Monday, December 13, 2010

jangan dekat kerana kamu bakal tercedera



~gambar hiasan~



salam Isnin, selamat menjalani hari-hari kerja. dari Isnin ke Jumaat tak rasa macam lama kalau kita penat bekerja. ok. saya berkeputusan bekerja pada minggu ini. Eceh. rupanya kerja part time macam aku ni boleh pilih nak kerja ke tidak. 

itu cerita kerja part time. kalau ditanya tentang kerja tetap. aku masih belum ready. atau mungkin lambat lagi untuk ready. dan mungkin tak akan ready langsung. anggap saja masih awal untuk fikirkan tentang kerja tetap. masih awal. masih awal. 

menjalani weekend lalu dengan terperuk di rumah selama 48 jam. hanya keluar rumah untuk jemur basuhan. apa yang berlaku di luar sana pada Sabtu dan Ahad sungguh tidak tahu. dengar kata ada gathering bloggers bowling?. oh ya! sudah berkeputusan pencen dari bergathering maka keraskan hati untuk buat-buat tidak tahu.

kalau pun kita jumpa. (yang pastinya bukan beramai-ramai). tolong anggap aku bukan blogger. jangan tanya url blog atau berbual tentang dunia blog dengan aku. sudah tidak fun untuk berjumpa atas nama blogger. seperti kata-kata sesetengah respon semalam. jumpa atas nama kawan. syaratnya. dun ever mention about blog in front of me. nak kena tumbuk?!

kenapa bah kau berubah?

aku sendiri ada sebab yang kuat untuk menjawab persoalan kenapa. tapi aku rasa sebab itu terlalu peribadi untuk dikongsi.but i have my own reason. kadang-kadang anda tidak perlu tahu banyak-banyak. kerana jika tidak anda bakal tercedera. cedera yang tidak parah tapi makan masa untuk sembuh. 

aku sendiri macam tu. sekadar yang diberitahu. aku terima khabar itu bulat-bulat. tidak aku bertanya banyak. aku diamkan dalam percaya dan ragu. aku mahu tahu lebih banyak lagi dari apa yang dikhabarkan. tapi aku diam membisu. sekiranya aku tahu lebih lagi. aku akan tercedera.

tolong terima alasan ini. sebab ianya memang boleh pakai. ok?



p/s:  I met a man who wasn’t there....


3 comments:

Pensel Kontot said...

mcm ade sesuatu je...

Izzat Aziz said...

kalau bab cerita tetap, aku nak habis je belajar, terus kerja tetap.. lagi cepat aku kerja lagi cepat boleh aku buat business sendiri, ataupun boleh buat benda aku suka dan dapat idup independent..hehe

hans said...

wah,macam ada rahsia yg cukup berat untuk diungkapkan

P/S : Kenapa Perlu Diadakan Benda Yang Tak Pernah Wujud?