bloggers: when people started loving you..
*entry ini agak panjang. sila baca secara menyeluruh untuk pemahaman yang jitu.
suka kiranya penulis kasi tau awal-wal. bahawa entry ini mungkin 'terkena' kepada mana-mana pihak. tapi tidak akan ada sebarang nama yang akan digunapakai demi kemaslahatan bersama. penulisan ini. tiada menyebelahi sesiapa. peace no war!
-yang namanya blogger-
*tak ada syarat untuk bergelar seorang blogger. hari ini anda sign up kat Blogger (blogspot). hari ini jugak anda boleh terus post entry. hari ini jugak anda boleh promote url blog, dan hari ini jugak anda akan mempunyai pembaca. dan mungkin esok anda akan mempunyai follower. dan mungkin minggu depan anda dah boleh sign up Nuffnang. really tak susah pun. tak ada syarat bahwa anda mesti post entry sehari lima kali. tak ada syarat bahwa anda mesti letak gambar wajah sebenar atau gambar Maria Ozawa sekalipun. benar-benar suka hati anda.
*kini anda seorang blogger. penulisan bagus maka ramai yang suka. ramai yang follow. ramai yang admire. ramai yang nak kenal. anda menulis tentang diri, tentang hobi, juga tentang hari lepas. tentang harapan. tentang impian. tentang ranjau kehidupan. tentang pahit manis, suka duka, malah susah dan senang. anda menulis tentang semua, malah tentang lelaki. tentang perempuan. tak lupa jua. tentang soal hati dan perasaan. ya. mungkin anda tak pernah mintak blog yang bagaikan 'diari' itu dibaca. but after all. bukankah anda seorang blogger?.
*ya. anda tak mintak diri disayangi. tapi ingat. yang namanya pembaca setia ini. mereka punya hati. membaca penulisan sahaja tapi ianya boleh menjadi sejenis magis. dengan hanya membaca sahaja, mereka boleh sampai ke satu tahap di mana anda mungkin menjadi sumber inspirasi. dan mungkin idola. walhal anda cumalah seorang blogger, bukanlah artis. namun cerita sedih anda mereka tangiskan. cerita marahnya anda mereka turut sebal. cerita kesakitan anda mereka doakan kesejahteraan. cerita cinta anda mereka harap moga berkekalan. dari mana kasih mereka datang. kalau bukan dari rasa percaya?
--------------------------------------------------------------------------------
makin sayangnya kita pada seseorang, makin kita tak dapat terima jika dia mengecewakan kita.
sesetengah dari kita ada perasaan macam ni. kalau memang tahu akan dikecewakan. sejak awal lagi. tak akan pernah menyayangi. sejak awal lagi tak akan menaruh percaya. buang masa ja. betul?
then, siapa suruh kau sayang sangat?..
yang namanya manusia. mereka cintakan Cinta. mereka cintakan Kasih Sayang. tapi cinta dan kasih sayang itu hanya akan hadir dengan rasa Percaya. yang namanya manusia itu, banyaknya mereka punya rasa Simpati yang begitu tinggi. nun jauh beribu batu. mereka boleh turut sedih atas perginya seekor kucing. lihatlah pada diri mereka. kasih merentasi lautan.
"suatu waktu dulu, aku merasakan bahwa aku kenal kamu. aku percaya kamu, aku sayang akan kamu, lewat hari ini. aku bertanya diri sendiri. masihkah kamu mahu aku percaya? dan adakah rasa percaya aku ini penting bagi kamu? aku lihat pada mereka yang mencela. pada kamu yang tak terbela. sayangnya aku ini tak punya kuasa. kamu ulangkali ingatkan aku tentang spesis jahat yang mungkin menjadi hantu, tapi mungkin kamu lupa pada aku dan mereka yang sebenarnya mahu jadi sayap kamu. yang mana sebenarnya lebih kamu peduli?. kini, apa jua keputusan kamu, kamu berhak kerana itu adalah hidup kamu."
kepada yang membenci kamu. aku nasihatkan sudah-sudahlah. you cant expect too much from others rite?.. dalam pada rasa kecewa yang bertukar benci. dalam pada tertanya-tanya lantas mencari bukti. kamu semua masing-masing tetap menang tanpa bertanding. walau apa jua, masing-masing ada hak untuk rasa/fikir apa saja. but please be rasional. propaganda atau yang sewaktu dengannya tidak akan mendatangkan sebarang faedah. fikir-fikirlah.
p/s:- harap tiada istilah siapa sebelahkan siapa. siapa menangkan siapa. entry ini. cuma suara hati seorang teman.
Comments
dan ku setuju juga dengan blogger lain. ku tak menyebelahi sesiapa. tapi cukup sekadar membaca :D
sarah! bila nak jumpa ni. hehe :)
ingatkan panjang
baca2, eh, dah habis
hehe
ni mood exam ke ni?
Ada tak Kak Jie ajar Sarah guna deria ke-6?
Jadi blogger kena belajar menguasai deria ke 6 dan 'On Zone Selamat'
mane mau lepak meh?..masjid qiamullai lorr
Apa-apa pun, harap nanti taufan reda dan semua akan kembali enjoy blogging seperti sedia kala.. :)
Persoalannya, Hati manakah yang akan lebih sakit dan terluka, yang meragui atau diragui oleh hati yang tersayang??
If one small mistake can erase one's believe, people should already started killing each other since long long long time ago.
P/s: hati-hati jangan ikut hati nanti hati terkecewa hati juga yang sakit.
aper2 pun...ade otak guna,ade hati hargai rs yg ada..
:)
peace no war..
tulisan kat blog ada magis ea.. jadi tulis yang bagus2. jangan maki-maki, biar terus jadi inspirasi..
hurm.. tengah fikir2, untuk siapakah entry ini.. siapakah yang d benci? siapakah yg membenci?
tak ade pendirian