lelaki 20-30-40an.

hai semua. =)

ok. ni anggap sebagai entry santai sahajalah. sembang Jumaat di akhir-akhir Mac. minggu depan dah April. pantasnya masa berlalu.




lelaki akan mengalami peringkat kematangan berbeza ketika usia lewat 20an, awal30an dan lewat40an. betul tak? berbeza mungkin dari segi perspektif mereka terhadap satu-satu perkara, dan berbeza tindakan dalam menangani sesuatu hal. ambik contoh mudah. memandu di jalan raya, jalan KL lah misalnya, jalan kampung toksah cerita. ok. biasanya lelaki lewat20an dan awal 30an ni pantang kalau orang selit nak potong jalan dia. lagi kalau perempuan yang buat, lagi dia macam hangin. tak puas hati. rasa nak menang. kan?

atau, sorang lelaki ni bawak BMW 5series misalnya. dia jadi excited bila jumpa geng se5series dengan dia, lagi-lagi kalau model sama warna pun sama. dia rasa seronok untuk perkara-perkara kecil macam itu. macam tulah dengan hal-hal lain. dia cepat panas dan kadang cepat excited untuk perkara-perkara kecil. mungkin sebab dia belum ada tanggungjawab yang lebih besar. so perkara kecil yang kadang-kadang ntah apa-apa, dia amik peduli. padahal kita perempuan akan kata. ek eleh, itu pun nak seronok. contohlah. 

kalau bab layan girlfriend, ianya berbeza ikut individu. kalau lelaki yang jenis ada geng. geng dia jadi no1. girlfriend jatuh no 2. kalau geng ajak main futsal. girlfriend ajak tengok wayang. dia akan pergi futsal. tapi memang ada jenis lelaki yang tak ada geng. dia suka berkepit dengan girlfriend je 24/7. tapi ini bukan taste aku. sebab aku bukan layan dating, mesej or call 24/7. *rimas. untuk masa muda-muda ni, silalah bergeng dengan geng anda. sebab nanti kalau dah kawen. haaa. masa tu kena insaf. keluarga mesti jadi no 1. ok ya lelaki-lelaki?




untuk lelaki-lelaki yang lewat 30an atau awal 40an pulak. kebanyakan mereka tak ambik port untuk perkara remeh macam perempuan potong jalan dia. tak amik port pasal kereta apa diorang drive sekarang. tak peduli sangat nak design kereta berlampu putih ke apa ke. mungkin sebab life dah berbeza. dah ada keluarga, dah ada anak. banyak tanggungjawab kena pikul. benda remeh dah tak jadi hal. orang lain pakai Apple Iphone ke Ipad ke Ipod segala bagai. walaupun diorang mampu nak beli tapi diorang tak beli. bukan sebab tak berjiwa muda. tapi sebab kalau setakat beli Ipod main game. memang dah tak musim bila usia dah meningkat. baik fikirkan tabungan anak nak further study ke apa. kan?

ada tak my readers yang dah lalui 20an, 30an and 40an. apa kata anda? komen jangan tak komen. =)



Comments

Amni said…
aku muda lagi... =P
Hami Asraff said…
Saya masih linkungan 20-an. So masih ada lagi 'panas baran' tu. Tapi tak la so 'panas baran'. Depend on situasi jugaklah.

p/s: Mengenai entri terbaru saya tu, dulu memang la masa newbie tu rasa ianya penting. But now makin tidak rasa macam tu. Hehe :D
Syaza Kelyza said…
lelaki ni selalunye makin tua makin menjadi2 . hahaha . tp bagus jugak sebab dorg ni makin lama makin matang :)
mie said…
gue masih 20an..
tapi jenis yang kurang minat sms n bergayut 24/7...
heheheee
hans said…
saya muda lagi tapi saya rasa bukan semua lelaki macam tu
semua nih subjective
bergantung bagaimana lelaki itu dibesarkan..persekitaran dia...dan rakan2 dia
lagi malang kalau dah berusia kategori senja tapi berjiwa belasan tahun.
Adziim said…
gua 20an..jenis tak kisah,sabar je kot....n lone ranger..haha

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S