weekend yang di pukul ombak.


Life is not about Me.. Its about You and Me. yeah, We.



tajuk bukan nak cerita yang aku pergi bercuti tepi pantai. yang itu belum eh. InsyaAllah lepas raya. tajuk begitu kerana my weekend kali ini yang disaster. err, sebenarnya mood yang disaster. dipukul ombak. moody memanjang. nasib tak ada sesiapa kat rumah. so boleh moody sorang-sorang. roomate pergi rumah makcik dia. housemates lain macam biasa lepas isyak baru ada. but sometimes aku memang sukakan 'kekosongan'. ada time aku memang nak layan moody ini dengan hanya berbaring atas katil menghadap syiling sorang-sorang sambil kebil-kebil mata. aku tanak dengar suara sesiapa. tanak dengar bunyi apa-apa. tanak reply mesej sesiapa, tanak update belog, tanak blogwalking dan paling penting tanak tengok muka sesiapa pun. hey dun bother me k! *tapi kalau tetiba mr.Kingkong ajak date dah tentu tak tolak! HAHA! menyampah bukan?

but seriously weekend kali ini tersangat messy. sampai tahap bermalasan secara super. imagine eh. cuti tapi tak pergi mana-mana pun, cuti tapi tak memasak langsung. cuti tapi tak laundry baju. cuti tapi tak kemas bilik. cuti tapi diri tak terurus. siap terlepas sahur pagi semalam. cuti yang macam cuti secuti-cutinya. *patutlah masih belum ditakdirkan menikah lagi. jika tidak, sudah tentu terpaksa berasingan bilik dengan suami. "err, honey. weekend ni mood ai disaster so you pergi main jauh-jauh eh. bilik ai pun disaster so you tidur bilik lain". HAHAHA! gila ke nak cakap macam ni dengan suami?. ok. sedar diri. aku memang belum layak nak jaga anak orang, apatah lagi anak sendiri. so berkahwinlah bila dah bersedia. jika tidak, disaster lah rumahtangga. :p

so weekend ni apa je aktiviti aku?... haha. aku layan you tube 48jam. dari OST korean drama hingga ke OST hindustan mak aiiii. tengok video klip sountrack korean drama and cerita hindustan memang layan gila sampai terabai segala benda. sebab lakonan diorang, memek muka, tang sedih tang romantik memang ohsemm. bila agaknya industri seni Malaysia nak ada bakat lakonan macam diorang. lakonan pelakon Malaysia tak feel ah bab cinta-cinta. cerita cinta kat Malaysia ni asyikla scene termenung. termenung muka facepalm. harap muka je cute. jual cute jelah. lakonan? tak feel apa-apa. kosong. tak ada jiwa. eceh mulalah aku nak kritik lebih. macam aku pandai berlakon je Muahaha!

tapi Farid Kamil walau apapun ai tetap minat kat you Okeyh. you memang Ohsemm.

baiklah. itu saja bebelan yang dapat dicoretkan. jangan dilayankan sangat blog yang lagha ni. very-very soon nanti aku nak ada blog baru pulak. yang bukan berkonsepkan blog personal. blog personal ini je satu yang akan diupdate di waktu-waktu terbuang. *ke update hingga membuang waktu?.. Haha. ok. cukup bebel. kbai. selamat berpuasa semuaaaaa.!

p/s: well, pembawakan mood disaster ni sebulan sekali je. berpunca dari hormon apa ntah yang super power. LOL


thanks sudi baca. =)

Comments

Hahaha.. Aku suka.. Tiba-tiba aku pun rasa macam mana aku nak jaga anak orang, diri sendiri pun aku tunggang terbalik lagi.. Seriously, bila waktu seperti itu tiba, waktu disaster itu, memanglah, kosong..
Shahada Fauzi said…
ahaha..ok..paham!

hormon yang datang sebulan sekali..bukan selalu..kekeke..sedang dalam mood itu juga weekend ari tu..;p
Unknown said…
hahah disaster pon tpmr kingkong ajk kua nak gak an an an
Saiful Bakhtiar said…
bacalah Quran bila time takde mood,pastu tentu ceria balik tau
Ibu Ammar said…
#FarhanaDr
kan?.. huhu. nasib single lagik kehkeh

#abghani
belum raya daa

#cik sha
haha, pempuan mmg paham. ekeke

#ezan idma
itulah. tak upaya nak reject beliau haha nyampah ah

#saiful
tenkiu atas nasihat. =)

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S