Tuesday, March 31, 2009

yang aku pelajari..

yang aku pelajari dan baru aku ketahui.. adalah tentang uniknya proses bagaimana pisang menjadi masak.. kenapa pisang boleh masak even ia bukan lg berada kat pokoknya.. ops! pokok pisang sebenarnya bukan sejenis pokok.. tapi ia adalah pohon jenis herba/renek yg paling besar..berbeza plak dengan buah durian..yang akan gugur setelah ia masak.. ermm.. buah2an punya ciri yg berbeza.. unik kan? pisang boleh masak even kita dah petik dr pohonnya sebab tindakan enzim pada pisang tersebut..kenapa plak pisang yg mentah (kaler hijau) boleh tukar warna bila masak? (kaler kuning).. ianya disebabkan warna hijau dr klorofil tu telah diuraikan, dan warna kuning tu adalah warna karotin.. kalau kita biar lg lama.. kulit pisang tu akan jadi lebam kehitaman disebabkan tindakan enzim polyphenoloxidized..pisang muda rasa kelat? ya, dan ianya adalah rasa kanji (molekul yg besar)..bila masak, pisang jadi manis sebab kanji tu dah bertukar jadi glukosa dan rasanya manis..thanks to vj..coz dia yg bgtau hal ni masa kelas fundamental biotech mggu lepas..

1 comment:

Uruchimaru @ kf said...

ok saye suke pisang emas !