Saturday, November 6, 2010

ni sapa yang cari pasal?


hari ini bekerja. aku tak senyum banyak. lebih banyak bermuka serius. 1st sebab kesihatan macam tak sihat. tekak aku perit macam nak kena selsema. 2nd, geram ngan tuan rumah ni haaa. suruh pindah beria-iya. tapi bila kita dah ready dah packing. dia asyikla tangguh-tangguh. aku banyak plan lain semua tak jadi. eii. nasib baik orang berumur. kalau tak! mau aku sembur kaw-kaw.!

tiba-tiba. masa didatangi customer. ditanya pula. ni pastri ni sedap tak kak? aku angguk ja. tak senyum malah tak menjawab dengan suara. cuma angguk. pastu mamat ni pandang aku lain dah. aku bungkus pastri tuk dia, ambik wang n bagi wang baki. still aku diam ja tak bersuara langsung. pandang dia pun tak. lepas tu dia boleh tanya. "akak ni apa yang tak puas hati dengan saya?".

Eh!

aku dah pelik. dia ni apsal. 

"akak kalau tak puas hati dengan saya cakap. saya cakap elok-elok tadi.."

ni aku dah makin bengang. now siapa pulak yang tak puas hati ni. dia ke aku? aku diam je dari tadi then dia pulak tetiba nak naik angin. Hello! dah la asyik panggil akak, akak. pandai-pandai ja kau. ntah-ntah kau lagi tua dari aku. last-last mamat ni blah dengan muka yang lebih ketat dari muka aku. 

hei. tak faham tol aku. aku biasa-biasa je dia pulak yang sentap lebih. aku yang period ke kau yang period nih? aku tetap rasa aku tak salah. kalau aku diam je itu masalah aku lah kan. tetiba plak aku nak kena beramah mesra tuk jaga hati kau. Erghhh. tak kuasa. 

aku kan, banyak je terima customer yang masam muka dengan aku. kalau dah diorang masam muka apa kau boleh buat kan. kau redha jelah takkan kau nak paksa-paksa orang senyum kat kau. memang kalau kau tak puas hati pun simpan jelah dalam hati. mana pulak kau ada hak nak marah bila orang tu tak senyum. apatah lagi kau nak naik angin tiba-tiba?. amboi!

memang bukan hari-hari aku ni kedekut senyum, sebab aku tau aku keje ni mengadap orang. aku memang kena senyum selalu. tapi kau kena faham. manusia ni ada hari-hari dia kita panggil bad day. mungkin kau kurang pengalaman jumpa ramai orang agaknya maka kau tak tahu itu. 

aku malas nak cakap banyak. dan aku tak perlukan sebarang komen berbentuk ceramah. aku tau aku tak salah. full stop!


6 comments:

chentaMAYA said...

sabar ye~

joegrimjow said...

deepavali kerja ya
hehe

iamnerves said...

errkk-_-''

Kujie said...

takutnya nak komen..sebab kalo komen mesti nak letak icon senyum2 tu...

time haru biru kelabu ni makan cokelat dgn coke, best....

Nabiel said...

kerja2~
sabo sarah..sabo..
biase la kn~
kdg2 org tk phmm...
tk smstinye kita nie ari2 hepy..
ade gak ari2 yg myakitkan ati...so klu nk senyum tuh,mmg kelat lah jdinye~hehehe

darkbatman said...

hahahahaha.. dia x puas hati maybe sebab sara x menjwb 2.. maybe nk kene senyum lebih2.. puji2 dia kot..ahah.