definisi cantik..

siapa yg taknak jadi cantik?
semua org sebenarnya nakkan diri mereka cantik.. tapi apa sebenarnya definisi cantik?
kat majalah selalu kata kena cantik luaran dan dalaman, org kata kena cantik wajah dan peribadi, dan aku plak kata, biar org tak kata kita cantik, tapi kita yakin bahawa Allah ciptakan kita seindah ciptaan, yang tercantik dan terindah.. pada aku, semua org miliki kecantikan tersendiri dan seharusnya kita bersyukur dengan apa yg Allah anugerahkan..
biasa tak dengar org kata.. "alah muka ja cantik, perangainya belum tentu".. selalu aku dengar dialog ni ditujukan untuk org yang cantik dan pandai mencantikkan diri.. tapi kenapa erk kita ni sering prejudis terhadap org yg cantik/ handsome? kesianla kat diorang..agaknya sebab manusia ni tak dapat lari dari sifat dengki kot..ntahla..
aku.. aku lebih suka tengok org yg good looking... sedap mata memandang.. mungkin sebab adanya cahaya keimanan.. jadi even tanpa solekan, org tu tetap nampak lawa.. dan berseri..aper pun, kecantikan bukan sesuatu yg kekal abadi, satu hari kecantikan akan hilang, bila kita dah berusia..tapi yg cantik pada peribadi, biarpun jasad dah bersemadi, org akan kenang sampai bila2..kita semua punya kecantikan.. cantik jasmani, cantik rohani.. tak perlu cemburu, tak perlu rendah diri, yakinlah bahawa kita semua tetap cantikk! "cantiknya dia".

Comments

Anonymous said…
yup mulut org lor..

emm good looking....! setuju..=)

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S