Monday, March 21, 2011

Calling-Darling


semalam my sister yang kat PPUM datang rumah, beliau hantar kasut hitam, seluar hitam, dan sekeping duit belanja. yes, adik bagi kakak duit belanja. *adik yang bagi, bukan boyfriend. jangan fitnah! berdosa kamu sampai mati kalau aku tak maafkan. Alhamdulillah adik mewarisi kemurahan hati kakak dia. well, bila jumpa adik beradik. takda lain. mesti ada sesi meluahkan perasaan. my sister cerita pasal kawan dia ejek dia pelat huruf 'R'. alah, rilex lah. Lisa Surihani pun pelat 'R' jugak. kan.kan?

aku pulak cerita kat dia tentang malam semalamnya jumpa mak abah n adik beradik kat KLIA. yep. adik aku sorang je yang takde, dia tak dapat nak ikut aku sebab pagar hostel dia tutup pukul 10malam.  dan pagi Ahad pulak dia masuk kerja pukul 6.30pagi. sekarang dia dah berada di minggu praktikal penuh. yes, nurse pelatih. dia jadi ketua untuk group dia. Phew! gud job bebeh!

sebelum dia balik hostel, kami singgah makan di kedai makan Riang-Riang. makan dengan hati girang, tapi aku makan tak habis. perut lesu je nak makan banyak-banyak, sebab kakak aku kata aku dah gemuk, kena diet. aduhai, taktau nak on diet ke tak. tapi banyak kawan lelaki cakap, "you kalau gemuk hodoh". nampaknya bukan semua orang nampak comel bila gemuk. tapi kalau anda memang sedia gemuk, anda pasti sedia comel. =)

oklah. entry ini dah taip dari pagi tapi baru nak publish petang, busy make calls. Huhuhuhu!



p/s: calling darling:- calling customer lohh, they are my darling now.. $$$



3 comments:

Amni said...

aku nak gemuk sikit. sebab tunang aku cakap aku kurus sangat weyh.. grrr....

mie said...

sekeping je?
camna nak blanje gue ni..
ehheeee

miszgarfien said...

salam..
mesti adk awk rasa rendah diri kan sebab pelat..xpe..ckp kat dia, abaikan je ejekan semua tu..jgn di layan..sy pun pelat R gak..dr zaman sekolah smpai keja ni, mmg kena ejek je la..tp pekak kan telinga..kdg2 bertakung juga..ape2 pun, biarkan je mereka..

*jooomm diet sama2*