azam baru sebagai penulis blog

hai blog, hai semua..

Ahad yang sejahtera. ketika mencoret disini. aku ditemani sebuah lagu jiwang karat. Dadali-Di Saat Aku Mencintaimu. asyik ulang dengar lagu ni puluh-puluh kali dalam seminggu ini. mood jiwang is On?

belum pun tahun baru, tapi sudah ada azam. jangan kagum sangat. kerana azam ini bukanlah sebuah azam yang bagus untuk dicontohi. so dun ever follow this bloody stupid 'azam'. Haha! it may harm you.. 


bakal menulis sahaja:-

aku semakin menganggap blog sebagai tempat aku membuat contengan/ catatan/ bebelan. aku tak rasa aku ada komitmen untuk membalas kunjungan bloggers lain. memang berbunyi arrogant di situ. tapi aku malas nak peduli sangat. aku baca blog yang mana aku nak baca. membaca dengan perasaan yang sungguh bebas. bukan komitmen. you all jangan percaya sangat dengan bloglist yang menyinari ruangan tepi blog ni. sebab itu mungkin sekadar bloglist yang mungkin aku baca dan mungkin tak. macam aku kata tadi. kebebasan mutlak di situ.


menulis yang baik-baik:-

puas sudah perli orang dalam blog?. sudahlah. aku sendiri banyak kurangnya. like sum1 said. "kau ni macam bagus sangat?". yeeha! bagus kalau kau tau bahwa aku ni macam bagus so kau boleh stop dari mengunjungi aku di sini. simple. kalau pun aku mungkin berbeza di luar alam blogsfera ini. itu tiada kaitan dengan siapa pun. aku makan nasik tak mintak sesen pun duit kau. bukankah?


menulis tentang diri sendiri:-

tentang siapa lagi kalau bukan tentang aku. bukan aku mintak supaya you all tau banyak pasal aku. tak perlu. now pun aku dah malas letak gambar sendiri dalam blog. entry lama yang ada muka aku pun. bakal aku delete sket-sket. yang dah kenal tu kenal lah. kalau boleh aku tanak dikenali dengan rupa. yang masih sudi baca aku di sini. terima kasih. bab terima komen. komen anda apa saja aku terima. tak komen pun tak apa. aku tau blog aku ni lebih ramai silent readers. kan?


tidak lagi menghadiri sebarang gathering:-

keputusan drastik mungkin. jangan keciwa please. happy mengenali sesetengah dari anda di dunia nyata. satu kenangan indah. terima kasih buat yang pernah sudi mengusung aku dalam kereta. especially to Jard dan Dr.Farhana. sorry tak bayar pun duit petrol anda berdua. and thanks untuk semua yang pernah aku jumpa, sama ada pernah terhutang budi atau tidak. special thanks to Hanafi Jaafar, Ariff Shah n Joegrimjow sebab pernah belanja aku makan. ok. kenangan bersama anda semua aku simpan kemas-kemas dalam ingatan. ok?


mungkin lepas baca ini, ada di kalangan anda akan berkata.. "Ada aku kisahh?? "..  



p/s: mungkin akan kerap update blog. biar orang bosan nak baca. H-A-H-A!



Comments

azlina aziz said…
Kenapa tak nak gathering? Together2? Huhu. Kenapa? Kenapa?
Tak gathering, personal dating dua orang boleh kan? Heeeee.. :)

Asalkan ko happy dengan azam yang ko buat, kitorang pun tumpang gembira sekali.. Heee.. Tapi yg last je aku nak dikecualikan.. Huhu..

P/S: Apa duit minyaknya.. Belanje gula kapas cukup.. Hehe..
hans said…
hahaha
iyo2 jer ekau xnak gi gathering
den xpercaya ahhh
mesti ekau poie punya

P/S : Hai Akak Dan Abang Artis! Kamu Suka Menulis Cerpen? Ada Contest Untuk Kamu!
Shahrul Tanaka said…
mula-mula rajin lepas tu malas update :p

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..