Trip to Seremban-Port Dickson-Blue Lagoon.
cuti-cuti Malaysia. memang rakyat kita benar-benar memanfaatkan cuti. kalau di Kuala Lumpur ni. kebanyakan warga kota hanya bercuti-cuti di mall. MidValley, Sunway Pyramid, Suria KLCC, 1 Utama, Times Square, The Mines, Sogo dan lain-lain dengan aktiviti kalau tak shopping mesti tengok wayang. lepas tu bila beli tiket wayang atau nak bayar barang shopping sampai kena beratur hampir 40 minit.so, mulalah depress!.. nahhhh. maka sesekali. menghabiskan cuti hujung minggu harus ada kelainannya. tak perlu habis duit banyak untuk plan for trip. yang perlu kita ada cumalah seorang 'driver' merangkap 'teman jalan-jalan' dan mungkin 'pemandu pelancong'. Ops!.. janganlah pilih khidmat berbayar. pilihlah yang percuma. ia percuma bila dia adalah 'teman tapi mesra' yang berstatus 'single' malah suka berjalan macam saya... ^_^
'B.e.r.k.a.w.a.n.B.i.a.r.B.e.r.i.b.u.-.r.i.b.u'
memang trip ini trip untuk dua orang. tapi bukan acara dating sebab tak romantik pun. sebabkan trip ini berlangsung di hari Ahad. sedia maklum bahawa Port Dickson dijangka penuh dan bakal melebihi muatan. pantai yang landai mungkin akan tenggelam sedikit demi sedikit. Ok. itu tipu!. yang melebihi muatan sebenarnya adalah kereta-kereta di jalan raya, hingga boleh mendatangkan suasana sesak dan kesukaran mendapatkan parking. phew! mujur 'En.driver' hanya memandu sang kancil. lebih mudah menyelit. maka jimat masa di situ berbanding mereka yang membawa Toyota Harrier dan sebagainya.. jom gelakkan sang Harrier. Wakaka! :p
dah begitu lama tidak ke pantai. last pergi pantai sebelum ini adalah setahun lalu. masa tu trip Hari Keluarga bersama staf ofis abah. trip dari Johor ke Pengkalan Balak Melaka. saya sukakan pantai dan pemandangan laut yang saujana mata memandang. kalau boleh nak pergi selalu. tapi sure tak boleh. melainkan jika berumah di tepi pantai. tapi bimbang pula ancaman tsunami. tak apalah. duduk Pantai Dalam yang tak ada pun pantainya kira okla gak. dapat gak mancing ikan from pasar malam.
walaupun begitu sukakan pantai. actually im not interested untuk mandi air laut. memang pergi pantai mana-mana pun. tak akan mandi laut. abah pernah cerita tentang betapa laut itu 'kejam'. sebab kawan abah pernah mati lemas di mana waktu tu abah pun tak berani tolong sebab kalau tolong maka abah pun akan lemas jugak. that time abah kata, air laut ni ada sesetengah bahagian walaupun tak begitu dalam, tapi ada tarikan kuat sampai yang boleh berenang pun boleh tenggelam. maka dengan diri sendiri yang tak pandai berenang ni, maka mandi-manda di laut adalah hampir mustahil. oleh itu, everytime turun pantai. akan menjadi seperti kanak-kanak. hanya main air di giginya sahaja. setakat basah sampai paras peha. dan kanak-kanak di sekitar turut gelakkan saya. Cis!
Port Dickson kalau orang luar yang datang, selalunya mereka akan pergi Pantai Teluk Kemang. atau pun Batu 2, dan lain-lain Batu. jarang orang luar dari Negeri 9 akan pergi Blue Lagoon atau nama localnya Tanjung Biru. pasir kat Blue Lagoon adalah sangat halus. pantai dia landai walaupun kita dah jalan kat air sekitar 30meter. tempat ni actually sesuai untuk famili yang nak bawak anak-anak kecil main air. tapi harus ada pengawasanlah. actually seronok tengok budak-budak happy gila main air. terus teringatkan my little sister kat kampung. kalau main air berjam-jam tak ingat daratan dah. sampai kecut semua kulit.
what else.?
Oh ya. satu perkara about me. kalau keluar-keluar dengan 1 guy. n jalan-jalan camni. I will leave my camera. tak akan bawak kamera dan kalaupun bawak kamera tetap tak akan snap gambar. melainkan kalau bertiga-berempat ke berlima. yang itu ok kalau snap2 gambar. so update tentang trip ini adalah tanpa gambar. lagipun. memang dah berazam untuk tidak meletakkan gambar sendiri dalam blog. Hoccay?
ok. selain berjalan di pantai, sebelah petangnya di bawa bersiar-siar kat Seremban 2 Park. taman rekreasi yang sangat awesome. sesuai untuk jogging. sesuai untuk main layang-layang. (malah layang-layang turut dijual disini ) angin memang sangat kuat kat taman ni. dan taman ni jugak ada kolam ikan di tengah-tengahnya. pelik gak masa sampai tu ramai gila jual sebungkus roti kering. ingatkan nak jual untuk kita makan tapi apsal buruk benor roti dia. rupanya untuk bagi ikan makan. Bhahaha! tapi kami tak beli pun roti-roti tersebut. sebab sama je konsep dia dengan kita duduk sebelah orang yang excited bagi makan ikan. so nampak la ikan tu terkinja-kinja membaham roti dengan lahapnya. dan ikan-ikan dalam kolam ni adalah sangat banyak dan bersaiz besar-besar dan gemuk-gemuk. saiz paling besar lebih kurang 3/4 dari ketinggian saya. Wow!!!..
over all, sangat berpuas hati dengan trip semalam. walaupun anda mungkin tak puas hati sebab entry ni tak ada gambar. tapi bercuti tanpa kamera sebenarnya adalah lebih tenang dan tidak terganggu dengan aktiviti bergambar. Im so happy dapat bercuti-cuti macam ni sekali-sekala. next month konon-konon plan nak pergi Cameron Highland tapi mengenangkan kemalangan ngeri minggu lepas. mungkin terpaksa cancel. Ingat nak pergi Genting Highland jelah. lama dah kot tak pergi. last time adalah 3 tahun lepas.
p/s: special thanks to En.H. awesome trip huh!
Comments