bila si dia busy.


barang yang lepas usah dikenang. mengaku salah dan mendapat kemaafan itu indah. yang penting jangan diulang lagi. bukan kerana lafaz maaf itu mudah, tetapi meraih kepercayaan itu agak payah sebenarnya. hati manusia kita tak tahu. kita tak mungkin boleh pegang ia kemas-kemas.

semalam punya kisah, masuk-masuk kereta, dia tunjuk kat aku mineral water.


"tengok-tengok, dalam kereta I ada mineral water...."

"eh. bagusnya ikut cakap I... Haha."

hari Ahad hari tu duk mengadu mulut pecah, bibir sakit. mana taknya, dalam kereta pun tak ada mineral water. padahal cuaca sekarang memang sangat panas, KL dah jarang-jarang hujan. dia bagi alasan sakit mulut kejap je sembuh. klinik kan ada. tapi semalam dah bangga dengan pencapaian diri, letak mineral water dalam kereta. Good!

destinasi semalam?. tak berapa nak ada destinasi, sekejap ke sana, sekejap ke sini. mula kata nak makan kat Subang, tetiba patah balik makan kat PJ, tapi asyik pusing-pusing sebab tak ada parking, nak makan situ tak jadi, makan kat sini tak jadi. jalan jem. dalam kereta perut dah lapar, dekat sejam on the way. padahal pusing tempat sama.

"Yang, I lapar lahh..."

"sekejap la Yang, sabar kejap eh...."

dia dah mula lipat lengan sampai siku, biasanya dalam kereta smoking tapi semalam tak langsung. aku pandang muka dia yang nampak penat, kesian. pusing punya pusing. last-last pergi A&W PJ. itupun tapau je.

"Yang, I park luar you pergi beli eh. makan dalam kereta jelah. I tak banyak masa dengan you ni.... boleh eh?"

"Ok."


"Nanti dalam kul 3petang I ada hal, I tinggalkan you kat KL Central kejap, pukul 5 I ambik you eh?.."

"Ye...."

"Ok.Gud..."


bila dia busy camni, aku memang tak banyak songeh. apa keputusan dia I will say OK. dia luang masa jumpa aku pun dah kira bertuah dah, biasalah hari Isnin memang hari beliau busy, nak-nak akhir bulan macam ni, urusan bank lah apalah. dalam kereta pun asyik jawab call. tak. tak. mana ada bosan. dapat tengok kamu drive pun hati dah girang. Euwww!


ok. cerita tamatlahhhhh.


Comments

beruntungnya dia dapat kamu :) n beruntungnya kamu dapat dia..bz pon sempat nak jmpa :)
niesz said…
niesz tak boleh kalau xde mineral water dlm keta, mesti kena siap2 isi dlm botol n bwk, kadang2 kat uma pun duk kelek mineral water dlm botol..haha..
Adziim said…
pergh...memahami.
Amni said…
i wish i could.. kalau dia bz, aku majuk.. wakakaka...
beautiful_rose said…
huhuhu sweetnye........
bz2 pon sempat gak jumpe kejap.aku dah setahun lebih tak jumpa.just call dan sms jelah...sedihnye.......
titan said…
wahh, sangat memahami..
Kujie said…
mineral water jgn tinggal dlm kereta sampai berpanas je...tindabalas botol tu ada kesan juga

pernah baca kt mana entah...

eloklah tu...jgn terlalu nak mengharap dan nak melebihi kemampuan dia.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..