hidup Angah yang advanture..



my sister yang nurse ppum tu bercuti semester. dah 3 malam berkampung kat rumah sewa kami. hari ni sepatutnya dia balik kampung dnegan train. train jam 9 pagi. dia bercuti dalam 2 minggu. lebih kurang. 

semalam aku belikan tiket train tu untuk dia. pagi ini aku mintak adik aku yang form 4 tu temankan dia balik. since adik aku yang form 4 dah biasa dengan KL Central. sebab dah 2 minggu kerja sementara kat sana. 

jam 8 pagi they all masih terhegeh-hegeh bersiap-siap. 8.15 baru keluar rumah. aku dah membebel-bebel macam mak nenek. geram dengan budak berdua nih.

lepas diorang keluar rumah, aku sambung tido. dah pesan dah, kalau ada apa-apa mesej ke call ke. tapi sebab aku tido mati. tak dengar pun call, tiba-tiba aku bangun balik kul 9.15 baca mesej bahwa adik aku ketinggalan train. OMG!

dan tetiba dia kata dia dah beli tiket baru malam esok pukul 11 malam. terus darah aku naik sampai ke muka! aku terus call n tanya. macam mana boleh tertinggal train. diorg kata sebab tunggu bas lama. Ampunnnnnn! dah tau bas tu lama pegila tahan teksi ke apa. macam tak ada cara lain.....!

dah tu semberono je beli tiket esok pukul 11 malam. abis tu kalau aku antar dia pukul 11 malam aku ni nak balik rumah pukul berapa?. kalau train tu delay gerak dia kul 12 malam nak suruh aku menangis sorang-sorang kat KL Central tu?.

OMG. memang panas hati aku. aku suruh dia jual balik tiket tu. jangan nak cari susah. bila jual balik cuma dapat half price je. ok. kat situ dah rugi gak. campur rugi burn tiket tadi jumlah dia dah 35 ringgit. buang duit macam tu je....!

dia nilah beriya-iya tanak balik naik bas, susah nak pegi Bukit Jalil, barang banyak and so on. aku pun memang takleh nak antar dia since aku ni kerja. nak mintak tolong boyfriend pun memang tak boleh. boyfriend abis keje pukul 6 petang. dan paling menyedihkan, hari ni hari jumaat. Bukit Jalil haruslah sesakkkkkk!

tak ada cara. aku suruh dia ambik tiket komuter ke Seremban. nanti dari Seremban ambik bas ke Segamat. macam yang aku pernah buat dulu. dua kali aku balik cara camni sebab tak ada pilihan. balik Jumaat. memang susah. bas ke Segamat kalau dari KL ni tak banyak. cuma Cepat Express n Transnasional je.

tak apalah. jadikan pengalaman baru tuk dia. since aku pun pernah rasa pengalaman sama. tapi aku dulu lagi advanture. aku  main taram je. at least adik aku ni, aku guide dia. 

ni kang dia balik, mesti abah aku bebel panjang. pastu dengan nama aku pun naik sekali sebab tak pesanlah, biarkan adik lambat sampai tertinggal train lah apalah. atas nama kakak, memang aku mesti kena punya. ni kang kalau abah aku call memang mampus la aku kena bebel. 

maybe jadi anak kedua ni memamg advanture kot. ntahlah. itulah yang aku rasa. abah anak kedua tapi abang dia meninggal dia jadi anak sulung. mak pulak anak ketiga tapi abang dia meninggal dia jadi anak kedua. ermmm. tapi aku memang Angah. yang pagi ini geleng kepala dengan perangai adik-adik. 


Comments

Shahada Fauzi said…
betul..jadi angah memang adventure..saye angah juge..^_^

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..