Posts

Showing posts from September, 2009

buras.

semalam , sy telah makan something yg baru pertama kali sy jumpa, makanan ni cik hasni bawak balik sini dr sabah, namanya buras, benda alah ni ala-ala cam lemang, tapi dia campur guna pulut hitam gak, dibalut dengan daun apa ntah, diikat dgn tali rafia dan kemudian direbus...buras ini dimakan dengan serunding udang, hasni kata biasanya org makan dengan serunding ayam, serunding dia plak guna banyak lengkuas dan hanya sedikit kelapa.. even ini kali pertama sy makan benda alah ni, sy terus jatuh suka, sy makan dengan perasaan macam sy dah biasa makan, housemate lain cam kak izat n syida tak berapa berkenan, tp kenapa sy ni berkenan ja dengan sebarang makanan..kak izat kata dia teringin nak tengok sy menolak makanan..ini kerana sepanjang serumah dgn sy, dia kata sy ni makan apa saja..tak memilih langsung bab makan..bila difikirkan, mmg betul apa yg kak izat cakap, sy ni...sebat apa saja.. tadi tengahari, sy cuma makan nasi panas berlaukkan ikan bilis goreng, dan telur rebus.. letak jugak ...

cuba teka...

huahua..tajuk entry tersebut takda kena mengena langsung dgn ceritanya..manalah sy ni pandai berteka-teki..dan sebenarnya sy sedang di alam boring sekarang, so mahu have fun sedikit..jom layan apa ceritanya.. malam tadi, sy mimpikan dia, dan setiap kali sy mimpikan dia, ianya seperti satu scene yg sangat indah. sy dapat lihat dia..dan sy sangat gembira sekali dapat melihat dia, walaupun dalam keadaan tidur, sy macam sedang sedar bahawa sy sebenarnya hanya bermimpi, tapi tak apa..sy tetap gembira sekali.. sy lihat dia dalam mimpi..dia begitu gentleman, cara dia memandang sy, sy seperti sedang dilamun cinta..dan sy tahu, sy pernah memiliki pandangan mata itu suatu ketika dulu.. dan apabila mimpi itu berakhir, dia akan terus memandang sy, sehingga ia menjauh dan menghilang dr pandangan.. sy bingung, kenapa kadang-kadang dia muncul dalam mimpi sy, sy seadanya sudah menerima kenyataan bahawa dia cuma satu kenangan dalam hidup sy..sy tidak tahu apakah tafsiran mimpi, mungkin ianya cuma maina...

entry lepas disambung kembali...

'kamu', sekiranya 'kamu' membaca ini, sy berharap 'kamu' akan mengerti.. sy adalah insan biasa yg mahukan kehidupan sy ini 'lengkap', tapi sy tidak tahu siapakah gerangannya yg akan 'melengkapkan' hidup sy. sy tidak tahu siapakah belahan jiwa yg Allah titipkan buat sy di dunia ini.. sejujurnya dalam hati sy, sy gembira dengan kedatangan 'kamu', dan itu adalah kerana sy memang merasa gembira apabila mendapat kawan baru. menerima 'kamu' sebagai kawan baru dalam hidup sy, sebagai seorang yg berstatus single, berkawan adalah sesuatu yg menggembirakan. sy menghargai 'kamu' sebagai seorang kawan, sama seperti kawan-kawan sy yg lain. sy berterima kasih kerana 'kamu' berterus terang, dan sy cukup hargai sekiranya perasaan 'kamu' itu adalah benar.. dan jika 'kamu' bertanyakan perasaan sy, sy tiada jawapannya. sy mmg bukan seorang yg berterus terang, dan sy adalah seorang yg terlalu banyak berahsia, hgga kawa...

deep in my heart!

on laptop menjelang tgh malam..tetibe laptop sy ni tak dapat wifi..status excellent tp limited..sedangkan kengkawan rumah sy sumer dapat wifi secara elok.. aik! bingung ni! apa lg tanpa buang masa terusla menyambung laptop dgn kabel kuning dan terus dapat akses internet..apalah, aku pun taktau apa yg problem. berguna jugak yerk kabel kuning tu, selama ni terdiam je dia takda org peduli...uhuhuhu..kenapa sy online tengah malam begini??.. pintu hati sy telah diketuk erm...sy masih terkejut dengan ketukan itu walaupun ianya tidak berbunyi, hakikatnya sy masih belum bersedia untuk membuka pintu hati sy..bukanlah sy ini penakut, bukan juga kerana sy ini memilih, dan bukan juga kerana sy kini sedang menunggu seseorang yg dulunya pernah menghuni hati sy...semua itu bukan alasannya.. sesungguhnya sy meyakini bahawa masanya belum tiba... membina harapan terima kasih atas usaha kamu, sy amat menghargainya...jika kamu menanyakan jawapan, ianya adalah: sy tidak menolak, dan bukan juga menerima.. ...

entry indah ini..

Image
hari ini, tuan rumah ini mendapati bahawa tetamu yg berkunjung ke rumah ini semakin ramai, jadi tuan rumah nak ucapkan berbanyak tenkiu kepada semua pengunjung sama ada yg sengaja berkunjung atau tak sengaja (tersalah click agaknya), yg setia dan yg curang (ceh, cam skandal apa ntah), yg lama mahupun yg terkini, yg senyap mahupun yg bising , yg gemuk mahupun yg kurus (takda kena-mengena pun,haha)..tenkiu n tenkiu yg tidak terhingga kepada kalian..hamba disini sentiasa mengalu-alukan kunjungan kalian semua..tenkiu sekali lagi. dan sy juga mendapati bahawa menulis blog kini seperti satu komitmen dan satu tanggungjawab, kerana adanya readers yg mintak sy update blog sekerap mungkin, mungkin dah addicted terhadap penulisan sy yg hodoh ini..anyway, tenkiu berbanyak atas sokongan kamu, sy akan usahakan untuk terus meng'update' blog ini dengan jayanya, InsyaAllah. sebenarnya sy agak berasa rendah diri kerana blog sy ini tidaklah indah seperti blog2 mereka yg lain, yg bersinar2 bergeme...

terasa terbeban..

mood happy seakan merudum ketika ini, yes! diri macam terbeban dengan pelbagai perkara. emosi terbeban, mental terbeban, fizikal terbeban..owh! bebanan apakah ini??!! bebanan 1:- ada someone, yg merisik khabar. dan aku, menolak pun tidak, menerima pun bukan. aku taknak sakitkan hati sesiapa. dan aku juga belum mampu menggembirakan hati sesiapa. aku taknak ulas lanjut, sebab aku sendiri tak berapa faham keadaan apakah yg berlaku saat ini. bebanan 2:- a lot of assignment yg tertangguh. aku takda idea yang mencurah untuk siapkan assignment. padahal masa yg ada tak banyak. buntu betul. betul-betul buntu. bebanan 3:- keadaan semasa yang menyepit sehingga tersepit. aku marah sungguh dengan kenaikan tambang bas dan teksi. aku rasa keadaan ini telah menjerut leher aku hgga sukar nak ambik oksigen. naik je teksi, meter start dengan rm3.00, malah meningkat dengan selaju mungkin. aku naik teksi dr stesen U ke Bukit Jalil, tambangnya adalah rm16.00. naik dari PPUM ke Pasar Seni, tambangnya adala...

salam lebaran.

alhamdulillah, dapat kembali ke alam blog semula setelah seminggu bercuti, bercuti drpd berblog sepanjang bercuti raya, memang adil! so many things to share, especially about Eid celebration..jom ushar apa cerita di sebalik sambutan raya aidilfitri kali ini, 19/09/09:- bertolak pulang ke kampung emak bertempat di Kampung Tiong Baru, Muar Johor. Mak n abah amalkan sistem giliran untuk tentukan dimana patut sambut malam raya dan hari raya pertama. kali ini turn beraya di kampung emak. seronok dengar pengunguman raya pd malam raya kerana perkara camni jarang berlaku..hihi. 20/09/09:- lepas sembahyang raya, sesi ziarah kubur arwah atuk, dah lebih sedekad arwah atuk pergi buat selama2nya. kemudian, sesi menerima duit raya. Alhamdulillah, dah dekat umo 22 still lg dapat angpau!..huhu..then rombongan keluarga ziarah rumah sedara-mara, yg bestnya kat umah atuk mak adalah jiran2 sumer sedara dekat.. malamnya adalah sesi BBQ, so petang tu sumer makanan laut dah di bereskan (disiang), dan ayam pu...
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

no title!

sedang minum air milo panas, jam sekarang tunjuk kul 1.45am..mata aku tak ngantuk lg walaupun badan aku letih semacam.. ntah la knapa..letih kerana tadi siang dah beribu kalori aku gunakan untuk berjalan di setiap sudut dalam kompleks Sogo, ditambah dgn berjalan dr Sogo ke Jalan TAR, dan bazaar masjid India. satu benda yg macam jadi habit aku time jalan-jalan ialah, aku suka tengok orang. td masa aku duk dalam lrt Star. ada sepasang dak lelaki duk depan aku..aku katakan sepasang kerana mereka terdiri drpd dua org, one of them muka comel macam pempuan, tapi suara lunak kalah suara aku. cumanya rambut dia macam lelaki, dress pun macam lelaki. dan yg sorang lagi plak muka mmg macam lelaki,suara pun suara lelaki, tapi dress dia pelik.. pakai tight hitam ngan skirt hitam atas lutut. 1st time aku nampak pasangan yg camnie..isk! but suasana ni kejap je dapat aku tengok. coz dr stesen masjid jamek ke stesen bandaraya cuma ambik masa 5minit.. pastu tadi masa kat Sogo, kak izat ngah beratur n...

persiapan hari raya..

Image
persiapan raya yg tak seberapa..jom ushar apa yg dibeli untuk sambut raya kali ini...haha, jujurnya I agak berhabis duit, tapi I tak fikir ianya membazir. coz I akan pakai apa yg I beli, dan I membeli dengan rasa puas hati, Alhamdulillah.. biskut raya n karipap mini yg dibeli drpd cik hasni (my housemate n coursemate).. tshirt Bontton lelaki saiz S, but i buy it for myself! baju kurung my sister..(form5).. tas tangan for my mom.. this is mine.. diskaun 80%.. my sandals.. rm29.90. rm49.90 rm59.90. new purse after 4 years. (B.U.M). my i.c since form 3.. brooch.. bought from masjid India.. kenapa U beli sandal dan bukan beli kasut?.. sebabnya sandal sangat selesa dibawa berjalan kaki..(spesis suka jalan).. kenapa U tak beli high heel?.. ohh! tidak!nanti jalan 10 minit dah mula berkaki ayam..haha.. kenapa U tak beli brooch yang besar?.. sebab I taknak org silau mata bila tengok I, then diorg akan pandang my brooch bukan pandang tuan yang pakai..haha kenapa U tak bel...

entry tonite...

Image
kenapa ntah badan rasa sakit-sakit..salah posisi tidur agaknya malam tadi..bukan hanya sakit-sakit badan, malah kadang-kadang diserang sakit gigi ...kejap-kejap rasa sakit...pastu hilang rasa sakit...kang datang balik sakit...nnti bila ada masa nak gi cek up gigi kat dentist.. baru lepas antar testi raya kat kengkawan friendster ...sebut hal friendster, akaun friendster seperti dah basi dan semakin dilupakan, lebih2 lagi sejak adanya facebook ...ramai kengkawan pun dah beralih kepada facebook..tapi aku still lagi malas nak buka akaun facebook...belum masanya kot...haha...nnti aku bukan ada masa nak aktif benda2 camtu..huhu... sedang menjamu selera dengan wafer munchy's muzic perisa vanilla.. sambil tengok tv..channel rtm2 ..cerita orang minyak.. lakonan fizz fairuz dan fauzi nawawi.. rasa macam nak tido awal malam ni...esok kelas pukul 10pagi....dan esok merupakan hari terakhir untuk ke kuliah pada mggu ini..dan ramai rakan-rakan sekuliah yg akan balik ke kampung halaman pada hari...

short story...

jam menunjukkan pukul 3.10ptg, dalam pada menunggu Dr. Salihin masuk untuk sesi test, perutku berbunyi..(alarm kelaparan)..astaghfirullah, mana boleh sebut lapar time puasa!.. ish! bila perut rasa lapar, mesej terus dihantar melalui neuron menuju ke otak . " nak makan apa ek buka puasa petang ni"... di minda ni terus teringatkan bahan-bahan basah yg naemah n hasni beli kat pasar semalam..ermmm...ada ayam, udang, sayur lobak, bunga kobis, wahh..jadi.. menu apa yg sesuai ya???.. teringat plak bahawa aku n hasni akan pulang lambat gara2 test...ermm.. kepala otak yg nakal ni terus teringat nak membuli org yg ada kat umah untuk masak.... haaa...yes..yes! idea bernas dah datang.. apa kata suruh kak izat masak paprik??..uhhhh... tanpa lengah terus bagitau hasni cadangan nakal tersebut...hasni yg nakal jugak pun terus setuju, sms terus dihantar kepada kak izat..." akak, dah lama kan kita tak makan paprik???".. ayat pancing simpati harap2 dia terus faham..akhirnya kakak m...

What is this?

mood sekarang adalah mood study sambil dengar dendangan lagu raya drpd laptop naemah.. haha.. tak guna laptop aku untuk dengar lagu raya..saja..save bateri..hehe..sangat seronok dengar lagu raya dikala ini...bagai menanti-nanti detik2 kurang dr seminggu untuk raikan hari raya aidilfitri..seronoknya...... seronok lah...kerana raya kali ini..aku akan beraya sebagai seorang blogger...ceh....terharu betul..macam adalah berbeza apabila 1st time beraya sebagai blogger??..berbezakah?...yup! sumpah ianya adalah perasaan yang berbeza..walaupun blog ini tak la seglamor blog puan chika atau bujang susah , tapi blog ini, aku yakin tetap ada pengunjung setia yg sentiasa mengikuti setiap entry2 yg ter'pos' di sini...ya! terima kasih kepada pengunjung2 itu, terima kasih!.. penulis sedang kekenyangan sekarang, masih terasa kenyang walau dah lebih 5 jam berbuka puasa.. best buka puasa makan nasi putih lauk ayam masak kicap..(kak izat masak)..dan makan kuih kole kacang...( beli kat bazar)..best...

entry hodoh?!

kenapa hari ini asyik nak menjenguk hp, tapi tiada pun sms yang masuk, call masuk???.. lagilah tak ada..owh..tersedih sekejap..(sumpah hanya sekejap saja I bersedih)...rupanya I ni tak glamer pun pada hari ini..ahakz..macamlah I ni glamer di hari yg lain, rupanya sedar bahawa diri mmg tak glamer dikalangan senarai teman2 phone contact hp ku..huaahhh! ini yg membuatkan bateri hp I bleh bertahan 3hr tanpa di cas..wah! hebatnya hp ni...jimat elektrik umah aku..kahkah! online ym..owhh..tiada siapa yg buzz I pd hari ahad yg sejuk ni...diorang ni tak sedar ke I tengah online sekarang..so (kawan2 ym) sila buzz I sekarang!..ahakz..macam mana diorg nak sedar sedangkan I sentiasa berstatus invisible bila on ym..ceh, padahal bila I berstatus available pun takda gak org nak buzz I, yg ada cuma org bagi salam jer..tanya hari ni berbuka dgn apa? ahaa..itu gara2 I asyik announce dalam blog tentang juadah berbuka puasa..kahkah... tp hari ini takda sapa pun tanya tentang juadah buka puasa?! maaflah I t...

mggu shopping@ berhabis duit..

for myself:- kasut raya: rm 59.90 rm29.90 total:rm89.80 tudung raya: matahari: 3 helai* rm18= rm54 total: rm54 baju raya: sehelai kurung biasa: rm50 brooch tudung: 6biji=rm10 sarung kaki: 3psg= rm10 grand total=rm213.80 for my family:- tudung raya: manjalara= 10 helai*rm10 tudung ekin=rm5/helai 3helai=rm15 total = rm115 baju kurung adik form5 : sehelai kurung biasa = rm60 brooch tudung: 6biji=rm10 12biji=rm20 sarung kaki: 3psg=rm10 6psg=rm20 biskut raya: short bread= rm21 pinachio=rm21 total = rm42 grand total=rm257.00

resipi dari internet..

Image
penulis memang suka makan ayam masak merah, dan suka jugak makan rendang daging..(padahal banyak sangat lauk yang penulis suka makan,serius sangat banyak!)..haha,oleh sebab entry ni cuma ada gambar ayam masak merah dan rendang daging, maka mengaku lah bahawa penulis suka makan lauk-lauk ini.. jom ushar gambar-gambar lauk kegemaran penulis yg dimasak sendiri..hehe.. ayam masak merah.. rendang daging.. apabila blur tak tau nak masak ape untuk buka puasa..selalu jek penulis jenguk2 masakan kat internet. tengok masakan-masakan melayu dan ushar resipi-resipi yang pelbagai.. dah jadi macam hobi baru plak, surf resipi kat internet..sebenarnya selama ni bukanlah tak biasa memasak, tapi bila masak kat umah (my hometown), time masak asyik refer pada emak, sikit2 sumer tanya emak, sampai sukatan garam berapa banyak pun nak tanya emak jugak, sekarang bila duk umah sewa, cara memasak adalah lebih berdikari, sumer kena pandai-pandai sendiri, tambah2 memasak time puasa, (tak bley rasa maka...

entry sedih.

penulis cuba terus menceriakan wajah apabila menatap wajahnya, yup! aku akan menatap wajahnya setiap hari, aku tidak boleh kelihatan bersedih atas apa yang menimpa beliau. kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. aku harus terus bersenyum. ingin sekali aku berkongsi rasa bagaimana agaknya kesengsaraan dan kesedihan dia yang berkeadaan 'sakit'. aku ingin katakan bahawa aku tumpang simpati, tapi aku bukan jenis yang mudah untuk menahan emosi. aku tak mahu bertanya lanjut tentang penyakitnya. kerana aku tak mahu dia rasa bahawa nasibnya adalah nasib yang kasihan. aku mahu dia kuat. jadi tiada apa yg akan terlafaz dari bibir aku. hanya doa yang ikhlas dapat aku panjatkan kepada Ilahi, moga pembedahannya akan berjaya, dan walaupun dia bakal kehilangan 'sesuatu' yang paling berharga dalam diri seorang wanita, aku berdoa moga dia dipanjangkan usia, dan Allah menganugerahkannya seorang teman sejati yang tidak memandang akan kekurangannya dan akan menemani dia ...

cerita hari ini..

mood malas nak update blog, malas nak pos entry, tapi takpa, sedang berusaha menaip dengan gembira, mesti mengaku bahawa diri ini gembira apabila berblog! mesti! cerita pertama hari ini ialah..hari ini merupakan 1st day peperiksaan UPSR..my sister juga adalah calon upsr tahun ini. apalah punya kakak tak wish good luck pun kat dia. langsung terlupa. sebenarnya ingat masa minggu lepas, tapi minggu ni jadi hilang ingatan terhadap tarikh upsr.harap adikku siti zulaiha dapat menjawab dgn baik sekali. jom kengkawan blog doakan sama supaya murid2 darjah 6 dapat menjawab soalan peperiksaan dgn baik.Amin. cerita kedua, hari ni penulis tak masuk dapur, sampai umah kul 5.30 ptg, kak izat n shida dah beroperasi di dapur.diorang masak ikan masak asam pedas, jadi penulis malas nak sesakkan dapur, duk depan tv tengok tv9, cerita drama Aqsa dan Medina. geram membara ngan watak Ikram, boleh abaikan isteri yang tengah pregnant (Iran).. sebab sibuk tergila-gilakan Medina (bekas isterinya) padahal Medina ...

deep in my heart!

mataku terarah pada sesuatu..dan serta-merta jantungku seakan berhenti berdegup! .rasa sejuk terasa sampai ke tulang. dan aliran darah di setiap salur kapilari seakan meluncur laju. wajahku... pucat lesi!...denyutan nadi.....the highest speed! susunan langkahku terus mati..dan....membatu aku disitu...pernafasanku...??..tolong beri aku oksigen secara banyak!..kerana aku seakan lemas, walau aku bukan di dalam air..kedua kakiku sudah tidak gagah lagi untuk terus berdiri, aku akan pengsan kah?.. pemandangan yg menyakitkan itu akhirnya semakin menjauh dan menghilang..tapi ianya seakan tertanam di dalam benakku..tidak mampu dicantas oleh daya ingatan...benarkah dia? ...bagai hilang kesedaran...benar-benar tidak tahu bagaimana aku boleh sampai ke sini...di puncak menara ini...ucapan keramat itu, seakan kedengaran kembali....sepertinya aku berada di dalam roda masa...kembali ke masa di mana aku memiliki senyuman dan tawanya.. dan kerdipan mata ini, akhirnya memecahkan genangan air mata..menang...

15 ramadhan..kisah buka puasa..

Image
sehari sebelum 15 ramadhan, naimah plan nak buat soto pada esok harinya..apa? soto? thats my favourite!..alamak..terus teruja 5 kali ganda..sumpah teruja sekali untuk makan soto bersama housemates..petang tu, kak izat n shida tak terlibat di dapur sebab diorang kerja..jadi yg terlibat cuma penulis, hasni dan naimah..start buat begedil jam 4 ptg lg..(kupas kentang, potong kentang, goreng kentang, goreng bawang, tumbuk kentang dan sebagai cara membuat begedil)..masak ketupat nasi jam 4.30 ptg.. dan masak yg lain2 cam sup ayam dan ayam goreng ayam selepas solat asar.. seronok memasak bersama2.. macam ianya satu aktiviti gotong royong..dan antara kami tak pernah berkira pun sapa yg perlu masuk dapur untuk memasak..semua org serba tak kisah..walaupun hari kuliah mungkin semua org cam penat nak memasak, tapi kitorang tetap berusaha sediakan sendiri juadah berbuka..coz yg penting dapat berbuka sama2 dengan gembira..( gembira sebab lebih jimat kalau masak sendiri..hehe)..dan biasanya time week...

entry ini tentang..

Image
biotek adalah course dimana anda wajib masuk lab n do research! kalau tak, biotek is nothing.. so, undergraduate student of biotech sebenarnya macam ambik degree sebagai latihan asas, kerana, after graduate, degree holder of biotek takkan jumpa biotech job dalam pasaran kerja, yg ada cuma company or institusi pendidikan tinggi yg perlukan mereka sebagai research assistant.. untuk jadi main reseacher,modal bukan sedikit. kerana instrument untuk research adalah sangat mahal, sesuatu kajian ( yg makan masa bertahun2 untuk berjaya ) hanya akan dapat dilakukan oleh seorang yg bergelar doktor atau profesor, kerana mereka telah diberi kepercayaan oleh government or syarikat swasta yg akan bagi mereka modal sekurang2nya bernilai ratusan ribu ringgit..dan fresh graduate lah yg selalunya akan jadi research assistant kepada mereka..dan research assistant akan selalu habiskan masa dalam lab.. dan aku pulak bukan sejenis manusia yg suka duk dalam lab, maka macam mana tu aku nak kerja dalam bidang...

juadah berbuka puasa 14 ramadhan..

Image
Hari ini, yg berbuka puasa di rumah, cuma empat orang iaitu aku, kak izat, shida n naemah. Hasni tak berbuka dengan kitorang sebab dia gi berbuka kat kampung baru dengan kawan skola dia. Berbuka kali ini kitorang tak makan nasi pun, sebab penggemar berbuka dengan nasi ( si hasni) tak berbuka dengan kami..haha..jadi nasi di skip kan. Akan makan nasi time sahur esok pagi. So, menu petang tadi ialah kuey teaw goreng 4 rasa. Aik, kenapa 4 rasa? sebab ada 4 org yg terlibat menyediakannya. haha. mmg sedap! ceh, pujian ditujukan kepada 4 org yg terlibat..tp serius, agaknya sumer yg terlibat memasaknya dengan penuh kasih sayang maka rasa masakan terus jadi sedap..sumpah sedap! menu lain.. cekodok goreng. Dan yong tau foo.. kami makan hgga kenyang dengan gembira dan ceria. hehe. jom ushar gambar berkaitan..: kuey teaw goreng..terlebih cukup untuk makan 4 org.. cekodok goreng. yong tau foo. buah lai. p/s: selamat berhujung minggu..

Boys Over Flowers.

Image
Goo Jun Pyo- Boys Over Flower Nama sebenar beliau adalah Lee Min Hoo. Seorang model sebelum berkecimpung dalam dunia lakonan. Pelakon berketinggian 186cm ini baru berumur 22 tahun. Watak lelaki sombong dalam BOF, yg merasakan bahawa kekayaan boleh beli segala-galanya. Ego tinggi, scene yg buktikan dia ni ego ialah part dia nak bagi kalung pada Jan Di. Dia tak bagi direct, letak kalung dalam poket baju sejuk, then pakaikan baju sejuk tu kat Jan Di, n minta Jan Di masukkan tangan dalam poket baju. Tapi bagi aku scene tu nampak comel.ehehe Geum Jan Di- BOYS OVER FLOWER Nama sebenar beliau- Koo Hye Sun. Seorang model, penyanyi dan pelakon yg berketinggian 163cm. Lakonan minah ni dalam BOF mmg sangat aku suka. Even dia ni berusia 25 tahun, still cun bawak watak budak high school dan nampak sepadan je berpasangan dengan hero yg lebih muda. Dia ni nampak cool sangat berpakaian seragam sekolah.. BOF, drama 25 episod yang lucu, dan penuh emosi.. minah ni adalah heroin BOF yg suka berenang ...

sekali lagi tentang abah..

Image
tentang entry abah yg suka bercucuk tanam tu, ramai yg seakan berminat, ceh, rupanya abah macam ada peminat tersendiri plak dalam blog anak dia ni..kahkah..nanti anak dia ni nak menanam jugaklah..pas tanam bila dah tumbuh hasil mesti bangga nak letak pic dalam blog, hehe, tp kat kl ni penulis duk umah style pangsapuri nak bercucuk tanam kat mana plak?.. sekali lg penulis ingin mencoret tentang abah, biar bertambah lg peminat abah dalam blog ni..( aik! promosi abah sendiri dalam blog, macam mana tu?)..anyway..2nd interest is, my dad loves reading..tapi dah jarang nampak abah membaca sebab abah asyik dengan tanaman dia..sampai malam b4 tido pun dia akan siram tanam-tanaman dia dulu.. berbalik bab membaca, abah suka sangat beli buku2 tebal, dan beli buku2 kulit tebal..mmg dia tak sempat baca pun buku2 tu, tapi di rumah, buku2 sangat melambak-lambak, sampai tak cukup almari buku.. mak plak asyik mintak abah beli almari buku yg baru..isk.isk. buku2 yg abah beli adalah buku terbitan readers ...

03/09/09-13 ramadhan.

Image
antara manga naruto bangun pagi pukul 5.42, aiseh, betul2 dah waktu imsak! satu rumah takda yang bangun sahur, aku bangun tengok jam hp..terus g dapur minum seteguk air masak.. mengucap panjang sebab kami serumah tak sempat bersahur.. dan paling rugi adalah aku sendiri, yg berbuka dengan tanpa nasi petang semalam..tapi terpaksa redha jer..terima kenyataan bahawa hari ni berpuasa tanpa sahur..mata masih ngantuk..terus tido balik sampai kul 6.30pg..dan 6.30 pg tulah semua org baru sedar yg diorg terlepas untuk bersahur. kesian kami serumah. isk.isk dan bila tak bersahur, perut pun lapar n rasa macam takda tenaga, hadir kelas jam 11 pg, dr salihin baba bg lecture melebihi sejam, semua org cam tepu dengan penerangan2 die, at last dia tanya faham ke tak, sume student diam membatu takda respon..kahkah! ingatkan aku seorang jer yg tepu, tp semua pun tepu tahap nak muntah, rupanya kami sepakat tak mahu faham slide2 terakhir dari dr salihin..hahaha.. sampai rumah jam 2 ptg, tak tido pada sian...

part time abah..

Image
my dad @ abah sangat suka bercucuk tanam. tapi space yg ada terhad. cuma menanam di sekitar kawasan rumah, apa yg penulis tengok, orang yg bercucuk tanam ni, ibarat berinteraksi dengan tanaman, bila tengok abah yg pagi petang siram tanaman, pagi petang cabut rumput, rasa macam ianya adalah sejenis bentuk kasih sayang dari manusia kepada makhluk Allah yg bergelar tumbuh-tumbuhan. mmg banyak bagusnya bercucuk tanam, selain ianya sebagai aktiviti yg menyihatkan, hasil tanaman jugak boleh dimakan. baru awal tahun ni abah mula menanam sayur-sayuran kat sekitar rumah. tp sayur kacang panjang tak berapa menjadi. yg lain kira okla.five star buat government officer cam abah yg ringan tulang berbudi dengan tanah. nanti bila abah dah pencen, kita boleh bercucuk tanam secara besar-besaran plak. hihihi jom ushar gambar2 berkaitan.. pokok jagung pokok keladi sayur kangkung kaktus bunga batang berduri kaktus kaktus kacang bendi cili hijau sayur sawi cuba tengok gambar sayur kangkung, sayu...

kahwin campur..

Image
sepupu yg 'mix malay japan' - anis 9tahun dan aidil 8 tahun.. orang kata..... kalau pasangan berkahwin berlainan bangsa/ negara. atau 'mix'. maka: 1). genetik keturunan akan melahirkan anak-anak yang bijak pandai. 2). genetik keturunan akan melahirkan anak-anak yang cantik dan handsome. sejauh mana kebenaran statements tersebut? adakah mitos atau ianya kajian para saintis? penulis tak ambik pengkhususan genetik, maka tak ada pengetahuan tentang ini secara mendalam. tapi, apa yg dilihat melalui pengalaman dan pembacaan, ianya boleh jadi benar. bukti kebenaran statement no 1: -sufiah yusof. genius matematik.mendapat tawaran ke university oxford ketika usia 13 tahun. bukti kebenaran statement no 2: -cantik ni subjektif, penulis mengkategorikan Maya Karin sebagai contoh anak kacukan yang cantik dr segi paras rupa. artis lain, catriona ross dan farahdhiya. berdasarkan pengalaman yg paling dekat dgn penulis iaitu dalam keluarga penulis, adik kepada emak penulis berkahwin den...

berbuka puasa di kg baru..

Image
salam, selama hampir 3 tahun duk kl, ni pertama kali penulis menjejak kaki ke kampung baru kuala lumpur, kampung baru ni mmg nampak meriah sebab banyak sangat kedai makan, dan dalam bulan puasa ni, bazar ramadhan kat kampung baru ni mmg sangat meriah..banyak betul gerai dan semua makanan nampak cam sedap..tapi penulis bukan beli makanan kat bazar ramadhan, cuma lalu jer.. petang rabu kali ini penulis berbuka puasa dengan coursemates sebiotek lelaki dan perempuan, bertempat di H&R Steak Restaurant, org kl mesti ramai yg dah biasa makan kat tempat ni, kat sini makanan semua ala western. kebanyakan kami order chicken chop, harga cuma rm6.50. menu lain mmg macam2, tp rasanya menu ni yg paling murah..save bajet..hehe..lepas berbuka, solat maghrib kat masjid kg baru..after solat, berjalan ke stesen lrt, dan bergerak pulang.. jom ushar gambar2.. chicken chop H&R Steak Restaurant.. wanie, zahidah n izzah.. rakan2 lelaki.. zatie n penulis.. jihan.. shima n hasni.. khalila n wa...