macam bangang gak kadang-kadang..


hari ini aku bekerja. mana lagi kalau bukan Swiss Oven KL Central. lewat petang sikit. masa tu aku dengan Bad. kami didatangi polis yang memakai seragam polis. dan kemudian pegawai polis ini bertanya. ada tak. kami di kedai ni berhadapan dengan apa-apa masalah melibatkan orang awam KL Central. penipuan atau sebagainya.  yes I do. jawab aku yakin.

Selasa lepas. dalam pukul 3. masa tu aku jaga kedai dengan dua orang staf lain. supervisor aku tak ada, Bad selaku full time staff pun tak ada. kami bertiga ni cuma pekerja part time, aku sendiri memang jarang ada kat kedai. seminggu cuma 2-3 kali. yang dua orang lagi, belum pun ada sebulan diorang kerja sini. kami ni. memang muka-muka yang agak tak meyakinkan. tapi itulah. dalam pada situasi macam ni. ada yang aim kami. mengambil kesempatan.

apa lagi kalau bukan kes tipu. yes. aku sendiri macam rasa bangang. tak percaya yang aku kena tipu bodoh-bodoh. jahanam.!

didatangi seorang customer time kami sedang agak busy. yes. ada beberapa customer lain di kedai kami. n suddenly this mangkuk hayun told us. "dik. awak salah bagi baki kat saya tadi ni. saya bagi 50 ringgit awak balikkan 13 ringgit. saya makan tak sampai 20 ringgit pun". aku dah konfius. tadi siapa plak yang ambik order mangkuk hayun nih. muka gelap-gelap. badan gempal. tak hensem. sebabkan masa tu ada staf kami yang habis shift dan baru saja balik. maka aku assume dia yang ambik order tuk this guy tadi.

aku, kak nor n jamilah ketiga-tiga mengadap this mangkuk hayun. dan ketiga-tiga kami 'blur'. this is the 1st time ok. ada customer plastik komplen kami tersalah bagi wang baki. never ever before. aku tanya. mana resit?. dia kata. mana ada saya dapat resit. Oh mai God. aku fikir, memang kadang-kadang bila kami bagi resit, ramai yang tinggal je resit dekat kaunter n sepah-sepahkan resit merata kedai. 

aku tanya. "betul ke staf kami tersalah bagi baki. jangan-jangan kamu tipu tak?"

"eh, saya makan ni benda masuk dalam perut saya..tak mungkin saya tipu bla.bla.bla..".. sambil usap-usap perut dia.

"then kalau tadinya kami yang tersalah bagi kenapa tak inform masa terima duit baki tu".. suara aku dah garang sket.

"masa tu saya nak cepat."

dalam hati aku kata. habis sekarang tak pulak kau nak cepat. aku pandang mangkuk hayun ni tajam. aku memang tak percaya. tapi aku taktau nak buat apa. geram gak. mana pergi Bad n Kak Siti. kenapa lah diorang tak ada.

dan di belakang mamat ni ada dua customer perempuan sedang tunggu kes selesai. aku tak ada pilihan. aku nak mangkuk hayun ni berambus. kesian customer lain nak order tak boleh. jadi dengan bangangnya aku pun bagi dia 17 ringgit lagi. kononnya itu adalah jumlah duit baki yang kurang.

bila mamat tu dah blah. macam-macam yang aku fikir. paling utama sekali. aku fikir. mana aku boleh bagi duit kalau dia tak ada resit. sedangkan resit tu adalah bukti pembelian. ntah-ntah memang dia tak ada makan kat sini pun. yelah. mana aku nak ingat wajah setiap orang yang makan kat kedai ni kan. 

kedatangan polis itu hari ini memang buat aku nak hantuk kepala kat dinding. sah. mangkuk hayun tu penipu.!

polis tu tanya aku kes yang aku hadapi, n then cepat-cepat aku cerita pasal kejadian Selasa lepas. lepas tu polis tu teka, "lelaki kan?. warga tempatan? kulit gelap-gelap sket?.. aaa. memang bukan kedai ni je yang kena. ada jugak kami terima aduan dari orang lain kes yang sama". 

Cis!  

baru aku sedar, memang si jahanam tu dah aim kami dari mula. sengaja dia datang time supervisor n pengurus aku tak ada. juga Bad, selaku fulltime staff kami pun tak ada. agaknya sebab jarang-jarang nampak muka aku kat kedai ni. beranilah dia datang menipu. aku terus terang je kat supervisor aku. nasib baik tak kena marah. cuma dia bimbang kami kena pukau. tapi kalau pukau mesti dia pau beratus ringgit. nasib cuma 17 ringgit. tapi kalau sehari 10 kali dia berjaya menipu. tak ke beratus gak dia dapat?..

tapi, semua kesedaran-kesedaran aku pasal bangangnya aku tu hanya muncul selepas aku berjaya ditipu. alangkah Vangangnya!

lain kali kalau ada kes macam ni, aku nak terus snap je pic spesis ini. senang aku buat report polis. dan senang aku jual muka dia kat blog aku ni haaa. 


p/s: sorilah kalau penggunaan bahasa macam kasar sangat, kan aku dah kata. aku ni pantang besar dengan penipu! walaupun cam bangang. at least I learn something!




Comments

ijan said…
td aku kat kl sentral..=)
Johari Hamzah said…
suruh owner pasang cctv..
tak pown letak jew tanda. no money return after 10 minit. huhu..

:)

Blog Johari Hamzah
Kumbang Jingga said…
amalkan sentiase membaca bismillah bile buat keje
Rina Rossoneri said…
nak wat cam ne,kita pun penah kena gak..mmglah terasa perasaan tu diri ni 'bangangngang',tapi ini sebagai pengajaran kan..mmg lepas tu kita akan sentiasa aware...
hanafijaafar said…
dalam sesetengah mesin kaunter ada simpan semua data jualan. boleh check balik kalau customer takde resit pun...
beautiful_rose said…
kadang2 kite terpakse tegas dgn costumer mcm ni.cube tanye byk kali smpi die give up atau pusing balik pertanyaan sampi die kompius.mesti de je jawapan y dia salah jwb atau cube auta.
Ibu Ammar said…
#ijan
nape tak roger aku, cis

#ray
haha, tu urusan bos

#kumbang
berdepan dgn penipu nak baca apa?

#rossoneri
yez. rasa cam bangang gila.

#hanafi
memang aku cek balik. kebetulan mmg ada rekod 19.90. tapi mana la aku nak tau siapa punya rekod kan. dia mengaku tu rekod dia

#beautiful rose
kalau aku jumpa lagi jenis macam ni mmg siaplah!
Adziim said…
Kena bagi resit makanan dekat customer, supaya in case apa-apa jadi senang ada prove. Suruh customer tunggu sekejap.

Bolehlah buat signboard,"sila simpan resit pembelian untuk apa2 rujukan/masalah pembayaran/duit baki/etc.."

Tak ada resit takkan dilayan...haha~

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..