anak Nogori berehi makan cili api?


entry ini imbas balik, masa trip ke Negeri 9 weekend lalu. masa tu aku lunch kat small food court kat pantai Blue Lagoon. aku pesan nasi goreng cili api. yep! aku ni suka sangat makan pedas terutama cili api. boleh gigit-gigit cili api begitu sahaja makan dengan nasik. lagi-lagi kalau ada budu. nasik putih ngan ikan goreng pun jadi. tapi kalau tak ada cili api memang kurang berkesan untuk tambah nasik. haaa. penangan cili api. walaupun pedas tapi  puas. 

that time aku makan, ada geng bebudak sekolah duduk bertiga sebelah kami. diorang order makan nasik putih lauk ayam masak merah. lepas tu diorang mintak cili api kat owner kedai. owner tu bagi sepiring kecil cili api yang dah dipotong kecil-kecil. kagum jap aku. aku tanya En.H, macam ni ke anak nogori makan nasik?.. siap ada cili api tu, phew!!

kalau kat tempat aku (Johor ke KL ke). macam mustahil la nak nampak bebudak yang bersekolah lagi dah selamba je makan cili api dengan nasik begitu sahaja. adik aku sendiri pun tak suka pedas. aku sendiri pun dah lepas sekolah baru suka makan pedas (cili api). actually aku tau makan cili api selalu ni tak elok sangat untuk sistem pembuangan. kesian je perut usus semua 'panas' je. 

kalau kat umah kat Johor. aku memang tak akan makan cili api style gigit-gigit ni. sebab kat umah, mak masak dah sedia sedap dah. kat KL ni aku suka makan ngan cili api sebab nak bagi puas bila makan. maklumla duk umah bujang ni selalu makan yang goreng-goreng je. ikan goreng, ayam pun goreng. macam nak tambah berselera tu cili api nak kena ada. baru puas makan. Hehe.

lately selera aku sangat buruk. tak bape nak lalu makan. everytime orang belanja makan aku mesti order roti canai je. masuk ni dah 3 kali dalam 3minggu. rasa macam rugi lak orang dah offer belanja makan tapi cuma order roti canai. taktau mana pegi selera piranha aku. tahun lepas seingat aku, kalau orang nak belanja makan je aku mintak prosperity burger or chicken mcdeluxe. skang ni macam dah muak nak makan fast food. last time aku makan fast food adalah pada tarikh 1/12/10.. masa hari aku gaji bulan lepas. itupun makan kat Popeye MidValley. saja gatal nak try.

apapun, bukan semua anak nogori suka makan pedas-pedas. masa aku kerja as krew yang conduct registration untuk beberapa exhibition dulu, krew kami ada gak orang nogori tapi tak makan pedas. tapi masak lomak cili api nogori 9 boleh dikatakan fames kot sampai boleh buat drama kat tv 2. ok. teringin lak nak makan masak lomak cili api emak den. bilalah boleh balik rumah nih..... pheww!


p/s: saya Johorian. saya suka makan pedas, saya okayyyy!.. (ek eleh trademark sekarang... lepas satu statement mesti nak disudahkan dengan 'saya okayyyy!'.. ek.eleh tiru ayat gay???



Comments

Seimura said…
orang negeri sembilan sinonim la dengan kuat pedas. hehe.
Bob Merley said…
saye suka makan manis!! got cake?

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..