takda tajuk..

izah (baju hitam), zatie, jihan n zahidah, dalam masjid negara.

kat tgga depan Perpustakaan Islam..aku (baju pink), diikuti jhan, zatie , hasni



sejak semalam, balik dr kelas fundamental, aku dilanda simptom2 macam nak demam, dan akhirnya bgun subuh pg tadi, rasa demam tu dah menjalar kat segenap urat saraf aku, sakit kepala yg tak terkata..pas solat subuh, aku terus tido semula, kerana sesungguhnya tubuh aku tak tertahan menanggung sakit kepala (kepala memberat macam 20kg)..aku bgun semula jam 9pg..teringat plan nak g library pusat Islam ngan kengkawan aku, demi assignment sunnah dan ustaz Asyraf (tutor kitorg), aku gagahkan diri untuk mandi n bersiap2...pas mandi rasa cam lega sikit sakit kepala yg melanda.. aku jumpa diorg depan library um, kitorg naik teksi pergi perpustakaan tu.. tambang teksi sebanyak 6.70sen (naik bertiga)..

turun depan lib, sementara tggu kawan yg 3org lg sampai, isi perut dulu.. makan burger daging (rm2.00), yg agak sejuk dan keras rotinya..tapi balun jugak demi mendapatkan sedikit tenaga untuk berjuang dalam library nanti..dlm lib tu, ermm, punyalah sejuk beku, aircond tahap cam kat DTC kot..ntahla, or maybe sejuk sebab keadaan kesihatan aku yg ditahap minimum..cari punya cari, akhirnya bertemu gak, terjemahan hadith yg aku nak, tp terjemahan tu dalam b.i, ok la, syarahan hadith gagal dijumpai..mybe takda rezeki agaknya..

bila tak jumpa apa yg dicari, aku pun gatal tangan cari majalah n suratkhabar utk dibaca...ermm, rupanya hari ni peralihan kuasa pucuk pimpinan negara..PM baru-Datuk Seri Najib Tun Razak..agaknya berapa tahun lah beliau akan jadi PM? ermmmm..

oleh sebab hari ni hr jumaat, maka kitorg kenalah solat zuhur lewat sikit..(beri laluan pd muslimin solat jumaat)..pukul 3ptg, barulah keluar dari pustaka Islam tu, destinasi solat zuhur? tentulah Masjid Negara (yg selalu masuk tv1) yg terletak berhadapan dgn Pustaka Islam tu..

pas solat zuhur, kitorg sempat jugak ambik gambar sekitar masjid tu... aku dan kawan2, balik kolej jam 4.20ptg... aku terus g cafe kuaz... cari makanan yg berat sket.. kena makan gak sebab aku harus berusaha untuk sembuh secepatnya..(coz assignment yg tertangguh setia menanti)..moga aku cepat sembuh seperti sediakala..doakan ya.

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..