Nokia C3 Cik Siti




semalam mendapat call dari adik aku yang blaja nursing PPUM. katanya hari ini nak pergi beli handphone baru. ok. setuju. hari ni dia datang rumah kul 11 pagi. maka aku decide beli phone kat Digital Mall sajalah. dekat pun dekat dengan rumah. dan sudah tentu tak kan serabut cam LowYat. aku tak suka sangat pergi LowYat. 2 bulan lepas aku pegi sana. aku tengok banyak pulak pekerja bangla. macam sana sini punya kedai ada diorang. pelik.pelik. 

sebenarnya pergi beli phone ni agak susah tang mencari penjual yang tidak auta. walaupun kadang-kadang penjualnya adalah under company yang sama. tapi mereka boleh menjual dengan harga yang berlainan. mungkin berbeza 20-30 ringgit. ahaaaa!. orang kata normal la tu penjual ni menipu. jadi kita pembeli ni cubalah buat muka semanis mungkin. seramah mungkin dan semenggoda yang mungkin.

my sis bagitau awal-awal, bajet dia dalam 500 sahaja. tapi dia pun belum tau nak beli phone apa. aku je yang beria-iya suruh dia beli Nokia. lagipun Nokia dah banyak keluaran baru. aku tak yakin sangat S.E, banyak kawan aku pakai S.E pastu pakai belum setahun handphone asyik hang je. lagipun S.E takda harga kalau nak tolak balik. tetap aku rasa Nokia yang terbaik. err, handphone aku pakai?. tak payah cerita. cap ayam je. ni tengah aim nak beli Blackberry. haha, tinggi angan-angan.

dengan RM525.00. Nokia C3 dengan memory stick 2GB, dan kabel (local) berada dalam genggaman. oh ya!. Nokia C3 ini tidak pakej bersama kabel usb free okey. harga berlainan. tapi kalau kabel yang original. harga dia 70-80 ringgit. sebab tak mampu. kami beli kabel yang local sahaja. 25 ringgit. ok la. kabel je pun. penting untuk proses transfer sekali sekala sahaja. 

ada radio FM, kamera 2 Megapixel, connect FB n Twitter, Wifi, bluetooth. didatangi dengan 3 color, gold, pink, dan blueblack. tapi yang available tadi cuma blueblack sahaja. mungkin kalau beli kat Low Yat atau Pertama Complex. boleh dapat harga lebih murah. tapi banyak kes kawan aku beli kat Pertama Complex lastnyer banyak problem dengan handphone. Digital Mall ni macam boleh yakin sket la. warranty dia pun boleh refer kat mana-mana cawangan Nokia. 

dan, handphone Nokia C3 ini adalah handphone baru yang pertama dalam hidup my sis. sebelum ini dia guna handphone lama akak aku punya motorola yang 4 tahun lepas kot beli. yang ini dia beli dengan duit dia sendiri, apa lagi kalau bukan elaun nursing kat PPUM tulah. mungkin life dia kat PPUM tu kadang-kadang bosan sebab tak ada hiburan. jadi aku rasa handphone jelah hiburan dia. dengan memory stick 2GB boleh simpan beratus-ratus lagu. ok la kan.

ini bukan entry promote. ini cuma entry bercerita sahaja. =)


Comments

ZACK ENTRY said…
nampak macam ala-ala blacberry jer..sesuai la dengan gadis-gadis..hehe =)
Jard The Great said…
ku jumpa harga C3 dlm Rm449.. hehe.
PuanPepel said…
wah..sedang bercita cita nak menambah koleksi gak neh~
AM SYA said…
nak kale pink!!nakk! nakk!! T__T
Naz said…
agak menarik jugak. tp rasanya org pompuan ramai yg pilih kaler pink margenta tu... rasanyalah....
Sheeq ♂ ♀ said…
blueblack sangat dull..
pink sangat terang and blakang dia udoh..
the best is, gold~!!
aim nak beli c3 gak..
tapi kene tunggu result gempak kuar la..huhu
hans said…
gila best
bila la ku bleh beli
sob sob sob

P/S : Apa Itu Exam? Hahahahahaha
Mister Mirull said…
gile ah... sume dah tuka henpon... aku still ngan henpon lame lg... pas ni tuka blackberry pulak lah... huhu
mOOn said…
alahaii.. semua orang sngt uptodate dng hp baru.. aku je lg dok guna cap ayam y berusia 3 tahun.. erk..
darkbatman said…
bb ne besenye ramai gal minat.. laki kurg kot?hehe..
lizz said…
my sis-in-law punye hp :( haih,bilelah dapat beli hp canggih2 ni.hahahaha
eyda said…
hmmm.nak tny la...naper saya punye wifi tak leh connect ....adik u ada problem tak?bila nak connect je mesti dier restart phone....tolong....

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S