kenangan itu abadi..
setiap kali menatap gambar yang begitu ceria ini, hati rasa sayu. airmata seakan bergenang. I love them.(Sunway Pyramid 29 Okt '10)
mereka adalah rakan UM yang tak akan aku lupakan. satu semester terasa singkat. kelas amali Bioteknologi yang berjalan 2 kali seminggu rupanya dah habis. dan tak pernah. sepanjang menuntut di UM, boleh menjadi begitu rapat dengan semua ahli kelas. seperti kelas ini. friendship is what we call, magic!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
dari Stesen Universiti, ke Sunway Pyramid. sebuah Land Rover, Myvi dan Kancil. kami bertujuh belas bergerak ke Sunway Pyramid, plan makan di Flaming Steambot. dan kemudian meneruskan destinasi ke I-City. dari jam 5 petang. hinggalah ke 3pagi. begitu berjam-jam. tetapi masa seperti pantas berlalu. dah habis pun episod jalan-jalan, makan-makan, bergambar dan bergelak ketawa. pasti aku akan rindukan kamu semua. best buddies!
sekarang dah tiba minggu study week, mungkin IPT lain dah mula exam pun. U kami ni lambat sket. cuti Deepavali digabung terus dengan cuti Raya Haji. maka jadilah study week kami berjumlah 3 minggu lamanya. buat masa ini aku masih berada di KL. masih bekerja part time di KL Central. oh ya. Khamis ni pindah rumah. aku dengan adik aku yang nurse sama-sama akan balik kampung menjelang Raya Haji. rindunya masakan emak. rindunya 'bebelan' abah. HahaHa!
*Flaming Steambot dah naik harga per person. April lepas cuma RM22 seorang, kini dah jadi RM24. hurm.
*I-City now macam kurang meriah berbanding masa aku pergi April lepas. mungkin sebab sekarang dia dah caj RM10 satu kereta, dulu free je. hurm
sampai sini dahulu. jumpa lagi di lain entry. tapi tak janji bila. :p
Comments
P/S : Movies Download: Senario Asam Garam & Phua Chu Kang The Movie
tp tue yg bestnye
Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House
mmg x bole di lupakan....
;)
flaming steambot tu dekat mana?