Monday, December 20, 2010

untuk hari-hari terkemudian..


impian saya, saya mahu berjaya dan lebih berjaya. saya belum nampak lagi, apa saya akan jadi. I mean. kerjaya saya di masa depan. pengajian saya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang pekerjaan. bukan macam pengajian medic yang confirm akan jadi seorang doktor, bukan juga pengajian kejururawatan yang confirm akan berkhidmat sebagai jururawat. dan bukan juga pengajian alam perguruan yang confirm akan menjadi cikgu. saya dulunya hanya memilih pengajian secara semberono. Bioteknologi?. hurmm. saya main pilih saja, dan main belajar saja. saya tidak aim untuk after pengajian saya harus kerja bidang yang saya belajar. kerana pada akhirnya. saya rasa jiwa saya bukan dibidang ini. mungkin jiwa untuk belajar itu ada. sebab belajar bukanlah makan masa lama. macam pejam celik tup-tup dah habis. pasal kerjaya ni lain, satu perancangan untuk 'kerja dengan lama' tapi kalau jiwa tak ada dalam bidang ini? Oh! sungguh mintak maaf.

dan seterusnya.. selain kerjaya. mungkin adalah soal berumahtangga. haish. berdebar semacam bila bicara pasal ini. macam matang sangat plak rasa. huahua. tapi relax. semua orang pasti akan berumahtangga dengan izin Allah. jadi semua orang berhak bicara pasal ini. sebenarnya saya segan untuk mendirikan rumahtangga selagi saya belum ada kejayaan dalam kerjaya. haih. macam lah saya ini seorang lelaki. walaupun saya seorang perempuan. saya ada cita-cita tersebut. saya mahu berjaya dalam kerjaya/ekonomi sebelum saya berumahtangga. saya tahu ini bukan sebuah keperluan. sebab selalunya lelaki yang perlu berjaya ekonomi dan kerjaya sebelum berumahtangga. tapi now saya berbicara tentang kepuasan dan kesenangan di hari muka. saya suka berseronok dengan orang yang saya sayang. bab berseronok. saya perlukan ekonomi yang stabil. saya mahu berbulan madu lebih dari 2 minggu. dan lebih dari 2 destinasi. hahaha!

saya rasa ini semua bukan angan-angan, tapi sebuah harapan. saya dan anda. kita semua ada harapan dan impian. saya tidak berimpian besar sangat. tapi kalau ikutkan impian saya yang gila. saya nak honeymoon dalam sebuah Cruise mewah. tapi saya tahu. itu mustahil. mustahil kalau dengan usaha saya. tapi kalau anda sesiapa pembaca misteri blog ini yang rupa-rupanya seorang billionaire, bolehlah sponsorkan suit dalam Cruise barang sehari dua. sungguh lah saya akan berbesar hati. impian gila. impian berpada-pada. impian selalunya diluar batas kemampuan. tapi bayangkannya saja. dah boleh senyum sendirian. mungkin saya banyak membayangkan tentang hari-hari terkemudian kerana saya sedang di alam fana cinta. Hahaha. sudahlah!



p/s: saya masih mengantuk di saat saya menaip ini. harap-harap. saya bukan mimpi menaip. :p


1 comment:

chunna said...

wah... impian yg best. mau jugak.