Si Dia:- usah digenggam erat, bimbang musnah ditangan sendiri.

hi readers. Salam Ramadhan.

semalam, daripada banyak-banyak entry bloggers tentang kes putus tunang penjaga gol negara, yang paling menarik perhatian aku adalah entry Cik EpaL, sila KLIK.

agak bosanlah kalau entry cuma kopi o ais paste dari akhbar. tidak menarik untuk diulas lanjut. so thanks Cik EpaL, bagi idea untuk entry ini.

si Dia:- Usah digenggam erat, Bimbang musnah ditangan sendiri

seingat aku, dalam tempoh aku pernah bercinta, (tak kiralah episod cinta yang mana satu, ops kantoi memang ada banyak kisah cinta LOL). aku memang punya rasa cinta yang kuat. kalau aku berkawan dengan seseorang then aku rasa tak serasi, aku akan cakap awal-awal yang aku tak boleh teruskan, tapi kalau memang perasaan itu saling berbalas. selalunya rasa sayang akan bercambah baik. tak perlu baja. ia tetap bercambah dengan sendiri. itulah cinta. 

maksud 'baja' dalam percintaan ni ialah bila mana hati engkau tidak perlu di tackle secara extreme. tak perlukan sangat kad ucapan cinta, juga jambangan bunga ros, malah tiada juga bicara manis menghiris kalbu, apatah lagi hadiah mahal macam cincin harga RM24 juta. semua itu tak perlu, tapi cinta itu tetap bercambah baik dalam hati engkau. perasaan itu ada dalam hati masing-masing. dan kau sendiri tahu. kau akan bersabar dan pasrah. sebab cinta itu hanya akan 'menjadi' dengan kuasa Allah.


manusia adalah makhluk lemah yang tidak berkuasa memenuhi semua kehendaknya. 


soal rezeki, jodoh, ajal maut semuanya bukan ditangan kita. segalanya ketentuan Allah, bila mana kau bercinta, jangan sampai kau genggam si dia terlalu erat. engkau control dia macam dia sudah jadi suami/isteri padahal belum sah. engkau asyik desak dia bila mahu bertunang, bila mahu menikah. engkau suruh dia report tentang aktivitinya sehari-hari, dengan siapa dia keluar, kemana dia pergi. pukul berapa dia balik. engkau follow/stalk kehidupan dia secara sungguh-sungguh. itu bukan cinta. itu paranoid. perasaan terlalu insecure.

kalau pasangan anda, (lelaki/perempuan) tak pernah langsung bercerita yang dia pernah keluar dengan kawan lain jantina. itu maknanya memang dia pernah lakukan. tapi sebabkan nak menjaga hati anda, dia cakap dia tak pernah. sebab apa?.sebab anda bukan jenis yang bertoleransi jika tahu bahwa dia ada keluar dengan perempuan/lelaki lain. kalau dia tahu anda jenis yang bertoleransi, dia tidak akan membohongi anda. dia sememangnya akan berterus-terang. mintak izin, or at least bagitahu. (tidak berbohong). melainkan.. melainkan kalau dia memang seorang player! cant help! siapa suruh kau pilih player. LOL.

tapi awas, perempuan paranoid berpotensi menjadikan boyfriend dia seorang player. dan inilah yang dinamakan si dia musnah di dalam genggaman. so you can put the blame on..... YOU.

kalau dia sejenis lelaki/perempuan yang setia, dia sendiri tahu dan boleh kenal siapakah kawan berlainan jantina yang boleh diajak keluar. dia tahu yang orang itu bukanlah orang yang ada potensi untuk merosakkan percintaan dia yang sedia ada. contohnya pengalaman aku sendiri seorang kawan blog yang dah jadi tunangan orang (kini suami orang) nak belanja aku berbuka puasa. so dia letak syarat bahwa aku mesti bawak seorang kawan. nampak tak, beza seorang gentleman yang ada tunangan terdidik, dengan seorang player yang punya girlfriend paranoid?

btw, aku harap korang baca entry ini secara general. sebab aku tidak pun tujukan entry ini kepada individu tertentu. cuma ini mungkin satu dari analisa yang datang dari pengalaman sendiri dan mungkin pengalaman anda sesiapa sahaja. tiada paksaan untuk bersetuju. tapi janganlah egois untuk beringat.

jangan pula ruangan komen ai diserang dengan ayat. "taktau hal sebenar janganlah cakap banyak". Haha. again, I remind you. entry ini bersifat GENERAL. kalau terasa, I cant help. so. selamat berpuasa, peace no war! daaaaa!


Comments

Eyka said…
suke entri ni..nak double like boleh tak? hehe;D

selamat berpose..okbai! :)
Shahada Fauzi said…
totally agreed!every single words yang tertaip dalam entri ni..love it!sangat bernas..


it's true..cinta tu akan bercambah sendiri tanpa perlu dipaksa jika kita rasakan kita sudah bertemu pasangan ideal kita..


dan pasangan yang setia takkan pernah berbohong dengan siapa dia keluar jika pasangannya bukan seorang yang paranoid dan tidak bertoleransi..


i really love this post sarah..^_^
Kujie said…
Kak Jie yang dah kahwin pun masih simpan ingatan " dia bukan milik mutlak"

Esok lusa adalah Qada dan Qadar dari Allah dan kita jangan berlebihan.
hanafijaafar said…
haha, aku baca entri ni dari tempat kerja... lunch time okeh..
Ibu Ammar said…
#Eyka
hehe, thanks, sorilah takde lak button like. kalau suka bolehlah tweet. =)

#cik Sha
thanks dear. hehe. sbnrnya jenuh ai baca n edit balik post sampai dekat 10kali b4 publish. hakhak

#kujie
betul tu kakjie.kita manusia lemah, jgn berlebihan.

#hanafijaafar
okay. watak tunangan orang dalam entry turut memberi komen. haha.TQ!
Amir Said said…
Menarik sangat entri ni. Actually aku x suka kalau girlfriend control boyfriend macam suami dia. si GF perlu ingat, BF tu ada life jugak. tak perlu nak kongkong sangat. kalau dah kahwin tu lain la kan.
ghost said…
aku baca pun tahu,ini general entry,so takde sape pun yang akan terasa.kalau terasa pun baguslar,maknanya ada yang akan sedar.
zazaw said…
hihi
am bank amek budak pratikal tak kak?
tetibe
hahaha
vampire's lovex said…
hny mereka2 je yg tahu hal sebenar...

hohoh..

dah xda jodoh,nk pegang jugak x best...

^^
Hans Hanis said…
aku sependapat dengan Amir Said
:-)
IFA Athirah said…
insyaAllah x mcm tu.hehe http://www.geekintherainbow.blogspot.com/
ct kektus said…
kite suka cara orang yg suruh bawak orang lain buat peneman. barulah nampak dia bukan nak menggatal. ;)
ieza ashaari said…
sangat bersetuju dengan entry ini !

semua org ada hak untuk bebas (dengan batas2) selagi dia belum kepunyaan sesiapa.
betul3...say setuju,, WW http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/2011/08/5-wordless-wednesday.html
farah jamil said…
like like like this entry.

:)
*act, pernah rasai kejadian diatas..haha
izwanyusof said…
kadang2 bila kita bahagia,kita takkan tahu bahawa ia akan hilang sekelip mata..
lizz said…
for me simple. pasangan kita bukan HAK kita tapi itu amanah Allah untuk kita je. amanah tu jagalah sebaik mungkin. tapi, bukan "kongkong" amanah tu. itu dah macam buat harta sendiri. padahal pasangan pasangan kita tu HAK Allah. kita pinjam je. kena ingat, boleh hilang bila-bila masa baik hilang secara perpisahan hidup or mati buat selama-lamanya

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S