sesuatu yg disukai syaitan..

sebenarnya byk perkara tak baik yg dengan sengaja dan tidak sengaja, kita lakukan juga. walhal kita tahu, perkara tak baik dah tentu tidak disukai Allah, dan hanya disukai oleh syaitan.tapi manusia tetap manusia, mungkin kerana degil, mungkin kerana cinta dunia, kita jadi alpa. sedar tak sedar. kita lakukan perkara yg membuatkan si Syaitan menepuk-nepuk bahu kita, menyokong tindakan dungu yg kita lakukan, tak perlu sentuh bab yg besar2, cukup dengan hal2 yg kecil dan nampak cam remeh iaitu persengketaan antara saudara seagama. realitinya dunia hari ini, penuh dgn sengketa, sengketa antara negara, Israel dengan Palestin, Kemboja dengan Thailand, India dengan Pakistan. dalam negara kita sendiri tak terkecuali, sengketa antara kerajaan dengan pembangkang, sengketa antara parti2 politik, sengketa antara rakyat dan pemerintah, malah sengketa antara kita dgn kawan sendiri? sengketa ini adalah hasil daripada sifat manusia yg pentingkan diri sendiri, selalu merasakan diri sendiri paling betul dalam segala hal, tiadanya sikap toleransi, tidak ada perbincangan dan keputusan yang dibuat atas persetujuan bersama, sang syaitan pun berpesta gembira dengan sikap manusia yg berpecah-belah, tiada penyatuan. apabila kita tidak bersatu, sebenarnya kita sangat lemah, ibarat tangan kita yg terdiri daripada 5 jari..cubalah kita mengangkat pinggan dengan hanya 1 jari? pasti gagal bukan? itulah ibaratnya diri manusia itu tidak akan lengkap tanpa insan lain disekelilingnya. sengketa tidak akan menguntungkan sesiapa, malah Rasulullah saw sendiri menyelar ummatnya yg bersengketa hingga tidak bertegur sapa melebihi 3 hari, malah diharuskan berbohong untuk mendamaikan 2 pihak yg bersengketa. Islam adalah agama yg cintakan kedamaian dan bukan persengketaan. kita akan lebih tenang jika hubungan dengan semua org berjalan lancar tanpa sebarang pergaduhan, jauhi persengketaan, anda mampu mengubahnya!

Comments

Anonymous said…
tak salah bersengketa utk mencapai kata pednpt tapi biar bertempat kan..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..