Wednesday, November 3, 2010

review film:- R.E.D (Retired Extremely Dangerous). aksi hebat hero-hero tua!


weekend lepas. ada masa sikit. keluar sekejap dengan my sis. MidValley. weekend aku memang bukan apa-apa sangat. paling menghiburkan adalah acara tengok wayang. dan makan KFC. tak apa. bukankah keluar dengan adik sendiri?. dapat juga mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama adik beradik. dah tentu mak abah pun redha. daripada keluar dengan pakwe pastu peluk-peluk dalam panggung, aaa. mak abah mana yang redha?  ok. ini dia. kakak mithali mula memberi ceramah free. :p

ok. meneruskan entry ini dengan kembali ke pangkal tajuk. cerita yang kami tonton. RED. masa plan nak tengok wayang ni. mulanya nak tengok cerita lain. tapi sold out nyahh! sebab cerita tu baru hari ketiga ditayangkan. Rise of Mummy apa ntah tajuk dia yang macam seram-seram tu. jadi RED ini sebagai galang ganti. sumpah taktau dan tak pernah tengok trailer dia. jadi memang masuk panggung dengan perasaan suprise. ok. suprise. moga-moga terhibur. yea!







teraju utama adalah Bruce Wilis. hero tua ini memang aku minat gak dengan dia. sebab dia kan bekas suami Demi Moore. kan Demi Moore tu sekarang bini Aston Kutcher. kan Aston Kutcher tu cute. (tolonglah macam takda kaitan.. kehkeh).

bercerita tentang tajuk cerita. memang patutnya dah boleh agak. mestinya cerita ini hanya dibintangi oleh hero-hero tua. maklum lah, nama pun pencen kan. tapi mereka adalah pesara CIA. bukankah berbunyi hebat di situ?. walaupun tua. tapi masih berbahaya, masih cute. dan masih kelakar. bagaimana hero-hero tua ini boleh diburu? membongkar kembali pembunuhan satu senarai nama. dan rupanya ia sebuah konspirasi yang melibatkan Timbalan Presiden AS. 

sebuah cerita aksi dari pelakon-pelakon veteran yang berbaloi untuk ditonton. sebab ada unsur santai, funny, suprise, romantic comel (sebab dah tua). sungguh menghiburkan. err, dan lagi satu, cerita ni ada heroin yang agak muda nama dia Sarah. haha. nama pun sama ngan nama aku. itu yang cerita dia jadi tambah best tu. Hahaha!





ini adalah trailer for this movie. 



p/s:- 8/10 bintang-bintang.!

4 comments:

YobSumo said...

hehe memang best kan. aku pun kasi 8 bintang!

Bro Framestone said...

memang menarik pun cerita nie... bro tgk iklan die mase jenjalan kat gaint baru2 nie

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

♥CIK SHA♥ said...

best eh??ok nnt nak p tengok..heheh..

Chaon Cornerz said...

banyak nye bintang bagi. nak kene tengok jugak nie. hahha.. mesti tak nyesal..