Monday, December 6, 2010

setahun ini... bakal tinggalkan kita.

salam. moga sejahtera semua pembaca..

sudah Isnin semula. selamat bekerja dan selamat menjalani apa saja rutin anda pada hari ini. diam tak diam. dah berakhir pun tahun Hijrah kita. nak tutup dah buku amal untuk tahun ini. esok dah buka buku amalan baru pula. serius macam tak perasan begitu pantas masa berlalu. ya. setiap kali tahun baru memang akan cakap macam ini. ulang lagi. "begitu pantas masa berlalu..". anda pun ulang ayat ini juga kan?

setahun ini bakal melabuhkan tirainya. mari kenang semula. apakah setahun ini lebih banyak kejayaan dari kegagalan. adakah lebih banyak manfaat dari yang sia-sia. adakah setahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya?.. walau apapun, setahun ini sudah mahu meninggalkan kita. 

bersama lembaran baru dalam tahun Hijrah. petang ini sebelum maghrib jangan lupa baca doa akhir tahun. dan selepas maghrib, baca pula doa awal tahun. selamat datang tahun baru Hijrah.




doa akhir tahun, baca sebelum maghrib.






doa awal tahun, baca selepas solat maghrib.



p/s: sambil-sambil online tu, boleh baca gak doa ni kan.. sharing is caring. =). dan selamat bercuti kepada yang cuti esok.!




8 comments:

mie said...

thankz for sharing doa2 ni..
hehehee

Ct Arina said...

setahun byk mengajar kite mcm2 ttg kehidupan =)
salam maal hijrah sara =)

buDAK keCIK said...

tahun ni tinggal seribu kenangan. sedih+gembira. pape pun, itu hanya la kenangan semata-mata. xde ulang tayang.

akak, pening la nk dftr bjk.sobs.plg bnci bila clash.adeyh

salam maal hijrah

Siska said...

kejap je dah nak tahun baru...terimakasih share doa ni ehh..=)

hans said...

selamat tahun baru

P/S : Review Filem : Aku Tak Bodoh Memang Tak Bodoh! Love F.A.M.I.L.Y!

aZLiNa aZiZ said...

Alhamdulillah, saya punya kesempatan baca doa ni tadi. Salam Maal Hijrah buat Sarah sekeluarga ;p

hamzah ian said...

selamat tahun baru

Eazy Izzuddin said...

salam maal hijrah...
;)

Layans
Dunia Baru & Salam Maal Hijrah