung di bahu masing-masing juga. baik, cukuplah tentang isu cinta hati ni.

kepada pembaca yang baru saja mengikuti blog ini (in case kalau ada...) anda sedang melayari blog bergenrekan peribadi, cerita peribadi, tetapi bukan semua hal peribadi diceritakan. pendapat peribadi yang tidak apa jika tidak bersetuju. dan.. sebenarnya penulis blog ini adalah peramah, tak percaya pergi tanya rakan blogger yang pernah jumpa aku secara personal. ya, Ramadhan tahun lalu banyak berjumpa bloggers. setahun sudah rupanya ya?



p/s: Hi Ariff Shah bila nak balik Malaysia. Hi Joegrimjow bila nak belanja buka puasa. Hi ZackZukhairi.... ok. Zack aku belum jumpa lagi.. errr. selain Zack ada sorang lagi blogger lelaki (anonymous blogger) yang aku teringin nak jumpa. tapi tak boleh reveal siapa. hah. ok. bai.


Comments

aamalinaazman said…
nape cam dh lame x bce belog ni eyh..
heee
sowee lame x singgah
moge bahagia milik kamu e!
mase!
sangat bernilai cam nyawa..
>_______________<
Shahada Fauzi said…
bile baca entri ni buat aku tersedar sesuatu yang aku pun pernah rasa macam ape yg ko rase tu..bile dapat jemputan kawen dari kawan tp tak dapat hadir, tetiba tgk dorg dh punya anak..dan aku still shahada yang sama..belum bertunang malah bernikah pun belom apatah lagi nak punyai anak..memang terasa masa tu cepat sngat berlalu..
James Alexander said…
*senyum*


mungkin kamu juga tak betul mengerti apa maksud aku...

x mengapa... moga kamu baik2 saja...
Unknown said…
penerangan mengenai wordless yg sgt panjang.. huhu lain orng lain prndapat mengenai gmbar yg diletakkan.. harap jgn trsinggung dgn komen mereka :)
Cik Amni said…
ya... aku jugak... yang teruknya aku.. kawan baik aku sendiri, aku baru tau dah deliver baby last week.. baru rasa semalam dia cakap dia keguguran... wah! memang rasa setahun tak jumpa dia... giler ahh...
Ibu Ammar said…
#aimie amalina
hi thanks sudi singgah. thanks 4 da wish. Amin

#cik Sha
haha, itulah. itu yang aku maksudkan. mmg masa tu berlalu tapi macam berhenti. ahaha, nak kena explain guna satu entry lol

#james alexander
tak kisah, tak peduli sangat apa kamu maksudkan. lebih peduli apa yg aku nak sampaikan.

#saiauzuan
tak pernah tersinggung, cuma rasa tak best kalau tidak di explain lanjut.

#amni
itulah kan. macam ter'skip' setahun. hahaha


#
ILA HonEyBuNNy said…
sedih lak baca entry neh...

seakan2 kisah ila jugak..masa kita macam xjalan je kan..org lain mcm berjaya dengan masa yang ada sekarang...

xpela dear..mb masa itu akan merubah jugak life kita one day...kita manusia hanya mampu bersabar dan terus bersabar....T_T
ieza ashaari said…
terasa juga begitu. bila sendirian, terasa macam sorg2 saja hidup di dunia. org lain hny latar masa. mengapa yer?
Fatimah Ali said…
in a short period macam macam berubah. *senyum kelat.
ghost said…
itulah silapnya bila kamu meletakkan apa saja yang orang komen mesti bertepatan dengan apa yang kamu fikirkan.WW suatu yang infinity dari segi pemikiran dan pandangan orang dalam menterjamaahkan apa saja yang mereka fikirkan.pembaca blog bukan pembaca fikiran.

please,sebagai seorang penulis yang baik macam kamu tidak perlu menyatakan *komen anda menunjukkan anda tidak faham.well its ok.

mana sikana pernah berkata,letakkan tugas kritikan pada pengkritik dan bukan kita yang mengkritik cara kritikan orang.

kamu perlu lebih memahami apa itu ww.
Masa itu sentiasa berlalu, perubahan itu yang berubah. kan? :)

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S