selamat tinggal..
sedihnya nak berpisah. rasa macam baru kelmarin kita bersama. dan kini tiba jua harinya. banyak sangat kenangan pahit manis masam masin sepanjang berada di rumah ini. selepas ini akan berpindah ke rumah baru. suasana baru. Ahh.
ya, ucapan selamat tinggal ini ditujukan khas buat rumah yang telah kami sewa hampir 2 tahun ini. walaupun rumah ini kecil comel. tapi disinilah tempat kami berteduh. tempat belajar. tempat bergelak ketawa, tempat memantapkan skill masakan, tempat kami menumpangkan rakan-rakan hingga rumah penuh dan tidur bersepah-sepah.
dan, di sinilah kenangan En.Sasuke menghantar saya hingga ke muka pintu. sob.sob.
tentu kelak akan merindukan rumah ini. Oh ya, kami terpaksa mengosongkan rumah ini atas perintah pihak atasan. haha. kononnya perumahan ini bakal dirobohkan. tapi nanti kita lihat saja. rasanya sehinggalah aku naik pelamin pun perumahan ini belum tentu diroboh. lambat lagi lah naik pelamin. mungkin tahun depan. Hahaha! (bergurau saja).
dan sekarang keadaan rumah sungguh haru-biru. membayangkan bagaimana nak angkat almari-almari pakaian kami. peti sejuk. dapur dan tong gas, oven. oh. kami tidak mempunyai televisyen ya kawan-kawan. hiburan kami hanyalah internet semata-mata. tak apa. boleh tengok Naruto apa?! selain itu. boleh juga berblog. dapat juga ringgit demi ringgit sehari-hari. Haha apa aku merepek nih?. :p
minggu depan balik kampung. yea! balik kampung meraikan Hari Raya Korban lah apa lagi. ingat nak balik lama sikit. dah terbosan-bosan lah duk kat KL ni lama sangat. dari Raya Puasa punya balik kampung. bukankah itu 2 bulan yang lalu? mengadap KL hari-hari ya ampun. sungguh dah bosan dah. eh. sejak bila berasa bosan dengan KL?. sejak hari ini. :p
ada plan baik punya. 'melancong'. tapi tak sure lagi bila. haha. itu nantilah kita cerita lain bila dah tiba waktunya. siapa pernah ke Singapore?. mari cerita kat saya apa bestnya di sana. Weeeeeeee!
Comments
pasti awk akan dok rindu2 kat rumah tu lps ni kan..:)
wah...seronok ronok kan =)