cerita selepas 3 hari..


salam Jumaat. eh. dah Jumaat balik?.. macam baru saja merasai Jumaat baru-baru ini, alih-alih dah Jumaat semula. dan Jumaat kali ini. sudah Disember. sungguh pantas masa berlalu. macam. Bling.Bling!.. macam magic. macam. ah sudahlah tu!

dah 3 hari tanpa cerita baru. 3 hari blog terbiar. 3 hari tak jenguk Nuffnang. ek eleh. asal jenguk blog je mesti jenguk Nuffnang. ek.eleh. korang pun sama kan?.. 3 hari tak update kenaikan B.E jadi sangat sedikit. tapi tetap ada 5 B.E yang masih running. terima kasih Nuffnang. mmuah.mmuah!

sebenarnya tak update blog sebab tengah tumpukan perhatian untuk exam. haha!. memang mimpi nak pakai alasan macam ni. kahkah!.sebenarnya tak update sebab takde line internet. streamix nilah. janji punya janji punya janji. konon 3 hari selepas pasang telefon, tapi jadi 12 hari. haaaa. nasib baik hari ni mereka datang kasi setel problem. kalau tak. kalau tak. aku dah karang dah surat mengkritik streamix. nasib baik belum hantar ke Harian Metro.! rindunya nak pakai streamix selepas hampir sebulan pindah rumah. huh! macam tak percaya dengan kelajuannya.  sebulan sebelum ni pakai P1Wimax secara sementara. slow sangat untuk digunakan beramai-ramai. tak boleh bersabar. tunggu notification FB punya loading pun rasa macam nak mengamuk. tunggu loading blog orang pun.. memang failed!.. blog I je ringan. Phewww!

hari Rabu lepas. meluangkan masa pegi MAHA. siapa tak tahu Maha tu apa pi google sendiri. Maha kat Mardi Serdang. aku pegi dengan seorang kawan. naik kereta dia. masa tu hujan. so takde orang kutip duit parking. patutnya satu kereta RM3 tuk parking. banyak Hall yang terlibat, tapi aku tak jalan kat semua Hall pun. malas. malas jalan sebab pakai high heel. lenguh kaki. dan aku tak beli apa-apa pun. jalan-jalan tengok-tengok saja. at least nanti bila orang bercerita pasal Maha. oh. Yes! I pernah pegi. at least once in a lifetime. Eceh.

ok. sudahlah tu. tak banyak pun cerita tentang 3 hari lepas. apa?.. cerita cinta?.. gila.. mana ada!






Comments

hans said…
wow
5 BE?
cool

eh,gi Maha jumpa tak orang goreng pisang tapi guna tanya jer masuk dalam kuali yg ada minyak panas?
jumpa x?

P/S : Lu Langsi Lu Mati
hasni said…
apsal dah boleh plak?
aku macam jakun je tenet dah boleh pakai
haha
beautiful_rose said…
MAHA? aku tingin nak g tapi kekangan kerja buatkan aku lupakan hasrat tersebut...
budak kecik said…
MAHA?x sempat pn nk prgi..

sbb exam~!heh

best x g sana??
budak kecik said…
cop2...rupanyer akak ni senior sy.
TAPI x prnah pn jumpe akak.sobs...
Cikbelog said…
wahh sejak saya pindah umah, ayah dah tak mau pakai strymix sebab nye tak de orang dah kt umah.bila wekend atau cuti sekolah baru le berpenghuni rumah ni.so, skang pakai berukband.Kejap macam beruk kejap macam brodband..sabo je la.
Anonymous said…
what, pergi maha pakai high heels?

vogue giler
Ibu Ammar said…
# hans
tentunya B.E blog ko lagi banyak kan?. ala. tak jumpa la makcik goreng pisang tu, tapi aku ada tengok video dia org share kat FB. cool huh

# hasni
aku sikit lagi nak melompat girang. haha

# beautiful rose
haha. aku ni mmg buat2 tak busy. pegi pun kejap je wei. buat syarat je

# budak kecik
Maha maybe best. tapi tak berpeluang tengok semua hall jadi tak rasa dia best sangat. haha, im ur senior?.. ekeke. kecik je dunia

# cik belog
i penah guna berukband kawan punya. mmg macam berukla. haha

# amar
haha, actually tak plan pun nak pegi Maha. kebetulan je. kalau mmg plan nak pegi Maha mmg tak pakai la high heel tu. huhu
Fuz said…
aku lama gila tak bukak nuffang.haha.
mie said…
wow!!!
semakin membuak rezeki ek..
heheee

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S