Wednesday, November 10, 2010

YM oh YM.


sebelum menyentuh tajuk entry, kita cerita sikit pasal rumah baru. Ahh. segalanya telah selamat. Alhamdulillah.  berakhir proses perpindahan. makan masa dua hari iaitu semalam dan hari ini. setelah bertungkus-lumus membungkus, mengangkut. sampai sakit pinggang. sekarang masih lagi dalam episod mengemas. menyusun. oh! sungguh tidak mudah. sampai lambat update belog. kehkeh! rumah baru ni betul-betul depan masjid. kalau azan memang konfem dapat dengar begitu jelas. bila solat jemaah pun, sebutir-sebutir bacaan imam boleh dengar. ni tadi maghrib dapatla dengar ceramah agama. sejuk hati. 

selain mengemas. aktiviti hari ini adalah membuang-buang masa di depan laptop. bukak balik email lama. fuh,  sudah beribu notification friendster. rupanya masih ada akaun friendster. tapi apa kabar kah akaun tersebut?. password apa agaknya?. Oh! lupa semuanya. alah. tak ada apa yang boleh dikenang tentang friendster, bukan ada jumpa pakwe handsome pun. kalau pun handsome. mesti sudah berpunya. HaHA. sudahlah!

sebut pasal ym, inilah dari semalam, aku asyik chatting dengan orang. ngadap blog dan FB je pun bosan gak. sesekali chatting ngan member-member baru/lama syiok apa. eh!. hari ini ada pulak masa masuk yahoo chat room. phewit. dapatla add beberapa koleksi. ada yang boleh pakai kita simpan dia baik-baik. yang haram jadah kita blacklist terus. boleh pakai tu maksud dia. yang macam orangla. sila paham-paham sendiri.

YM dengan rakan blog? adalah jugak beberapa orang. kebanyakkannya memang lelaki. sebab yang perempuan tak ada pun nak add aku. padahal ada dah kat sebelah ni haa id ym. aku ada 3 akaun YM. yang rasminya yang guna nama aku sendiri. itu jugakla email Facebook. dan ym rasmi ni tak pernah sampai chatroom aa. itu untuk kawan-kawan yang kenal saja. tapi yang dua lagi id nama watak anime Naruto tu.  banyaknya adalah kawan-kawan yang memang dari alam maya. yang jenis ini aku memang tak akan add FB. kalau dulu. ada gak add frienster. tapi akaun friendster pun dah ke laut.

siapa yang aku selalu YM?

ada 2-3 orang. memang lelaki. buat apa nak bohong. bestfriend mungkin. jadi. jika anda rasa saya selalu ym anda. memang anda saya anggap bestfriend. maka siapa yang terlibat tu bolehlah kembang tekak sekarang. hahaha!



p/s: lately memang banyak entry cerita hal diri sendiri sahaja. saya bukan ahli falsampah. penulisan cap ayam saja. so dun expect too much. ok?


6 comments:

FarhanaDr said...

Tapi aku slalu jek tak on9 kan bila ko buzz.. Huhu..

hasni said...

makcik
best ka duduk umah tu?
pngangkutan mcm mn?
still lagi umah kerinchi terbaek bukan

hasni said...

makcik
best ka duduk umah tu?
pngangkutan mcm mn?
still lagi umah kerinchi terbaek bukan

darkbatman said...

hahahaa.. btol 2.. same kaum mane nk reti nk add ym.. tp kes aie, dlm fb sume laki yg duk msj2. geli pun ade. ahha. bkwn xpe biar ramai bile ade mslh lehh ngadu..

beautiful_rose said...

huhuh lama gila tak on YM tak tau apa jadi.kalau on pun bkn ade org lagi dah.kalau ada pun dorg just on je tp bkn de kt pc.mybe sibuk layan FB kot...

Kujie said...

kak jie pun jarang...sebulan sekali pun susah nak berchatting kat YM

dgn cik abgn bervideo cam guna akaun Intan..hehe