bila kali terakhir main basikal?




serasa macam dah tak ingat macam mana nak main basikal. agak-agak masih hebat macam dulu ke tak?... huish. dah sekian lama meninggalkan dunia berbasikal (bajet atlet). padahal dulu-dulu. berbasikal adalah kenangan paling indah. indah sebab lelaki kesayangan saya di zaman dahulu sangat macho bila dia berbasikal. Oh! sungguh macho macam dia adalah paling macho ketika itu maka kalah lah semua lelaki lain dalam dunia ini. Hahaha!.

dan pada ketika ini, beliau tetap macho. heh. bukankah beliau adalah kawan baik saya dari dahulu, kini dan akan datang. menjelang 2011.. nak masuk 13 tahun pun our friendship.. huaaa! oleh itu beliau tetap saya anggap paling macho sampai bila-bila. 

*ini entry pasal apa sebenarnya Excuse Me!!!!

hari-hari yang saya lalui, macam begitu pantas!.. tak terkejar walhal taktau apakah sebenarnya yang dikejarkan. dunia yang sementara. kenalan yang sementara. yes! ada sesetengah kenalan kita dalam hidup ni bersifat sementara. datang pergi sesuka hati. macam biskut. harap-harap perginya kali ini terus pergi selama-lamanya. Ah!. boring la dapat kenalan macam kau yang dahla annoying, berlagak dan $&*(^*&*!!! boleh tak lepas ni kau jangan datang balik dalam hidup aku?.. sungguh semak! ~


bukankah saya masih banyak kenalan lain yang jauh lebih berharga?.. syukur atas kurniaan itu. 


dan macam biasalah. entry blog ini memang carca marba begini. dari cerita basikal ke cerita emosi secara tiba-tiba. erm.. saya rindukan teman-teman jujur dizaman persekolahan. kerana teman di zaman dewasa ini. sungguh mensampahkan.!

p/s: hey. balik kampung nanti nak main basikal lah! boleh feeling remaja sket. :p

Comments

Unknown said…
erkk. basikal. hurmmm x ingat bila last naik.
tp kalo soh bawak skrg, mst gelong2.
hahahaha
azlina aziz said…
Bestnye pengalaman men basikal masa kecik2 dulu, dengan member2. Masa naik basikal, kat jalan raya, rasa diri lah raja. hahaha. Dapat kayuh laju2, lumba2 pastu siap lepas tangan *konon hebat. hahahaha.
Izzat Aziz said…
Basikal, lama dah tak naik.. tapi kalau naik tetap power.. :)

Kawan, rasa perempuan lagi senang nak cari kawan yang 'kawan'. Perempuan kaalu rakan dia ada masalah diorang mesti support. Lelaki jarang.. kalau kawan ada masalah diperli adalah.

Jeles dengan perempuan.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S