Wednesday, March 2, 2011

review filem:- Sanctum 'Never Ever Give Up'









Executive Producer: James Cameroon. Ops.! beliau bukan Director filem Sanctum. banyak orang ingat beliau adalah Director filem ini lalu masing-masing expect too much on this movie. Ya. mungkin sebab pencapaian Titanic dan Avatar yang blockbuster sebelum ini.

SAnCtUm:-

adaptasi dari sebuah kisah benar, mengisahkan beberapa ahli geologi. para pengkaji untuk siri National Geography. yang meneroka sebuah gua yang sangat besar, dalam, luas dan misteri. penerokaan yang pada mulanya agak lancar menjadi begitu mencabar apabila kawasan tersebut dilanda ribut taufan kuat sehingga kan aras air di dalam gua terus meningkat dengan cepat. 6 daripada mereka terperangkap dalam gua di kedalaman yang mustahil untuk mendapatkan sebarang bantuan  dari luar.

ini adalah sebuah perjuangan untuk hidup. usaha yang bermati-matian untuk nyawa kau sendiri. perjuangan dan semangat berpasukan. kau tak tahu menyelam. tapi kau tak punya pilihan. kau mesti, jika tidak, kau mati. kau pilih untuk mengalah. kau mati. kau panik, degil dan melanggar arahan. kau mati. kau pentingkan diri sendiri, kau rugi. jika kau memilih untuk terus hidup. maka jangan sesekali  kau punya rasa PUTUS ASA.

over all, daripada penilaian peribadi aku, cerita ini boleh dapat 7/10. duration 1jam 55minit yang boleh mendatangkan boring bagi mereka yang tidak menontonnya dengan sepenuh hati. part paling sedih bila mana rakan pasukan cedera teruk dan tiada harapan untuk terus berjuang menyelamatkan diri, maka rakan pasukan lain terpaksa 'melemaskan' rakan tersebut. ianya memang seakan sebuah pembunuhan.  tapi inilah yang dinamakan survivor. kau tak punya banyak masa untuk buat keputusan. sama ada meninggalkan rakan sepasukan mati sendirian dan menderita lebih lama. atau 'mempercepatkan' kematian mereka.


--------------------------------------------------------------------------------------

sebenarnya filem ini mengingatkan aku kepada cerita abah. masa zaman dia muda-muda. masa tu abah belum kawin, dan abah pergi trip dengan kawan dia yang dah berkawin. somewhere kat Pahang. kawasan pantai. masa tu diorang mandi laut. dan tiba-tiba kawan abah terperangkap dalam kawasan air laut yang ada tarikan kuat. kawasan ni walau macam mana terror kau berenang, kau tetap takkan selamat. air tersebut seakan berpusar di dasarnya dan menarik kuat kawan abah. abah nampak kawan dia mintak tolong tapi abah tak tolong.malah abah bergaduh dengan kawan lain sama ada nak pergi ke arah kawan tersebut untuk beri bantuan.

abah cakap dengan kawan dia,  kalau kau ke sana sekalipun, kau akan sama-sama mati lemas. tapi kawan tu tak peduli. dia tetap berenang ke arah air yang berpusar dibawahnya. dan ya..! mereka berdua sama-sama gagal keluar dari tarikan kuat air tersebut dan mati lemas. kedua-dua mayat hanya dijumpai lebih 6 jam kemudian. salah seorang mangsa tersebut, isterinya sedang mengandung anak pertama. 7bulan usia kandungan.

abah bercerita, kalau dia sama-sama tolong mereka pada hari itu, kami pasti tidak akan lahir ke dunia ini. ya. itu semua adalah tentang takdir dan ajal maut kita manusia. ibarat hidup kita juga, walaubagaimana cabaran yang mendepani kita, kita sendiri yang harus membuat pilihan dan menerima baik buruk kesannya. selagi masih bernafas. jangan mengalah. jangan menyerah. perjuangkan apa yang kita putuskan terbaik untuk diri kita sendiri.

p/s:- Aja.Aja. Fighting!


4 comments:

atty's said...

ada jugak tgk citer nie..
part awal tu je memula boring..

ngeri part rambut tersangkut tuh.

niesz said...

niesz xpnh lg tgk cite ni..

Si budak Aboi said...

emm....layan movie jugak ni..

Zuwairi Aiman said...

Sume2 cite menarik.. thanks sharing ;)