Slumdog Millionaire

wahh.. dah masuk bulan mac 09 rupanya, rasanya baru ja bermula tahun 2009..sem ke-4 dah aku kat UM ni. macam2 perkara yg dah aku lalui, pahit manis perjalanan hidup sebagai mahasiswi. dah tentunya segala-galanya aku rasai bersama teman-teman aku disisi. even kdg2 aku rasa keseorangan, sebenarnya aku sendiri yg nak bersendirian. yup. memang ada masanya, aku rasa aku nak sorang2, aku taknak berhadapan dengan sesiapa pun yg aku kenal, jd semalam, aku wat keputusan untuk tidak ke kelas. maksudnya aku pontenglah. aku rasa nak berjalan-jalan, lalu aku pergilah ke midvalley megamall. jalan2 masuk jusco, masuk butik padini, seed, masuk kedai buku MPH, jalan punya jalan, tetiba rasa nak tengok wayang plak. tp mulanya taktau nak tengok cerita apa, kononnya nak tengok Geng Upin Ipin. tapi tak jadi bila aku terpandangkan poster filem Slumdog Miliionaire. disebabkan filem tu aku dgr macam2 kontroversi, jadi ia menarik minat aku untuk menonton sendiri..aku belilah tiket, harga RM10. mahal la jugak. before tengok wayang, aku isi perut dulu, ingatkan nak makan KFC, tapi aku cuma berseorangan, KfC plak penuh ngan manusia, aku pun mengubah rancangan, aku makan kat RasaMas@Ayamas. takda org pun kat situ. lapang dan tenang je. aku amik set RM7.50, spaghetti n sup cendawan. oklah, not bad gak rasanya. pas makan, aku naik balik kat floor 4.. masuk panggung no 14. ermm, ramai gak yg memenuhi panggung tu. kebanyakannya couple lah.. tapi its ok. aku dapat seat f 03. agak depan gak aku duduk. aku enjoy tengok cerita ni, pada aku cerita ni memang layak menang anugerah Oscar. perjalanan cerita secara keseluruhannya menarik, dan nampak hidup. even pelakon2 utamanya semua masih baru, tapi lakonan diorang aku respect. lagi2 pelakon kanak2 yg pegang watak Jamal Malik waktu kecil. sweet sangat. the whole story memang memuaskan hati.aku bg 5 bintang penuh, tak sia-sia Rm10 aku melayang untuk tengok filem ni, tapi aku tertanya2 jugak, adakah realiti kehidupan masyarakat negara India memang macam dalam filem ni? paling tragis sekali masa babak sorang kanak2 lelaki dipengsankan dan dibutakan matanya dengan asid, tujuannya untuk kanak2 tu lebih dikasihani bila dia mintak sedekah. eksploitasi kanak2 adalah perkara realiti? kanak2 perempuan tidak dicacatkan kerana ianya aset untuk menggunakan mereka sebagai pelacur bila meningkat remaja..pihak tertentu ambil keuntungan sewenang2nya? ermmm.. kalau memang ianya realiti sebenar, bila agaknya keadilan dapat ditegakkan..perlu ambil iktibar. bukan sekadar untuk tontonan, ada mesej tersirat yg perlu kita fahami.

Comments

Anonymous said…
mcm aku jugak ko ni upernye stay sorg2..pastu ponteng kelas..hahaha..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S