Posts

Showing posts from August, 2011

my hometown ada free wifi.. gila maju!

Hi readers, untuk yang masih ada masa online (macam Ai) so boring-boring boleh baca belog. yes I know mungkin ramai yang dah sibuk-sibuk nak raya, tapi aku masih ada masa membuang masa di sini. kehkeh. tak banyak benda pun nak dibuat. my mom and sisters dah ready untuk semuanya. so ai balik kampung boleh makan tidur je bhahaha. best sangat. penulis selamat sampai ke halaman rumah petang semalam. lepas sampai adik eksaited bagitahu yang Felda kami dah ada free wifi. lepas berbuka pun kami try la laju-laju test power. Peh!.. mmg betul boleh connect free wifi. akses internet pun laju je siap boleh tengok You Tube tanpa buffering. OMG. sangat boleh dibanggakan lah bukan?.. kampung kome hado? my hometown jugak dikhabarkan akan dapat netbook untuk setiap rumah. felda bagi peruntukan satu rumah satu netbook. ampun apsal maju sangat felda guwa?... *tak abis bangga lagi. so my sister sangat beruntung kowt. dah la handset memasing pun boleh akses internet, free wifi, then dapat pulak netb...

Selamat Balik Kampung!

Image
hi readers. sebenarnya sangat malas nak menaip entry. so this is just short update jelah ye. esok penulis balik kampung, (Segamat&Muar), then Khamis depan balik KL. Jumaat dah kerja. Sabtu n Ahad ada meeting. so.so.so.  blog belum tau lagi akan update ke tak kat kampung, sebab broadband memang lah ada tapi line tenet kat kampung macam korang tak paham plak kan kesiputbabiannya . untuk itu. ambiklah satu gambar raya tahun lepas buat lepas rindu. #muntah! teknik gambar yang mengkartunkan muka. wajah saya bukan begini sebenarnya. pedehal, yang penting gambar no editing, and no kopipesting, and ofkoz real not fake. wakaka! kbai, wish you all Happy Eid, have a great Hari Raya with bless!

Always..

Image
  semoga Cinta ini membawa sang pencinta ke suluhan jalan yang terang, iaitu jalan yang diredhai. Ya Allah Ya Rahman. sesungguhnya perancanganMu adalah yang sebaik-baiknya. bahkan pada jiwa yang alpa. perancanganMu tetap tidak pernah khilaf, kerana Engkau Maha Adil dan saksama. p/s:- rindu si dia..? ingatlah Allah. hati akan menjadi tenang.

terjumpa AmirulHadiZainal, kali ni aku sure itu memang dia..

Hi readers. Salam Ramadhan. Aaaaa. gempak tak tajuk?.. tapi tajuk bukan sekadar bikin gempak. tapi ini kenyataan bukan khayalan. hari ini 25 Ogos 2011 memang penulis ditakdirkan terserempak dengan Amirul Hadi Zainal pemain bola sepak skuad Harimau Malaya dan Selangor . dah nama pun terserempak dah tentunya bukan dirancang kan?.. kejadian berlaku lebih kurang pukul 3 petang dekat The Mall sebelah PWTC. Amirul Hadi sangat dekat dengan aku. bayangkan dia withdraw duit kat ATM, and aku cuma selang satu dari dia. dekat gila?... tapi ternampak dia kat mesin ATM kot so teruja dalam hati je then dia pun blah. then lepas tu aku macam gatal carik dia balik kot-kot masih ada dekat The Mall kan. lepas dia withdraw rupanya dia pergi ushar kasut sukan dekat kedai kasut, masa ni memang boleh sangat-sangat kalau nak pergi dekat dengan dia and say Hi-Hi ke nak bergambar ke apa. tapi itulah, sebab fikir sampai 3 kali.so tak pergi pun dekat dia. tengok dari jauh je sampai dia blah, sambil dalam hati...

seyesLOL at FukkenLOL

Image
Hi readers. kali ni aku nak share kat uolss satu blog yang sangat menarik untuk dikunjungi tanpa jemu. blog yang masih baru, baru saja diwujudkan pada pertengahan bulan Ogos tahun 2011, tapi sudah mula mendapat tempat di arena blog tempatan. tak sampai sebulan followers dah lebih 100.. mungkin sebab blog ni memang menarik, dan tuan blog dia rajin menghupdate belog.  yes. itulah dia namanya usaha tangga kejayaan, kreatif pun kunci kejayaan gak. bak kata satu quotes omputih.. key to succes, dont do different things, just do things differently.  yeah. so sebelum aku bagi link blog tersebut, boleh try test tengok salah satu karya dari entry dari blog beliau di bawah ini. kasi hangat sikit la kan. biar uolss tertarik nak pergi terjah tengok blog dia apa yang best sangat..! haaa.. Kah. Kah. Kah!  Apsal Jun Pyo punya gelak sangat real macam gelakkan  Max 24/7? dan yang kat bawah ni siapa tak gelak memang ah dia...! Bhahaha, LOL or not LOL?.. konsep blog ni sena...

entry pembetulan.

*guwa dapat balik raya!!!!!! tapi mungkin balik malam raya...! phewwwww! nak raya kat KL? gila betol.!  pffttt! okbai.  p/s: kus semangat.*ketupat*rendang*lemang, wait for me ok! 

11 perkara..

1. hari ni 24 Ramadhan. next week Raya?..  2. jangan fikirkan raya sebelum waktunya. raikan Ramadhan selagi masih ada.  3. tapi fikir tak fikir pun. tetap akan fikir jugak pasal raya. what for raya, what for raya. muahaha! 4. ok. I can honestly say that I dun have kasut raya untuk raya kali ni. tak beli sebab tak ada bajet. tapi tak sedih. sebab raya zaman sekarang bukan style show off kasut. bukankah sekarang zaman show off handphone time raya? smartphone, android, blackberry? 5. hahaha. btw,  I dun have any new phone for raya pun lah. handphone cap ayam sudah. kat kampung bukan ada line tenet pun! 6. what else. ok. I can honestly say that I do have baju raya tapi cuma satu pasang. wadefish? fish cake letak kat dalam mee kari pun sedap! 7. yang sebenarnya. guwa tak dapat cuti raya pun. so nak buat apa ada baju raya lebih dari satu? guwa hari raya ke-3 baru cuti. so guwa raya kat KL masak rendang makan sorang-sorang. sedih siottt! 8. guwa terpaksa kerja sebab guwa...

I Only Have One

Image
-Your Smile- He's having a hard time lately. And it makes me worry..I text him just now. sound like this. "Honey, dont forget to put a smile on your face".  And he replied me one smiley smile. p/s: perasaan bimbang ni, memedihkan hati. hope that everything will be allrite.

weekend yang di pukul ombak.

Image
Life is not about Me.. Its about You and Me. yeah, We. tajuk bukan nak cerita yang aku pergi bercuti tepi pantai. yang itu belum eh. InsyaAllah lepas raya. tajuk begitu kerana my weekend kali ini yang disaster. err, sebenarnya mood yang disaster. dipukul ombak. moody memanjang. nasib tak ada sesiapa kat rumah. so boleh moody sorang-sorang. roomate pergi rumah makcik dia. housemates lain macam biasa lepas isyak baru ada. but sometimes aku memang sukakan 'kekosongan'. ada time aku memang nak layan moody ini dengan hanya berbaring atas katil menghadap syiling sorang-sorang sambil kebil-kebil mata. aku tanak dengar suara sesiapa. tanak dengar bunyi apa-apa. tanak reply mesej sesiapa, tanak update belog, tanak blogwalking dan paling penting tanak tengok muka sesiapa pun. hey dun bother me k! *tapi kalau tetiba mr.Kingkong ajak date dah tentu tak tolak! HAHA! menyampah bukan? but seriously weekend kali ini tersangat messy. sampai tahap bermalasan secara super. imagine eh. cuti t...

terjumpa Zain Ruffedge. macam ya macam bukan.

malam tadi lepas isyak aku dengan roomate pergi merewang kat Chow Kit, cari aksesori raya konon-konon, aku beli shawl dua helai. murah gila 2 helai RM15. lawa pulak tu. roomate beli baju kurung cotton. pun murah je RM55. kalau tak tau Chow Kit duk tang mana tapi ang tau pulak Lorong Haji Taib baik tampar pipi ang laju-laju. bulan puasa ni Chow Kit sangat meriah macam Jalan TAR juga. tapi kesesakan adalah tak berapa sesak. tapi meriah. ok. cukuplah mukadimah entry. aku sebenarnya nak cerita yang aku macam terjumpa Zain Ruffedge, (wujud lagi ke Ruffedge?).tapi aku macam tak pasti betul ke tu dia sebab macam handsome sangat. serius handsome. aku nampak dia kat laluan bersempit-sempit di tengah-tengah deretan kedai, tapi kami dari arah bertentangan, bila nak dekat selisih bahu aku pun pandang mamat ni tepat kat mata dia, lepas tu aku macam terfikir-fikir, Eh macam Zain Ruffedge lah. dah pulak tu boleh dia senyum kat aku. alamakkk! sebab aku macam tak percaya betul ke dia memang Zain Ruf...

pelajaran/pengajaran dari dunia blog dewasa ini.

Hi readers. Salam Ramadhan.  hari ni aku nak kongsi sikit lah pandangan aku dari pemerhatian terhadap dunia blog sekarang ni. boleh ambik kalau rasa point aku boleh pakai. dan jangan sentap kalau terkena batang hidung. tapi kalau ada yang sentap. macamlah aku peduli sangat, bhahaha.! aku lebih kepada nak cakap pasal personal blog, blog SEO and gosip bagai aku tolak tepi dulu. kita kupaslah satu-persatu. supaya senang scan.  sebenarnya dunia blog sudah semakin suram. keaslian menulis blog semakin kurang mendapat tempat disebabkan suasana blogsphere yang semakin berubah. adakah disebabkan semakin ramai blogger yang malas membaca blog dan lebih suka menempel di blog-blog?  menjadi pembaca blog dan menempel di blog-blog adalah dua perkara yang berbeza. kalau kau ikhlas jadi pembaca, kau rasa tak apa pun kalau blogger tu tak tau 'kehadiran' kau. tapi kalau menempel. kau bukan sahaja nak blogger tu sedar akan kehadiran kau, tapi kau macam nak perhatian dari pembaca lain ju...

menu berbuka puasa 17 Ramadhan.

Image
Hi readers. Salam Ramadhan. thanks untuk komen-komen korang kat entry sebelum ni. aku hargai sangat. Big TQ! dah 17 hari kita umat Islam menjalani ibadah puasa. kalau cerita bab menu berbuka, setiap hari aku makan juadah yang sederhana ja. tak baik membazir. Allah marah. biar sederhana tapi puas hati. nak puas hati, kena masak sendiri. walaupun puasa tak dapat nak rasa masakan sedap ke tak, tapi kalau masak dengan ikhlas mesti rasa pun tak akan fail punya. percayalah.! dan menu berbuka aku pada hari ini ialah:- nasik putih, kari ayam dan hirisan tomato yang dimasak sendiri. aku memang suka memasak, aku suka kelentang-kelentung didapur. rasa macam terapi, ceh bajet chef wan pui. aku masak ni dengan begitu gigih tau. carik ayam , carik asam jawa, cari kentang kat kedai runcit padahal badan dah lemau je. masak kari ayam senang je. 30minit dah siap. nak apa, karbohidrat, protein, lemak, vitamin, serat semua ada lengkap nutrisi. Alhamdulillah. mengenyangkan. makan berdua ja dengan r...

Words Of Wednesday

Image
- - - - - - p/s: kadang-kadang, aku harap tak ada pembaca blog ini yang kenal aku di dunia nyata. then bolehlah aku luahkan semuanya di sini. aku begitu sakit, bila rasa hati tidak terluah, ibaratnya macam makan ikan, tulangnya tersengkak di tekak.  thanks sudi baca.. =)

cendol yang tak ada cendol

Image
cendol bukan milo. cendol yang dibeli di bazaar Ramadhan Sentul. sebungkus 1.50 sen, mee hijau dalam cendol yang dijumpai cuma 2 helaian pendek. well  beginilah perniagaan orang kita.  bak kata trademark bebudak sekarang. Untunglahhhhhh!! p/s:- cendol kat tempat korang cane?. berbaloi ke idak? thanks sudi baca =)

semanis kuih kole kacang.

Image
Hi readers. salam nisfu Ramadhan. sudah setengah bulan.  lagi setengah bulan. aku bukan counting hari raya lah. sebab kemeriahan raya semakin tidak mendapat tempat dalam jiwa aku. dewasa ini, aku memikirkan lebih banyakkkk hal lain yang lebih utama dari persiapan raya. cuma hari raya memang menjadi hari ulangtahun berkumpul sanak saudara. yang itu best.  kuih kole kacang. siapa tak pernah makan kuih ini dia rugi. sebab kuih ini adalah sangat sedap. walaupun manis, tapi bila kita makan, paling banyak pun kita akan makan 3 ketul sahaja. sebab kuih ini tidak sesuai dimakan banyak-banyak sampai satu dulang, kuih ini tak sama macam makan kuih karipap yang boleh dimakan sampai 10ketul selamba. kuih ini hanya makan tahap secukup rasa , tapi biarpun makan ia cuma sedikit tapi sangat memuaskan perasaan. kuih ini sweet sangat. kuih paling sweet dalam hidup aku.  nak ceritanya, my mom tak pernah pun buat kuih ni. jadi aku berkenalan dengan kuih ni sebab jiran masa darjah 5 d...

masak-masak:- my first rendang and kuah kacang

Image
Hi readers, Salam Ramadhan.  seperti yang dirancang, semalam, penulis telah berjaya menghasilkan rendang ayam dan kuah kacang yang pertama dalam hidup . disebabkan ianya adalah pertama kali, maka wajib kita catatkan pengalaman tersebut dalam blog. akan datang boleh tunjukkan dekat my kids, "mama sebelum kawen lagi dah pernah masak rendang and kuah kacang sendiri, percubaan di bulan puasa pulak tu. ingat tak terer?" cikgu memasak, dah tentulah my mom. sebelum ni pun memang banyak kali tolong-tolong emak memasak rendang and kuah kacang. tapi kalau dekat rumah emak biasalah, 50-50. mak masak 50%, anak sudahkan masak 50%. macam tak boleh dibanggakan kalau cuma tolong-tolong. nak kena masak sendiri. baru tau senang ke susah. kan? so malam Sabtu aku pun gigih call emak mintak resipi.  alah. resipi dia bukan susah sangat pun. cuma step masak yang aku nak tau. aku ambik resipi asas je. tak accurate sangat bab berapa bijik bawang, berapa tangkai cili merah, semua ingredients mema...

ber'Jalan TAR' menjelang 1/2 Ramadhan

Image
Hi readers, Sabtu kali ini, 13 Ramadhan, penulis berjalan-jalan di Jalan TAR. ala, yang dekat ngan Masjid India dan Sogo tu, alaaa. yang itulah. memang Jalan TAR ada satu je kat KL. tak ada dua tiga.  berita baik untuk yang malas membaca tapi suka tengok gambar, mulai hari ini aku akan belog seperti dulu-dulu. aku akan sedaya snap n kongsi gambar dengan readers. tapi jangan harapkan sangat gambar  muka aku.  *padahal mana ada orang berharap nak tengok aku. haih. tolong lah Sara!!. inilah penulis belog. (macam dah dekat setahun tiada meletak gambar sendiri dalam belog). pic diambil selepas bersiap-siap untuk ke Jalan TAR. maaf gambar dikecilkan. penulis letak gambar dengan perasaan macam taknak letak pun. I know lah. Im not slim, but Im happy, coz Im not fat. no more diet, tapi berpuasa dapat menjaga kesihatan tubuh. itu pasti.! and my sister yang InsyaAllah cerah masa depan kalau kawen dengan dia. bakal jururawat PPUM tak sampai 2 tahun lagi. starting salary 1....

menu berbuka puasa 12 Ramadhan.

Image
Hi readers, ini adalah kali pertama (untuk Ramadhan tahun ini) penulis tunjukkan gambar menu buka puasa dalam belog. masak sendiri dah tentunya. 12 hari berpuasa, tidak pernah menjejaki bazaar Ramadhan pun, setiap hari pun akan masak sendiri di rumah. power tak. power tak?  *ada dua kali berbuka secara free, dibelanja oleh rakan so tenkiu! hari ni macam rajin nak masak best *walaupun tak adalah best mana. sebab my sister is here, bermalam di rumah aku untuk dua malam, coz kami plan esok nak ke Jalan TAR, dia nak beli baju raya. bersedialah nak hadap Jalan TAR yang sesak dalam keadaan berpuasa, sungguh membencikan tapi tak ada pilihan. betul? jom lihat apa yang kami dah telan masuk perut, pada petang tadi.  makaroni goreng sotong. nasik goreng biasa. keropok goreng. juadah home made yang sederhana dan tahap biasa-biasa saja. kualiti gambar agak kureng sebab guna phone 2.0 mp jek. sebenarnya juadah utama adalah makaroni goreng, nasik goreng tersebut menjadi n...

dan... yang tertinggal adalah memori

Image
Friendship End?  But Memories last Forever. In my Heart, In my Mind. percayalah bahwa dalam perjalanan hidup, ada ketikanya semua benda yang terjadi seakan bersatu di dalam angin puting beliung. dalam satu masa. kita  kehilangan banyak benda.  angin puting beliung tersebut bawak pergi segala kekuatan dan sandaran yang ada. dan bila dibuka genggaman tangan. kosong.  tapi selagi nafas terhela, kaki harus melangkah jua. hidup terus hidup. segala macam beban di bahu kanan dan kiri, aku cukup dewasa untuk hadapi.  dan Alhamdulillah. Allah aturkan yang baik-baik. kaliankah yang mendoakan aku?. terima kasih jika Ya. aku mungkin bukan kawan/teman yang baik. yang boleh selalu bersama-sama menghimpun cerita memburai gelak tawa.  aku memang jiwa misteri yang mendambakan ruang peribadi, semakin kau cuba fahami, maka aku mungkin semakin menyakitkan engkau.  aku memang jiwa keras yang bukan sebarangan watak boleh melentur aku. usah fahami aku. doakanl...

what my heart says...

Image
p/s: hey Sara, It's just a matter of time. Believe in your dreams.

woman with brain.

Image
Hi readers. jam menunjukkan pukul 1.16am. ketika entry ini mula ditaip. pic dari enjin carian Google. penulis menggigil dan menahan lapar. dah dua hari tak jamah nasik. semalam berbuka dan sahur makan spagheti goreng. hari ini berbuka kuih kole kacang dan karipap. itupun makan ia jam 9 malam. jam 7.30 petang berbuka dengan sebotol air mineral kat 7 Eleven LRT Kelana Jaya. hari ni (Isnin) busy sikit sebab lepas kerja aku ada urusan kat Kelana Jaya. settle kan hal my only brother. baru 3 minggu duduk KL. tiap-tiap minggu aku pergi jenguk dia. memang pun dia dah besar, dah 22 tahun, tapi dia kat situ macam duduk asrama. tak boleh keluar lebih pukul 7malam. apa yang dia kurang, aku kena kasi setel.  dah dua kali ke sana sebelum ni my bestfriend yang duduk Subang akan fetch me kat LRT Kelana Jaya. then bawak aku jumpa adik aku. kebetulan everytime aku datang Kelana Jaya pun memang lepas waktu kerja. around 5-6pm. lepas jumpa my bro kejap then kami pergilah makan and he will sen...

Make Up Monday #3

Image
Hi readers, Hi Haters. Salam Ramadhan. Slot Make Up Monday kembali. kali ini quotes tidak ditaip. penulis put much effort cari gambar. Heh. layan! *lately guwa busy banyak benda nak setel. guwa tak ada masa nak memahami/meratapi kepedihan hidup orang. lagi-lagi pedih putus cinta. baik guwa layan Bersamamu TV3. lagi real punya perit. *lu tak kenal guwa tapi benci guwa. guwa syak ada dua kategori je, sama ada low class IQ, atau tekanan jiwa. kategori dua penyakit ni memang tak ada ubat dan selalunya melarat. jaga-jaga.! p/: ai tak ganas. ai baik je. fyi, anda berada di zon bebas carutan dan sebarang komen mencarut akan di delete serta merta.