Wednesday, March 23, 2011

crazy girl met businessman!

hai semua..

ini cerita pasal one of my client lah. alahai yang temankan pergi KLIA last Saturday. asyik cerita pasal BF ada plak yang meluat. yang peliknya dah meluat-meluat tu, duk baca gak. tak tahu malu eh. eiii.

sedikit sebanyak pasal my client ni, dia nak pasang Unifi kat dia punya ofis. dia ada bisnes sendiri actually. dulu blaja bidang arkitek kat UIA, tapi buat bisnes. bisnes yang aku rasa boleh maintain sukses hingga akhir hayat.  sebab kat Malaysia ni semua orang makan nasik. so dia pilih bisnes beras. ada kilang sendiri, ada bendang sendiri. beras akan sentiasa ada permintaan. bisnes yang bijak. kan?

seusia 27 tahun, dah boleh berbangga dengan pencapaian peribadi. dah boleh drive BMW yang harga setengah juta. income hampir 100k sebulan. kelip-kelip mata tengok penyata akaun dia. gila tebal poket. then, aku tanya dia, dulu dia pernah susah tak. dia cerita zaman dia belajar, dia punya susah episod hidup sampai tahap makan tak bayar. lepas makan, buat-buat macam berdiri, smoking, then cabut lari. tak ada duit poket. taktau nak mintak tolong siapa. terpaksa.

dia bagi aku semangat. bidang bisnes ni memang mencabar. lagi-lagi untuk beginner, tapi jangan mengalah. 'bertindak sekarang'. now!. bukan nanti, bukan esok bukan lusa. dia pun masa mula-mula berhempas pulas nak bangunkan bisnes, buat loan bank juta-juta, kejar target untuk bayar loan bank. kerja mati-matian untuk sampai tahap sekarang. bukan senang. 

jarang sekali boleh jumpa orang busy. aku mulalah banyak tanya. 


" best tak jadi orang kaya?..."

" best pada bahagian tertentu, ada jugak yang tak bestnya..."

" apa yang tak bestnya?.."

" cuba you tengok cermin kereta I ni, retak sket kan?.. baru minggu lepas ada orang tembak.."

"...haaaa. dia nak tembak you ke?.."

" yelah nak tembak I, kalau kereta biasa dah tembus dah peluru tu..."

"..habis lepas dia tembak, you buat apa..?"

" I tembak dia balik, kena kat peha kot. I pun ada pistol la.. berlesen.."


pergh. kalau aku lah yang kena tembak macam tu, mau ketar lutut entah boleh tembak orang tu balik ntah tak. then aku cakap kat dia aku nak try pegang pistol tu, dia tak bagi. dia kata jangan carik pasal, kang aku try pegang tertembak ke apa. kan gila. jangan kan pegang, tengok pun dia tak bagi. alahai. baru nak berangan ala-ala gerak khas kejap. :p

balik dari KLIA, jalan macam agak lengang kat highway. then aku buat satu lagi permintaan gila. aku mintak dia drive selaju boleh, bape laju dia boleh drive. yep, dia cari peluang. tunaikan permintaan aku. dia bawak 220 km/j. tapi tak sampai pun 5minit. dia cakap ngan aku, kejap je boleh, you jangan cari pasal, you tak kawen lagi kan?. HaHaHa. aku gelak je. tapi best gila kot bila pecut. terasa macam tengah shoot filem pulak. KehKeh.

oklah, citer banyak-banyak kan you all boring pulak kan. next citer sambung bila-bila ok. malam ni nak tido awal, esok ada client penting. Hehe. wish me luck aaaaa. =)


1 comment:

Rara Nasiha said...

i datang komen nie. kata rindu i. hehe :)