Wednesday, October 13, 2010

pengalaman anak Johor dapat minum bersama football player Kelate.



semua pun dah cerita pendapat masing-masing tentang perlawanan semalam. macam-macam pandangan yang aku baca. walaupun kebanyakkannya dari mereka yang tak jejak pun stadium semalam. errm. patutnya yang tak pergi sendiri jangan main hentam je bagi pendapat. tak elok memandai-mandai dengan hanya bersumberkan dengar-dengar dari mulut orang. 

entry kali ini taknak sentuh sangat bab gaduh mahupun bab kematian. walaupun sebenarnya aku tau banyak tentang kisah yang sebenar-benarnya. cuma malas aku nak cerita. yang pasti, kisah kat media memang tak boleh pakai -jangan percaya cerita media. banyak auta.- 

ok. semalam aku pergi dengan housemate aku orang kelantan. kakak dia yang drive. kami dapat seat yang agak hadapan jugak. thanks to kazen housemate aku yang reserve kan tempat untuk kami bertiga. punya semangat aku malam tadi. turun pakai baju merah. haha. baju gathering Bloggers Times Square tu la. seswai sangat sebab baju tu kaler merah ada line putih sikit-sikit.





dengan Shida.


sebelum masuk stadium tu. ada nampak Danny X-Factor kat luar pakai baju putih. tapi beliau sedang kusyuk dengan handphone malas nak kacau. artis pun semangat turun tengok bola. kalau artis negeri lain ntah ada ke tak yang semangat macam ni. hehe






bersama penyokong Kelantan. meriah.meriah!



kamera cap ayam je. heeee



apapun, suka sangat kemeriahan Red Warrior. mereka semua memang bersemangat. orang Johor ni tak pasal-pasal jadi sama-sama bersemangat. bagi tepukan tiap kali percubaan gol (walaupun tersasar) dan lagi kuat bertepuk tangan bila gol keeper Kelate dapat selamatkan bola. errrr, keeper Kelate cute. muka macam chinese. Shida kata dia orang Siam. 

balik dalam pukul 11.30. kakak Shida ajak pi minum ngan kawan. then diorang sibuk cari Quality Hotel. pelik gak, kawan dia duk hotel ke kat Shah Alam nih. haha.! rupanya kawan yang dimaksudkan tu adalah salah seorang pemain pasukan Kelantan. kami minum dekat kedai mamak Syed Bistro berdekatan Quality Hotel Shah Alam. aku cuma order Roti Kosong dengan Teh O Ais. dan kami bertiga dipayung oleh 'orang kuat' team Kelantan. beliau belanja semua pemain-pemain lain jugak.

aku memang paham sangat sleng klate. sebab kawan-kawan baik aku banyak gak kelantanese. takda masalah pun kalau duk skali dengan sek demo. cuma kalau nak cakap sleng klate memang tak bape nak jadi sangatla. buruk kot bunyi dia nanti. mesti sek demo nak suko. perasaan?.. macam tak percaya dapat duk dekat ngan player kelantan nih. dahla aku ni orang johor. oh ya, antara player kelantan nih. gol keeper diorang paling boleh tahan la. berani nih main mata dengan kami. ceh.! tergugat gak perasaan. Lol.

gambar memang tak ada. sebab Shida tak cakap awal-awal pun nak minum ngan pemain kelantan. so aku tinggal je la kamera dalam kereta. memang rasa cam rugi gak tak ada gambar. tapi kenangan tu ada. InsyaAllah bila-bila ada lagi kot peluang cam ni lagi. haha. ~gatai.





thanks to kak Shima. anak Johor ni sangat happy semalam. =)


9 comments:

FarhanaDr said...

Hamboi!!! Main mata ekkkkk.. Biru biru.. Jangan luper.. Hihi.. :p

afiq aiman said...

p tgk bola ke tgk goal keeper..haiya...hehe

KID LEARNS TO FLY™ said...

keeper tu name khairul fahmie org panggil apek hehe..

pergh..berani jgk si sarah ni p..kalu gua gua takkan ajak makwe gua g ramai2 gtu wakaka..bimbang woo..tp kelate meme fan dia fanatik

go more kelate go more

Ery Farieha said...

hahahaha
ko sokong mane nih??

d_tieah said...

Lps tu ade penyokong meninggal kan?
Takziah untk klurga dia..
Hehe..

rossoneri said...

knp xngorat yang hensem tuh...hehehe

Tihara said...

main mata youu :)

alkisah said...

oghe kelate meme come2..supo ambo nih..hehe..tqx10 krn gi sokong set kelate..hehe

hiro said...

mari la sayo bowok awok jale..