Tuesday, March 15, 2011

review Taiwan Drama:- Down With Love




sudah lama tidak menonton drama Taiwan secara bersungguh-sungguh. kali terakhir, mungkin adalah HanaKimi versi Taiwan. so kali ini penulis nak membawakan kepada anda satu siri drama Taiwan yang best-best-best. rasanya drama ni dah keluar sejak akhir tahun 2009. tapi kewujudannya hanya disedari dalam tempoh penulis menjadi penganggur sejak 3-4 minggu lepas. (memang lama menganggur ternak lemak saja dirumah, dan kini begitu gerun apabila melihat penimbang, ntah-ntah berat sudah cecah 55kg siapa tahu?).

ok. sekarang dah dapat kerja yang majikan pun best. syukur kepada Allah. =)

review Down With Love:-

mengisahkan persahabatan antara seorang peguam tersohor 'Yu Ping',seorang interior designer 'Ke Zhong' dan seorang pelakon popular 'Hui Fan' yang sudah bermula sejak zaman persekolahan. juga dua beradik perempuan, kakak 'Yang Duo' dan  adik 'Yang Guo'. mereka kesemuanya mempunyai karakter yang berbeza. 

Yu Ping seorang lelaki yang bossy, berlagak dan keras hati menjalin cinta dengan Hui Fan sejak 7 tahun. manakala 'Ke Zhong' seorang lelaki yang lebih cool dan bertimbang rasa. Yang Duo pula seorang gadis yang sangat berjimat dan kedekut, manakala adiknya Yang Guo seorang gadis yang langsung tidak berciri feminin tetapi sangat jujur dalam perwatakan.

konflik bermula apabila Hui Fan memutuskan hubungan dengan Yu Ping demi karier lakonannya namun dia menyesal dan mahu kembali kepada Yu Ping, percubaan Hui Fan untuk kembali bersama Yu Ping gagal kerana Yu Ping sudah mula menyukai Yang Guo (sejak Yang Guo menjadi 'nanny kepada sepasang anak saudaranya).  Ke Zhong yang menyukai Hui Fan dalam diam tidak sampai hati melihat Hui Fan bersedih dan sanggup berkorban berpura-pura menyukai Yang Guo supaya Yu Ping dan Yang Guo tidak dapat bersama.



Yu Ping (Jerry Yan) bersama anak buahnya, dan Yang Guo (Ella S.H.E).





Hui Fan cuba memujuk Yu Ping kembali.




Yu Ping dan Yang Guo masing-masing tidak tahu bahwa Ke Zhong hanya berpura-pura menyukai Yang Guo demi Hui Fan.



alolo. ciannya abang saya... :p



hero kedua, nampak baik tapi sampai hati menipu. Dush!



tak dapat jadi kekasih, jadilah kawan baik ketika tawa dan tangis. 





Hui Fan yang degil dan terdesak. pentingkan diri sendiri. 




Yang Guo terdengar perbualan Hui Fan dan pengurusnya.



ok. cukup setakat itu. apa jadi lepas kantoi tu you all kena tonton sendiri. layarilah Kimchidrama untuk 16 episod penuh drama ini. dan sebenarnya episod-episod selepas kantoi ni boleh dikatakan sweet-mueet jugak. sebab Yu Ping dah ada peluang untuk tackle Yang Guo. tapi bukan senang jugak nak tackle. siap kena beli gula-gula satu almari untuk buat Yang Guo ni terharu. Eceh. berlakon bolehla kan. realiti ado?

cerita ni best. sebenarnya susah nak jumpa drama Taiwan yang best. kelakar ada, romantik ada , geram pun ada. comel pun ada. selain cinta, unsur hubungan kekeluargaan, kasih sayang dan persahabatan yang diselitkan juga ada mesej tertentu. senang kata, macam-macam ada!. Jerry Yan memang terbaik, kacak, sweet. Ella SHE pun memang berbakat! Mmmuah.mmuah!




p/s: berbahagi masa untuk kerja dan blog. Chaiyok!


8 comments:

niesz said...

wah!hero die sgt hensem!ekekeke...

Hanafi WangZi said...

yeszza. da tgk. buleh layan cite nih. yang hanakimi version taiwan mang ade. pompuan si ella ni jugak yg blakun dengan wu chun Fahrenheit. haha

FarhanaDr said...

Dorang cakap ada satu drama Taiwan yang tengah tayang kat sana best.. Lakonan Mike He dengan heroin The Hospital.. Sunny Happiness kot tajuk dia.. :)

Betul, Taiwan susah sket nak cari yang best, tapi kalau best memang best..

mie said...

macam best je ni...
kena layan ni..
ehehee

YanaMIB said...

hensem hensem..hihi =P

shahjiehan said...

hahahha..jiwang jugak cite nih

aLya maNip said...

ishh..cam best jek..da lama tak tngok drama yg kene adap smpai pagi cmnie..hehehe

NuNu EeRa said...

jerry.. ske die dlm meteor garden dulu.. nnti nk tgk cite ni jgk la..;)