begitu ramai blogger-blogger hebat!
salam sejahtera kepada pembaca. yang bloggers mahupun bukan, yang tua dan yang muda, teman dekat dan teman jauh. tak lupa juga, exboyfriend-exboyfriend ku sekaliannya. wow!.. bila diimbas balik. ramai gak ex-ex rupanya. HaHaHa!
pelik tak entry ini tetiba ada pendahuluan. ok. tak pelik tak apa. sebab hari ini hari paling sejahtera buat aku. genap 23 tahun bernafas di muka bumi ini. syukur ke hadrat Ilahi atas limpah rezeki. syukur atas redha kedua orang tua. redha suami belum lagi. InsyaAllah ulangtahun 24 nanti. (gurau je jangan amik serius). dan ucapan terima kasih kepada semua yang wish me seawal jam 12 malam tadi. lenguh jari reply wish kalian di Facebook. (haha bajet popular uwekk).
dan cerita tentang tajuk, semalam. aku ada banyak masa mengunjungi blog rakan-rakan maya. kebanyakkannya yang pertama kali aku jejak blog mereka. sekarang ada mood sikit la nak jalan blog orang. ini pun semenjak web GengBlogger pulih dari gejala malware kejadah apa ntah tu. rupanya dah 3 bulan tak masuk web GengBlogger. thanks to Kon atas kejayaan memulihkan GengBlogger semula. (baru senang nak blogwalking, -> alasan padahal).
siapa blogger-blogger hebat?..
yang ini aku dapat 'kenal' dari entry dalam blog Hans melalui entry INI. tentang Blog Pilihan Malaysia 2010. boleh la ushar entry tersebut untuk akses ke entry di mana anda boleh mengundi blog-blog pilihan anda. ada 6 kategori blog yang dipertandingkan. tarikh tutup mengundi adalah hari ini sebelum jam 10 malam. undi cepat-cepat jangan terlambat okeyh.
siapa blogger pilihan aku?
serius. bila tengok undian-undian kat entry tersebut. baru macam celik mata dengan kewujudan blogger-blogger hebat di persada blog tempatan ni. kagum. kagum. banyak lagi yang aku tak kenal rupanya. dunia blog begitu luas. memang mustahil nak kenal semua. apapun, tahniah kepada mereka yang menerima banyak undian. yang tak di undi (macam blog aku). relax2 ok. tak apa tak menjadi pilihan dalam pertandingan. teruskan berblog tanpa jemu. =)
kategori blog-blog yang dipertandingkan:-
- Blog Personal Lelaki Pilihan - blog yang dimiliki oleh lelaki bujang.
- Blog Personal Suami Pilihan - blog yang dimiliki oleh lelaki yang sudah berkahwin.
- Blog Personal Wanita Pilihan - blog yang dimiliki oleh wanita bujang.
- Blog Personal Isteri Pilihan - blog yang dimiliki oleh wanita yang sudah berkahwin.
- Blog Tutorial Pilihan - blog yang memaparkan pasal tutorial blog, masakan, software dan juga gadjet sahaja.
- Blog Lawak Pilihan - blog yang memaparkan tulisan, video, gambar yang lawak sahaja.
haha. kalau mengikut turutan no di atas. pilihan aku adalah:-
1. http://zackzukhairi.blogspot.com
2. http://fdausamad.blogspot.com
3. http://sepet88.blogspot.com
4. http://c33ram00n.blogspot.com
5. http://maribinablog.blogspot.com
6. http://mediasiber.com
p/s: ada lebih 70 undian telah dibuat. yang belum mengundi. jom pakat undi ramai-ramai.!!
Comments
yups
memang mustahil nak kenal semua
sebab blogger dekat malaysia berpuluh ribu orang dan bertambah setiap hari
P/S :Dasyat! Memang Dasyat! Kepada Lelaki! Awas Jika Anda Berjalan Keseorangan!
P/S : Kutipan Filem 2 Alam? Korang Tahu Ker Dah Berapa Juta? Meh Tengok Sini