Tuesday, March 1, 2011

our random episode






mode cerita:- awangan.


CERITA 1

satu pagi, keluar dari bilik air then nampak kat phone tertera '1 panggilan tidak dijawab'. cepat-cepat call balik. sebaik panggilan diangkat terus terjah soalan dengan bunyi yang agak nyaring.

"Hello..You kat mana?" macam dah terbiasa bila jawab call terus tanya you kat mana..

"Hello, Gud Morning...." alamak malu kejap. lupa nak greeting.

"aaa. Morning...Where are you?....". again, ask him the same question.

"Hey babe.. How are you?... ok. ok. fine. salah lagi.

"Owh, Im fine TQ..". lepas tu tak tanya dah dia duk kat mana. Lol.


sebab sebelum ni dah terbiasa. dengan member bila jawab call je terus tanya. "ko katne.. bz ke..." sumthing like that. tapi orang dah duduk kat oversea lama ni cara dia lain agaknya. jawab call, atau 1st jumpa. mesti greeting dulu. lepas tu nak borak apa nak tanya apa dipersila.

teringat dulu masa sekolah rendah, 1st time rumah mak pasang talian telefon. lepas tu pertama kali telefon berdering. makcik sebelah rumah yang try call. aku cepat-cepat angkat telefon lepas tu cakap.. "Hello ni sapa nak cakap ngan sapa?...". tak ada adab langsung jawab call macam tu. then jiran aku pun dengan tenang memberi salam. "Assalamualaikum..bagi salam dulu sayang..". Erkkk! malunya. malunya.


moral of the story:- greet people. its easy.

----------------------------------------------------------------------------



CERITA 2


pada satu malam. beliau mengajak keluar. bukan untuk dinner. bukan juga untuk tengok wayang. aku rasa ia boleh disebut sebagai jalan-jalan. atau nak jumpa saja-saja. mungkin sebab rindu. *boleh blah!

memang kami tak ke mana-mana pun malam tu. dia terus drive and kami berbual. sebenarnya dia suka bercerita and aku suka mendengar. aku suka bertanya. dan dia akan jawab bukan dengan satu ayat, selalunya boleh jadi satu perenggan atau lebih. mungkin juga boleh buat satu karangan. dia bukan membebel atau melalut. tapi jawapan dia selalunya memuaskan hati. sampai aku akan angguk banyak kali. dan buat bunyi 'Ohhhhhhhh' yang panjang harakatnya.

beliau ada bertanya. dulu masa aku kecik-kecik. aku nak jadi apa.

aku taktau nak jawab. sebab dulu kecik-kecik aku ada banyak cita-cita. tapi untuk jawab soalan dia. aku harus pilih satu. dan aku rasa jawapan aku tu tak tepat mana. macam hanya sekadar jawab.

"A good teacher....". tapi aku bukanlah seorang cikgu saat ini. akan datang?.. belum tahu.

"What of you?..." macam biasa aku akan tanya dia balik.

" An engineer...". he answered.

"Congratulations. that is what you are now." dan beliau senyum. dan kemudian bercerita macam mana perjalanan karier beliau, sejak 7 tahun.


---------------------------------------------------------------------------------


erk, ada dua je episod. episod lain sambung lain kali. OK!



p/s: baru 3 hari tak jumpa dah rindu... =(

9 comments:

FarhanaDr said...

Tiba-tiba kan.. Rasa seronok lak bila ada partner usia dia lebih sikit dari kita.. Macam best.. Haha.. Seriously..

myrah said...

pandai awk buat cerpen.......

♥CIK SHA♥ said...

can see that u are happy with him..shomel..^_^

Aku Skema said...

simple je blog ni..i loikeee!~~

Alexandriana Alia said...

$Farhana Dr
eh. ang rasa best ka.. aku lagi lah rasa best.. LOL

$myrah
adakah entry ini seperti cerpen?.. percayalah bahwa aku tiada bakat cerpenista. :p

$ Cik Sha
yep. hope akan terus happy selalu.

$ Aku Skema
thanks sebab like. biar blog simple asalkan tuan blog happy. :p

THE LEKAT LEKIT STORY said...

tu la kita di ajar pasal adab.. tp bila dgn kengkawan ni biasa la.. kdg2 tu siap tanya idup lg ke ko??

niesz said...

orang kat sane mmg bnyk protocol kan,,xmcm kan sini..main redah je..haha..

Eel said...

salam (greet ni, hehe)~~
kalau sy pula dulu, time first2 ada telefon rumah, memang tak nak jawap sebab malu~ haha

Amni said...

nice one! suka sangat! Baru cakap benda yang lebih kurang sama kat blog... hehehe.. now i know.. itu adab eh bercakap? lalala....

serius suka entri ni.. foolow u dear!