Hati Tong Sampah.
selamat berhujung minggu semua..
sebelum apa-apa. nak cerita sikit, semalam my sister dah kembali ke Mesir. naik flight di KLIA, so my family semua datang KLIA lah. mulanya rasa aku mungkin tak dapat datang sana. since I have no transport. tapi disebabkan semalam aku jumpa klien yang baik budi. and kebetulan dia ada masa nak tolong. so aku tersangatlah berbesar hati. sebenarnya klien dan kawan jugalah. 'ayat profesional'.
my dad tanya datang dengan siapa, aku jawab datang dengan kawan. padahal baru je jadi kawan atas urusan kerja. mampus kalau abah tau aku menyusahkan orang. aku bagi alasan, kawan aku tu segan so dia duduk dalam kereta je. hihi. aku diberi masa sejam, dari pukul 8 sampai 9 malam. sekadar lepaskan rindu kat famili. lagipun tak sampai hati nak biar kawan aku tunggu lama. sudahlah dapat free ride, free petrol, free tol. free dinner lagi. :p
Im so happy jumpa famili. walau macam mana pun, famili tetap no1 dalam hati. tengok muka emak tengok muka abah hati rasa girang sangat. aku tahu aku bukanlah seorang anak yang boleh dibanggakan, tapi aku sendiri ada azam, supaya satu hari nanti aku boleh bahagiakan mereka, meskipun bukan dalam bidang akademik, mungkin di bidang lain.
aku akan sedaya be a good elder sis. supaya adik-adik aku ada guideline. jangan jadi macam aku, salah pilih bidang. bidang yang aku tak boleh perform. Alhamdulilah aku dah lakukan untuk my sister yang ambik nursing kat PPUM. aku yang daftarkan online untuk dia dulu. aku yang uruskan dia untuk banyak perkara sepanjang dia dari interview sampai sekarang dah semester kedua. semester lepas dia dapat cgpa 3.67, aku tahu dia dah usaha keras. tahniah moga semester ini dapat buat yang lebih baik.
aku ceritakan ini di blog, sebagai semangat kepada diri aku, dan my sister kalau dia membaca ini. dan sesiapa pun anda di luar sana yang bersangka negatif terhadap aku. cukup-cukuplah sebab aku ini tiada apa-apa untuk di hasad dengki. ditaruh rasa tak puas hati. jadi berhentilah mempertikaikan episod hidup aku. dan berhentilah mempersoalkan kisah aku dalam blog ini. kalau dah menyampah dengan aku, jangan baca blog ni. (aku tau saranan ini tak berguna pun. kau tetap akan terus baca blog ni kan?)
jam 9 malam aku pergi semula ke kereta. kawan aku pelik kenapa aku datang dengan linangan air mata. dia ingat aku sedih berpisah dengan famili, padahal aku sedih sebab terima sms puaka, sms puaka yang merosakkan mood aku yang tengah happy dengan my famili. aku tanya kawan aku, betul ke bila orang dah benci, dia lupa jasa baik kita? kawan aku jawab. mungkin YA. tapi jangan sesekali kita ungkit kebaikan kita pada orang macam tu. jangan benci dia, biarkan saja dia menang tanpa bertanding.
*bagaimana kawan yang baru kenal sehari boleh jadi kawan sebenar. tapi yang dah kenal saban tahun...........berhati tong sampah?
Comments
orang klau dah hasad dengki mmg cam2
sabo je la ek
aku kan ada....kik.kik.kik.
sabar la . manusia begitu la . penuh dengan pelbagai warna dan lumrah yang mendidik mereka jadi begitu~
okay saya pun penah kena macam tu.. baru-baru juga.. dah sedar kenapa jadi sebab terlampau bagi muka orang pijak kepala.. so kena ada self defence :)
biasa la manusia nie,mcm2 ragam lorr~
itu smua dugaan bila berkwn nie~
xsmstinye knal bertahun dia 4ever baek dgn kita,dn tk smstinya bru jdi kwn shari dia akn baek selamanya..
yg pntg ati2 pilih kwn..
bkn dgn smua owg kita boleh kngsi smua perkara..
biakan org nk dgki ngan kita..tp jgn kita balas..sbb klu balas,sbnrnye kita pun lebih krg mcm dia jugak.=)