Thursday, March 17, 2011

He said "I Am Sorry"


hari ni aku kena masuk kerja awal sikit, so kononnya malam tadi sebelum pukul 1 pagi aku dah tido. tiba-tiba pukul 1.30 pagi handphone bunyi. bila tengok siapa yang call, terus segar bijik mata aku, cepat-cepat aku bangun dari tempat tido.

apekehalnya dia ni call pagi-pagi buta.

rupanya dia nak tanya sama ada aku free ke tak hari ni, kalau free dia nak jumpa. no.no. aku tak free hari ni. aku dah cuti hari Isnin hari tu ajak dia jumpa tapi dia yang busy. then dia tanya bila plak aku free. dukacita dimaklumkan bahawa aku kerja sampai hari Ahad. dari pagi hingga ke malam. =(

then aku cakap, kalau ada apa-apa yang penting cakap je kat telefon pun takpe. tapi dia tak nak. dia nak jumpa aku face to face nak cakap depan aku. so we all kena tunggu hari Isnin depan. ntah apa yang dia nak cakapkan. sampai nak jugak jumpa face to face. Isnin depan janji nak jumpa pukul 9 pagi. kahkah. awalnya!

-kesiannya kami yang cuti pada hari yang tak sama-

sebelum letak telefon, dia asyik cakap sorry. sorry. aku pelik and tanya sorry for what. dia cakap dia macam dah mengabaikan aku 2-3 hari lepas. so dia mintak maaf sangat-sangat. yes. memang aku terasa terabai. sebab itulah lahirnya entry semalam tu. tapi even aku sentap dengan dia aku tak tunjuk pun. bila dia kata dia sibuk maka aku terus tak kacau. (padahal dalam hati SENTAP).

nasib baik dia tahu mintak maaf, kehkeh. terasa menang 1-0.

aku paham dia busy, kerja lagi, sambung master lagi. padahal malam tadi mood aku dah ok je. sangat ok sebab bos aku and kawan-kawan sekerja aku sangat membantu dan memahami. aku rasa life aku sangat terbantu. walaupun company ni company cina, tapi cara diorang layan staf melayu macam aku memang jauh beza dengan apa aku rasa masa aku kerja dengan company melayu.

ingat senang nak jumpa company nonmuslim yang bagi ruang untuk staf melayu dia yang cuma 2-3orang ni solat (Zuhur, Asar, Maghrib), yang tak berkira untuk belanja makan minum, malah hantar balik sampai rumah. malas nak citer banyak nanti ada orang kata aku dah makan budi pulak. tapi berbudi dan berbuat baik ni tak mengira bangsa dan agama. 

jangan sebab kita dah Islam sejak lahir, kita boleh kata kita ni dah cukup baik, bayangkan nonmuslim buat baik tak ada pahala tapi mereka boleh buat baik. tapi kalau yang namanya Islam, yang dah tentu buat baik dapat pahala pun tak buat baik juga malah berhati busuk tak habis-habis pentingkan diri, dengkikan orang, fitnah orang. jatuhkan orang. memang Nauzubillah. cuba fikirkan.


p/s: syukur pada Allah, dipermudahkan urusan.


10 comments:

eira said...

bestnye orang ber'COUPLE' ni..hehe

Amni said...

hehehe... aku tahu rasa dia macam mana.. memang rasa menang la bila dia cakap sorry.. bukan la nak cakap tu salah dia, cuma rasa dihargai kan bila dia perasan? lalalallalla....

yAtiE said...

keje kt mana cik kak?

kella said...

teringat zaman bujangan dulu.. hmmm... :)

beautiful_rose said...

kire ok lagi dapat jumpe...aku ni dah setahun lebih kot tak jumpe.call pun dah jarang...huhuhuuh

♥CIK SHA♥ said...

ohoho..ok la tu..baru 2-3 hari..at least dekat dan senang jugak nak dapat jumpa..

macam saye ni ha..setahun sekali nak jumpe pun payah kot..masing2 ade komitmen kerja..susah nak dapat cuti..dan nak berjumpa pun jauh..selangor penang tu..kui3..hanya mesej je penghubung kami sebab kami tak berapa suka cakap thru phone..^_^


btw, setuju dengan point sarah tentang bekerja dgn org cina dan org melayu..banyak beza kan? saye pernah kerja dgn 2-2 bangsa ni..dan pernah rasa apa yang sarah alami..^_^

mie said...

kena ada sefahaman..
walaupun hanya ucapan maaf...
heheeee

arayualan dan ibnas said...

cutenye...hee

NuNu EeRa said...

maafkan lah.. ;)

Alexandriana Alia said...

#eira
kadang best, kadang sentap. biasalah tu hehe

#amni
bukan je rasa dihargai malah terharu. sob.sob

#yatie
keje kat merata-rata tempat kat KL ni ha.

#kella
bukan zaman bujang tapi zaman bercinta, kehkeh

#beautiful rose
aku baru seminggu tak jumpa dah feeling sedih-sedih.

#cik SHA
dekat pun rin du, kalau jauh cam you taktau la, meroyan agaknya.

#mie
belum berjaya faham sepenuhnya lagi. masih belajar.

#arayualan
cute ke, macih

#nunu eera
mmg maafkan. dia tak mintak maaf pun mmg i tetap maafkan.