K.A.R.M.A





7 hari lagi.. bakal meninggalkan 2010. selamat tinggal segala tawa dan airmata sepanjang setahun lalu. untuk tahun 2011. aku masih disini. menulis di kamar catat ini. yang baca aku di kamar ini. yang seringkali baca aku dan walau apapun tanggapan dari apa yang anda baca dan mungkin jumpa dan kenali aku. sama ada betul dan salahnya. aku maafkan kalian dari hati kecil aku. 

sepanjang hayat ini. aku selalu yakin bahawa hidup yang kita lalui tidak dapat lari dari KARMA. buat baik dibalas baik. buat jahat dibalas jahat. hari ni kau persendakan orang. esok lusa akan datang akan tiba waktunya. yang kau persendakan tu akan dapat kat kau. KARMA adalah pengajaran dalam hidup. supaya manusia ni walau macam  mana bagusnya. jangan suka bercakap besar. 

contoh:- 

1. seorang lelaki menyindir kawan dia. "weh bai! takkan kau jadi kawen dengan minah tu.?.. dia tu tua 10 tahun dari kau dowh... apahal teruk sangat taste kau ni. BHAHAHA!!"

tak sampai setahun dari tempoh dia perlekehkan orang. dia sendiri pun kawen dengan perempuan yang lebih tua 10 tahun.


2. seorang ibu pertengahan usia bertanyakan jiran dia. "Eh, menantu awak tu dah dua tahun kawen takkan tak ada apa-apa lagi.?.. takkan la merancang lama sangat. ntah-ntah mandul tak?.. "

lancang sungguh mulut. tengok-tengok dia sendiri anak dah taraf bujang terlajak tak kawen-kawen pun. tapi rupanya dah pernah buntingkan anak dara orang...


siapa pun kita, kita tidak mungkin tahu banyak tentang kehidupan orang lain. lalu kita tidak berhak mempersendakan sesiapa. meski mungkin dia itu seorang penjenayah sekalipun. kita tahu ke bagaimana susur jalan hidup dia?.. meski dia seorang gay. meski dia seorang pengkid. kita bukan di tempat dia maka kita tidak tahu. justeru berdoalah agar dia temui jalan yang baik dalam hidup dia. dan kita sendiri temui jalan baik dalam hidup kita. 


p/s: pandang langit cerah. pedulikan manusia. Allah Maha Tahu.



Comments

yang num 1 tu best..hahahaha..grrrrrrrrrrrrrrrrrrr...
betul skrg ni Allah bayar cash je kan. :)

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S