terjumpa AmirulHadiZainal, kali ni aku sure itu memang dia..

Hi readers. Salam Ramadhan.

Aaaaa. gempak tak tajuk?.. tapi tajuk bukan sekadar bikin gempak. tapi ini kenyataan bukan khayalan. hari ini 25 Ogos 2011 memang penulis ditakdirkan terserempak dengan Amirul Hadi Zainal pemain bola sepak skuad Harimau Malaya dan Selangor. dah nama pun terserempak dah tentunya bukan dirancang kan?.. kejadian berlaku lebih kurang pukul 3 petang dekat The Mall sebelah PWTC. Amirul Hadi sangat dekat dengan aku. bayangkan dia withdraw duit kat ATM, and aku cuma selang satu dari dia. dekat gila?...

tapi ternampak dia kat mesin ATM kot so teruja dalam hati je then dia pun blah. then lepas tu aku macam gatal carik dia balik kot-kot masih ada dekat The Mall kan. lepas dia withdraw rupanya dia pergi ushar kasut sukan dekat kedai kasut, masa ni memang boleh sangat-sangat kalau nak pergi dekat dengan dia and say Hi-Hi ke nak bergambar ke apa. tapi itulah, sebab fikir sampai 3 kali.so tak pergi pun dekat dia. tengok dari jauh je sampai dia blah, sambil dalam hati cakap. Woi kenapa aku bangang sangat pemalu sangat kenapa kenapa kan dah rugi tak tego... *nanges nyesal hentak-hentak kaki. 

Amirul hadi kurus je, tinggi. hari ni dia pakai tshirt light blue n jeans. rambut dia style Kim Hyun Joong dalam BOF (tapi panjang sket). lepas aku menyesal tengok dia blah and hilang dari pandangan, kedengaran gak gegurls yang berdekatan pun berbunyi sama.. "Eh tadi tu Amirul Hadi la... Amirul Hadi...". well. aku memang selalu bernasib macam ni. asyik fikirkan malu je sampai bila pun takkan boleh tegur orang yang aku minat. kes sebijik macam Khairul Fahmi and Farid Kamil sebelum ni. dapat peluang tegur tapi tak tegur pun, then meroyan cerita kat belog. pfftt!

siapa yang dah ikuti blog ni dengan lama, mesti tahu yang aku memang minat bola sepak dan aku bukan minat player handsome je walaupun kebetulan player yang aku selalu minat agak handsome la gak macam Miroslav Klose and Fernando Torres. tapi Oliver Kahn muka macam the Lion pencen pun aku minat gak ok. aku dah minat bola sepak sejak 9 tahun yang lalu kot. ai bukan perempuan jenis gediks-gediks kenal muka player je tapi tak layan match. lepas tu bila player yang dia kenal got personal problem terus nak butthurt. boooo!! nampak sangat kau bukan jiwa bola sepak tapi jiwengs je lebih. LOL

err, Amirul Hadi. kalaulah awak baca ni..kalaulah awak baca... Eh awak ke abang nak panggil ni?..abang? wawawa gatal je bunyi dia.


ehermm. saya nak cakap, awak nampak sangat nice dengan tshirt biru laut. awak pun nampak cool je muka tak berlagak langsung, steady je mesti awak tak sombong orangnya kan?.. menyesal gila tak tego awak tadi. then bilalah agaknya boleh terserempak lagi seperti hari ni. btw, Selamat Hari Raya ye awak. =)


p/s:- dan korang pasti dah tahu malam ni aku nak jumpa siapa dalam mimpi. kahkahkah. okbai!

thanks sudi baca. =)

Comments

Unknown said…
Amboi gatai na panggil abang. Haha
.Gha A. said…
The Mall opposite PWTC bukan sebelah :P

Dulu jumpa Tomok kat Starbucks The Mall, kurus gila kot.huhu
Ibu Ammar said…
#ezan idma
haha, dia mmg lebih tua dari ai la, pe salahnya pggil abang. wakaka!

#najihah A
oh haah. opposite silap oh my bad. nak cakap sebelah tren PWTC sebenornyer. hehe.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S